Tafsir asas quran nota 9(302)287
isyari. Sayyidina Umar dan Ibnu Abbaas adalah antara sahabat yang memahami makna tersirat di sebalik makna zahir Surah an-Nashr. Makna tersirat yang difahami mereka berdua ialah sudah hampirbajal Rasulullah s.a.w.
Berkata al lmam asy-Syathibi. 'Zahir surah ini (Surah an-Nashr) menunjukkan Allah memerintahkan NabiNya agar bertasbih memujiNya dan beristighfar kepadaNya. setelah Allah memberi pertolongan dan kemenangan kepadanya, sedangkan ma'na tersiratnya ialah Allah memberitahu dan mengisyaratkan kepada NabiNya tentang kewafatannya yang tidak lama lagi akan berlaku. (al-Muvșafaqaatj.3 m/s 228).
Perbezaan Di Antara Tafsir Isyari Golongan Sufi Yang Benar Dan Tafsir Isyari Golongan Bathiniah
Sememangnya terdapat perbezaan di antara tafsir isyari as-Salaf as-Saleh dan golongan sufi yang benar dengan tafsir isyari golongan bathiniah dan Qaramithah. Golongan as-Salaf as-Saleh dan sufi yang benar tidak menghalang daripada tafsiran al-Qur'an berdasarkan ma'na zahirnya. mereka malah menggalakkan orang ramai memakai ma'na zahirnya. di samping mereka sendiri beramal pula dengan tuntutan dan kehendaknya. Sedangkan golongan bathiniah dan Qaramithah pula langsung tidak mahu menerima ma na zahir al-Qur'an dan menafikan ma'na zahirnya sebagai ma'na yang dikehendaki Allah. Mereka begitu sewenang-wenang memberikan makna-makna yang langsung tidak ada kena mengena dengan zahir kalam Allah. Bagi mereka. setiap potong ayat al-Quran boleh berubah-ubah ma'nanya mengikut keadaan dan zaman. Sesuatu ayat al-Quran juga mungkin mempunyai beberapa ma'na yang saling berlawanan dan bertentangan. Selain iłu. bahagian permulaan sesuatu ayat al-Qur'an mungkin memberi suatu ma' na yang tiada langsung kaitannya dengan bahagian hujungnya.
Syaarat-Syarat Untuk Diterima Tafsir Isyari
Kata al-lmam Ibnu al-Qaiyyim di dałam kitabnya at-Tibyaan Fi Aqsaam al-Qur'anș "Tafsir orang ramai (umat Islam) berputar di atas tiga prinsip berikut:
(1)Tafsir berpandukan lafaz al-Qur'an. la adalah cara yang dipilih oleh golongan muta'akkhirun.
(2) Tafsir berdasarkan makna al-Quran. lnilah cara tafsir Yang dipiiih oleh golongan Salaf.
(3 Tafsir berpandukan isyarat. lnilah cara tafsir yang dipilih oleh ramai golongan sufi dan orang-orang lain selain mereka. Cara ini juga boleh digunakan dengan empat syarat
berikut:
287
Tiada ulasan:
Catat Ulasan