Tafsir asas quran nota 9(302)308
masjid di atas kubur Ashabul Kahfi yang tersebut di dalam ayat ke-21 Surah al-Kahfi di atas. Allah tidak ada menegur langsung kehendak mereka itu, sama ada di dalam ayat itu atau di dalam ayat-ayat yang lain."
Abul Faidh Ahmad bin as-Shiddiq al-Ghumari telah menulis satu risalah khusus tentang keharusan bahkan keelokan membina masjid dan kubah-kubah di atas kubur, khususnya kubur orang-orang saleh. Risalahnya itu bernama: إحياء المقبور من استحباب بناء المساجد و القباب على القبور. Di dalam risalah itu beliau telah berdalil dengan ayat ke-21 Surah al-Kahfi di atas tentang keharusan dan keelokan membina masjid dan kubah-kubah di atas kubur. Katanya: "Dalilnya daripada ayat ini ialah Allah tidak menolak dan menegur kata-kata mereka (hendak membina masjid di atas kubur Ashabul Kahfi), sebaliknya Dia telah memperakuinya." (Ihyaa' al-Maqbur:51 ).
Para 'ulama' Sunni dari dahulu hingga sekarang telah mengkritik keras orang-orang yang berdalil dengan ayat ke-21 Surah al-Kahfi di atas tentang keharusan dan keelokan membina masjid dan kubah-kubah di atas kubur. Bagi mereka orang-orang yang berpendapat begitu sebenarnya termasuk dalam golongan ahli bid'ah. Maulana Abul Kalam Azad dan Asy-Syeikh al-Albani adalah antara tokoh zaman mutakkhir yang telah mengkritik pemahaman ahli bid'ah dalam masalah ini. Lihat kritikan Abul Kalam Azad di dalam "Tabarrukaat Azad" oleh Maulana Ghulam Rasul Meher m/s 240-317. Dan lihat pula kritikan Al-Albani di dalam bukunya تحذير الساجد من اتخاذ القبور مساجد m/s 55-56. Agak lama sebelum mereka telah berlalu seorang tokoh tafsir terkenal, al-'Allamah Mahmud al-Aalusi (m. 1270H). Beliau juga telah mengkritik ahli bid'ah yang berpendapat begitu. Kata beliau di dalam tafsirnya yang masyhur "Ruh al-Maani": "Ayat ke-21 Surah al-Kahfi itu dijadikan dalil tentang keharusan membina masjid di atas kubur orang-orang saleh dan keharusan bersembahyang di dalamnya. Ini adalah pendapat yang karut dan kosong daripada kebenaran. la juga pendapat yang rosak dan meleset. Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasaa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas, kata beliau. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: لعن الله زائرات القبور والمتخذين عليها المساجد وابسرج Bermaksud: "Allah mela'nat orang-orang perempuan yang berziarah ke kubur dan orang-orang yang membuat masjid di atas kubur dan juga orang-orang yang memasang lampu di atasnya." Di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan begini: 'ألا وإن من قبلكم كانوا يتخذون قبور أنبيائهم مساجد فإنى أنهاكم عن ذلك Bermaksud: "Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur-kubur para nabi mereka sebagai masjid. Sesungguhnya aku melarang kamu daripada perbuatan seperti itu." Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:لعن الله اليهود وابنصارى اتخذوا قببور أنبيائهم مساجد
Bermaksud: Allah mela'nat orang-orang Yahudi dan
Nashara (kerana) mereka telah menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid." Setelah itu
308
Tiada ulasan:
Catat Ulasan