Sabtu, Mei 22, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 24(71)nota 16(388-390)s

Daurah tafsir 2019 sesi 24(71)nota 16(388-390)s

071.Surah Nuh.
Surah nuh adalah dalil naqli tentang tauhid dan qiamat.
Dan dalil naqli tugas kenabian.

Surah Nuh
Tertib surah 71
Bilangan ayatnya 28
Bilangan rukuk 2
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 71
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1ayat 1-4 Seruan dan istighafar oleh nabi nuh
Paragraf 2 ayat 5-20 Aktiviti dakwah Nabi Nuh.
Paragraf 3 ayat 21-24 Pengaduan Nabi Nuh
Paragraf 4 ayat 25 Azab Allah  kepada kaum Nuh.
Paragraf 5 ayat 26-28 Doa2 nabi Nuh.

Mesej utama 
1.Usaha dakwah kearah akidah tauhid dan hari  akhirat  hendaklah diusahakan siang dan malam.
2.Usaha mendorong manusia  supaya beristighafar  hendaklah dilakukan.
3.Usaha memperingatkan manusia kepada azab dunia dan akhirat mestilah diberikan kepada orang ramai,itu kerja para nabi.

Zaman Diturunkan
Surah Nuh mungkin sekali diturunkan selepas berlakunya hijrah ke Habsyah di akhir tahun ke-5Kenabian. Pada ketika itu penentangan pihak musyrikin Mekah sudah pun mulai kuat. Di dalam surah ini, para sahabat yang baru memeluk agama Islam diminta bersabar dan beristiqamah dalam berda'wah dan mereka diminta supaya menjadikan da'wah Nabi Nuh yang begitu lama sebagai panduan dan contoh, selain itu orang-orang Quraisy juga diberi amaran jika mereka menolak seruan tauhid dan tidak bertaubat, nescaya mereka boleh saja dibinasakan seperti kaum Nuh dahulu.

Perkaitan Surah Nuh Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
Di dalam Surah al-Ma'arij sebelum ini telah dikemukakan gambaran tentang hari kiamat, di dalamnya juga telah dinyatakan akibat buruk yang akan diterima manusia kedekut di hari akhirat nanti, selain itu orang-orang kafir juga diancam dengan azab dunia berupa penukaran suatu' bangsa dengan bangsa yang lain mengambil tempatnya. Di dalam Surah Nuh ini pula untuk manusia terhindar daripada azab dunia dan akhirat, mereka hendaklah mengambil i'tibar daripada seruan dan da'wah Nabi Nuh yang
dikemukakan dengan terperinci. Di dalam Surah al-Jin selepas ini disebutkan tentang kalangan jin yang
bertuah, kerana setelah mereka mendengar al-Qur'an mereka terus berda'wah dan menyeru sesama mereka kepada ajaran Islam.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah Nuh disebutkan adab-adab dan disiplin da'wah.
2. Di dalam surah ini juga dinyatakan selain menyeru manusia kepada 'aqidah tauhid, kerasulan dan
kepercayaan kepada hari kemudian, manusia hendaklah diberi ancaman tentang akibat menolak'aqidah-'aqidah tersebut.
3. Di dalam Surah Nuh, manusia diseru supaya benar-benar merasai bahaya dan keburukan dosa-dosa lalu mereka diseru supaya beristighfar, di samping itu kelebihan istighfar juga dinyatakan. ٱسْتَغْفِرُوا۟ (Ayat:10) dan مغفرة (Ayat: 4,6 dan 28). Perkataan-perkataan ini diulangi beberapa kali.

Nuh 71:10
فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًا 
maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun,

Nuh 71:4
يَغْفِرْ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّىۚ إِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ إِذَا جَآءَ لَا يُؤَخَّرُۖ لَوْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
niscaya Dia mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu (memanjangkan umurmu) sampai pada batas waktu yang ditentukan. Sungguh, ketetapan Allah itu apabila telah datang tidak dapat ditunda, seandainya kamu mengetahui.”

Nuh 71:6
فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَآءِىٓ إِلَّا فِرَارًا 
tetapi seruanku itu tidak menambah (iman) mereka, justru mereka lari (dari kebenaran).

Nuh 71:28
رَّبِّ ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِىَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا تَبَارًۢا 
Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapakku, dan siapa pun yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zhalim itu selain kehancuran.”


4. Di dalam surah ini doa-doa Nabi Nuh disebutkan, setelah Baginda menyeru manusia kepada agama Allah selama 950 tahun, dikatakan bahawa tidak akan ada lagi orang yang akan beriman kepadanya, lalu doa keburukan Nabi Nuh dikemukakan.

5. Kaum Nuh telah diseru supaya taat kepada Allah dan RasulNya (Ayat: 3) tetapi kaumnya menderhaka(Ayat:21).
Nuh 71:3
أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ 
(yaitu) sembahlah Allah, bertakwalah kepada-Nya dan taatlah kepadaku,

Nuh 71:21
قَالَ نُوحٌ رَّبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِى وَٱتَّبَعُوا۟ مَن لَّمْ يَزِدْهُ مَالُهُۥ وَوَلَدُهُۥٓ إِلَّا خَسَارًا 
Nuh berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka durhaka kepadaku, dan mereka mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya hanya menambah kerugian baginya,


6. Di dalam Surah Nuh disebutkan 2 macam kepemimpinan, pertama; kepemimpinan Nabi Nuh yang shaleh dan baik dan keduanya ialah kepemimpinan orang-orang kafir yang musyrik.

(a) Setelah menyeru manusia supaya beristighfar, Nabi Nuh telah memberi berita gembira bahawa jika mereka beristighfar, nescaya Allah menambahkan lagi harta dan anak-anak kepada mereka (Ayat:12).

Nuh 71:12
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَٰلٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّٰتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَٰرًا 
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

(b) Tetapi kaum Nuh sebaliknya mengikut kepemimpinan orang musyrik, kerana itu harta benda dan anak-anak mereka tidak bertambah sebaliknya mereka semakin rugi (Ayat 21).

Nuh 71:21
قَالَ نُوحٌ رَّبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِى وَٱتَّبَعُوا۟ مَن لَّمْ يَزِدْهُ مَالُهُۥ وَوَلَدُهُۥٓ إِلَّا خَسَارًا 
Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka
kepadaku, dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan