Selasa, Mei 11, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)291

Tafsir asas quran nota 9(302)291

An-Nahl 16:16
وَعَلَٰمَٰتٍۚ وَبِٱلنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ 
Bermaksud: Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (an-Nahl: 16).

Ahli-ahli Tafsir Syi'ah meriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir (imam ke-lima Syrah) bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya Allah melantik 'Ali di antaraNya dan hamba-hambaNya." Mereka juga meriwayatkan daripada Ja'far as-Shadiq bahawa beliau berkata: "Perkataan النجم yang tersebut di dalam ayat itu bererti Rasulullah s.a.w. Dan Perkataan  وعلامات pula bereti para imam. (Lihat Tafsir al-Qummi m/s 858, Tafsir as-Shafij.2 m/s 282).
(8) Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:

Al-Baqarah 2:256
لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karen,"- ita barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 256).

Perkataan   العرة الوثفى yang tersebut di dalam ayat itu menurut tafsir Syiah Wilayah dan Imamah para imam dua belas. (Lihat Tafsir al-Qummi m/s 75, Mir'aat al-Anwaar m/sl 66).

(9) Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah al-A'raaf:
Al-A'raf 7:156
وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakar: kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan RahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu  maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (al-Araaf:156).

291

Tiada ulasan:

Catat Ulasan