Daurah tafsir 2019 sesi 24(68)nota 16(381-382)
068.Surah Al Qalam.
Maksud penting surah nun ,tidak boleh bertolak ansur dalam perkara aqidah.
Teguran besar untuk orang kafir
Tasliyah ( iaitu pujukan atau penghibur hati) kepada nabi supaya berjuang atas aqidah tauhid
Surah Al Qalam
Tertib surah 68
Bilangan ayatnya 52
Bilangan rukuk 2
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 2
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-7
Akhlaq dan peribadi pemimpin yg soleh.
Baik dan buruk tidak mungkin sama.
Paragraf 2 ayat 8-16 Akhlaq dan peribadi kepimpinan orang kafir dan fasiq.
Paragraf 3 ayat 17-32 Akibat buruk orang-orang jahat yg terdapat dalam kisah tuan-tuan kebun yg fasiq dan durjana.
Paragraf 4 ayat 33(Lihat mesej utama)
Paragraf 5 ayat 34-36
Akibat yg akan diterima oleh orang-orang yang bersalah dan orang Islam tidak sama.
Akibat baik yang diterima orang-orang yang bertaqwa.
Paragraf 6 ayat 37-50
Beberapa persoalan.
Perintah supaya tidak gopoh
Paragraf 7 ayat 51-52 Hakikat AlQuran.
Mesej utama.
Takutlah akan azab dunia ,azab akhirat tentu lebih teruk
كَذَٰلِكَ الْعَذَابُ ۖ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).
-Sura Al-Qalam, Ayah 33
Zaman Diturunkan
Surah al-Qalam diturunkan setelah da'wah terbuka dilancarkan dan selepas berlakunya hijrah ke Habsyah (pada bulan Rejab tahun ke-5 Kenabian), mungkin sekali ia diturunkan di akhir tahun ke-5 Kenabian, pada ketika itu penentangan pihak musyrikin Mekah begitu memuncak dan mereka sudah mula menuduh Rasulullah dengan pelbagai tuduhan seperti مَجنون (gila) dan مَفتون (gila). Ayat ke-10
hingga ke-15 berkemungkinan diturunkan berkenaan seorang pemimpin musyrikin bernama Akhnas bin
Syuraiq at-Tsaqafi, dalam bahagian ini telah dikemukakan beberapa sifat buruk pemimpin kafir Quraisy dan umat Islam dilarang daripada mengikutinya. Ayat ke-16 سَنَسِمُهُۥ عَلَى ٱلْخُرْطُومِ pula berdasarkan Asbab Nuzul diturunkan berkenaan dengan pemimpin Quraisy yang terkenal bernama Walid bin al-Mughirah al-Makhzumi.
Al-Qalam 68:16
سَنَسِمُهُۥ عَلَى ٱلْخُرْطُومِ
Kelak dia akan Kami beri tanda pada belalai(nya).
Perkaitan Surah Al-Qalam Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Di dalam Surah al-Mulk tersebut inti pati seruan Islam, dَi dalam Surah al-Qalam ini pula umat Islam dilarang daripada mentaati pemimpin kafir yang menolak da'wah Islam.
(Ayat: 8).
Di dalam Surah al-Mulk tersebut tuduhan orang-orang musyrikin Mekah terhadap Rasulullah di mana mereka mengatakan Baginda berada dalam ضلال كَبير (kesesatan yang teruk), di dalam Surah al-Qalam ini pula Rasulullah
s.a.w. dituduh mereka sebagai مجنون (gila). Di dalam surah ini juga disebutkan kisah pemilik kebun yang bakhil yang ditimpa azab dunia.
Al-Qalam 68:8
فَلَا تُطِعِ ٱلْمُكَذِّبِينَ
Maka janganlah engkau patuhi orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
2. Di dalam Surah al-Haaqqah akan datang pula mula-mula sekali digambarkan pemandangan azab di hari kiamat, kemudian disebutkan pula azab-azab dunia yang telah menimpa kaum 'Aad, kaum Tsamud,kaum Luth, kaum Nuh dan Fir'aun. Di dalam kedua-dua surah, orang-orang musyrikin Quraisy diancam dengan azab dunia yang boleh menimpa mereka.
3. 'Aqal manusia ditanya: "Adakah patut orang-orang مُسلِمين dan مُجرِمِين mendapat balasan yang sama di akhirat kelak? Adakah pemimpin orang Islam dan pemimpin orang kafir sama keadaannya?".
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan مَجْنُونٍ berulang 2 kali di dalam surah ini, di permulaan dan di penghujungnya (Ayat: 2 dan 51). Ini membuktikan surah al-Qalam termasuk dalam surah yang diturunkan di peringkat Rasulullah dituduh dengan pelbagai tuduhan setelah Baginda melancarkan da'wah secara terbuka. Maka tidak benarlah pendapat orang-orang yang mengatakan surah ini merupakan surah kedua diturunkan kepada Rasulullah selepas lqra'.
Al-Qalam 68:2
مَآ أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ
dengan karunia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila.
Al-Qalam 68:51
وَإِن يَكَادُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَٰرِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا۟ ٱلذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُۥ لَمَجْنُونٌ
Dan sungguh, orang-orang kafir itu hampir-hampir menggelincirkanmu dengan pandangan mata mereka, ketika mereka mendengar Al-Qur'an dan mereka berkata, “Dia (Muhammad) itu benar-benar orang gila.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan