Tafsir asas quran nota 9(302)301
ditunjukkan kepada pihak kerajaan-kerajaan yang berkenaan. Mesejnya ialah Baginda memang serius, tidak berolok-olok dalam menyerang negara-negara mereka .
Maksud عفريت من الجن ialah salah seorang panglima Baginda a.s. Kata-kata panglima itu jelas menunjukkan ia tidak faham bahawa misi Baginda a.s. itu melibatkan sains dan geografi. Dan ia memerlukan الذي عنده علم (orang yang pakar dalam bidang itu). Maksud ialah pengetahuan من الكتاب tentang tulis menulis, melukis dan merancang. Maksud قبل أن اليك طرفك ialah ia dapat membawanya terus. Memang pun ia terus mengemukakannya. Mungkin juga ia terus melukis peta yang dikehendaki. Atau mungkin juga peta itu memang sudah sedia ada padanya. Kalaulah fotografi sudah wujud pada ketika itu, maka bolehlah dikatakan ia terus membawa fotograf negara-negara berkenaan.
Akhirnya Nabi Sulaiman bersyukur kepada Allah kerana di dalam negaranya ada cendekiawan-cendekiawan dan orang-orang yang pakar dalałn segala bidang.” (Lihat Al-Hidayah Wa al-irfaan Fi Tafsir al-Qur'an Bi al-Qur'an m/s 298-299).
Lihatlah betapa dahsyatnya pemesongan yang telah dilakukan oleh Muhammad Abu Zaid terhadap ayat-ayat di atas. Dia telah memesongkan perkataan 'arasy daripada ma' na sebenarnya iaitu singgahsana kepada suatu makna lain yang langsung tidak ditunjuki perkataan itu. Ma'na yang diberikan untuk perkataan arasy olehnya ialah kerajaan Balqis, tetapi bukan kerajaan Balqis yang betul-betul dikehendaki Nabi Sulaiman a.s. Sebaliknya yang dikehendaki oleh Baginda ialah peta kerajaan Saba'. Perkataan عفريت من الجن bukan lagi bererti 'lfrit dari golongan jin. Tetapi ia bererti salah seorang panglima Baginda a.s. dari puak atau qabilah yang dinamakan ”Jin". Rupa-rupanya jin di situ baginya nama bagi satu qabilah manusia!
Pengarang tafsir itu langsung tidak mempedulikan siyaq (ayat selepas) dan sibaq (ayat sebelum) bagi ayat yang ditafsirkan. Dia juga tidak mempedulikan bahasa 'Arab al-Qur'an atau bahasa Arab umumnya. Adakah di dalam bahasa Arab mana sekalipun perkataan arasy itu dipakai dengan erti peta sesebuah negeri atau negara? Kalau begitu apa pula erti firman Allah di dalam ayat seterusnya? Sila lihat ayat seterusnya di bawah ini:
An-Naml 27:41
قَالَ نَكِّرُوا۟ لَهَا عَرْشَهَا نَنظُرْ أَتَهْتَدِىٓ أَمْ تَكُونُ مِنَ ٱلَّذِينَ لَا يَهْتَدُونَ
Bermaksud: Nabi Sulaiman berkata pula: 'Ubahlah (sedikit bentuk) singgasananya; nanti kita tengok apakah dia mengenali atau dia termasuk orang-orang yang tidak mengenali(nya),” (an-Naml:41)
301
Tiada ulasan:
Catat Ulasan