Rabu, Jun 09, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 25(75)nota 16(402-404)ss

Daurah tafsir 2019 sesi 25(75)nota 16(402-404)ss


074.Surah Al qiyamah 
Surah Al qiamah
Tertib surah 75
Bilangan ayatnya 40
Bilangan rukuk 2
Surah Makkiyah
Tertib turunnya  ke 31
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-5 Orang-orang yang tidak mahu meninggalkan kefasiqan dan dosa  selalunya akan  mengingkari hari kiamat.
Paragraf 2 ayat 6-15 Orang-orang yang fasiq dan berperibadi jahat  bukan hendak memperbaiki amalan mereka sebaliknya sibuk bertanya  bila kiamat.
Paragraf 3 ayat 16-19 جمله معترضة Cerita selingan
Paragraf 4 ayat 20-25 Punca mengingkari hari kiamat ialah kamu cintakan dunia dan tidak hiraukan akhirat.
Paragraf 5 ayat 26-30 Wahai manusia ,ingatlah perpisahan mu dengan dunia.
Paragraf 6 ayat 31-35 Apakah kamu akan meninggal dunia tanpa mengerjakan  sembahyang dan infaq
Paragraf 7ayat 36-40 Wahai manusia !perhatikanlah diri mu sendiri dan percayalah kepada hari akhirat.

Mesej utama
Kiamat benar-benar akan berlaku,dalil tentang kewujudannya ada didlm hati kecil manusia sendiri iaitu نفس لوَّامة,akal juga menyokongnya.


Zaman Diturunkan.
Surah al-Qiyaamah adalah antara surah yang diturunkan di peringkat permulaan kehidupan Rasulullah di Mekah, di peringkat itu juga telah turun Surah ad-Dahr dan Surah an-Naba'. Pada bahagian permulaan dan terakhir Surah al-Qiyaamah terdapat tanda-tanda menunjukkan ia diturunkan setelah da'wah secara terbuka bermula iaitu sekitar tahun ke-4 Kenabian dan bahagian pertengahannya pula turun di zaman permulaan kenabian.

1. Ayat 1 hingga 15 turun setelah da'wah secara terbuka bermula, ketika itu pemimpin-pemimpin Quraisy menolak kepercayaan kepada adanya hari kemudian dengan nada mengejek dan perli, mereka bertanya يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَٰمَةِ
(Ayat: 6).

2. Ayat 16 hingga 19 turun di peringkat terlalu awal zaman kenabian iaitu ketika Rasulullah s.a.w. baru saja belajar menerima wahyu.


3. Ayat 20 hingga 40 juga turun selepas da'wah secara terbuka bermula.


4. Ayat 31 hingga 35 berkenaan dengan Abu Jahal, dia tidak membenarkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah, sebaliknya mendustakannya.

Perkaitan Surah Al-Qiyaamah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Muddatstsir sebelum ini, pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Walid bin al-Mughirah diancam dengan hari akhirat dan azab neraka, di dalam Surah al-Qiyaamah ini pula pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Abu Jahal yang mendustakan ajaran Rasulullah diseru supaya berfikir dan bertanya hati kecil masing- masing tentang benar atau dustanya ajaran yang dibawa oleh Baginda. Di dalamnya juga kewujudan hari akhirat dibuktikan dengan dalil-dalil.

2. Di dalam Surah al-Muddatstsir sebelum ini, sebab-sebab penolakan pemimpin-pemimpin Quraisy terhadap ajaran Rasulullah ialah kerana mereka tidak takutkan hari kemudian كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلْءَاخِرَةَ  (Ayat:53), di dalam Surah al-Qiyaamah ini pula disebutkan punca kepada penyakit itu ialah كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ  (Ayat: 20-21). ٱلْعَاجِلَةَ iaitu kehidupan dunia, mereka terlalu cintakan dunia dan lupakan akhirat.

3. Di dalam Surah ad-Dahr akan datang, manusia ditegah daripada mentaati pemimpin-pemimpin yang berdosa dan juga tidak bersyukur.


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. (Ayat: 2) ٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ ialah jiwa atau hati kecil yang sentiasa mencela .la adalah satu naluri yang ada pada setiap manusia yang mendorong manusia mencela dirinya sendiri kerana melakukan sesuatu perbuatan keji. Sifat dhamir seperti ini mungkin lenyap apabila ia ditekan dan dihancurkan sehingga ia tidak berasa lagi ia sedang melakukan sesuatu perkara keji.

2.Perkataan أَوْلَىٰ disebut sebanyak 4 kali sebagai menyatakan sikap Abu Jahal yang terlalu teruk dan
mendukacitakan أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ (Ayat: 34), ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ 
(Ayat 35).

3. Surah ini ditutup dengan beberapa soalan supaya manusia berfikir dan membuat pertimbangan dengan
menggunakan hati kecil mereka supaya akhirnya mereka menerima kepercayaan adanya hari kemudian(Ayat:40).


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ 
لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 1

وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 2

أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 3

بَلَىٰ قَادِرِينَ عَلَىٰ أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 4


بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 5

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 6


فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 7

وَخَسَفَ الْقَمَرُ
Dan bulan hilang cahayanya,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 8

وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 9

يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 10

كَلَّا لَا وَزَرَ
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 11

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 12

يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 13

بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 14

وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 15

لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ
Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 16

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 17

فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 18 


ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 19


كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 20

وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 21

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 22

إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
Melihat kepada Tuhannya.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 23

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 24


تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 25


كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 26


وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 27


وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 28

وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 29


إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ
(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 30

فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 31

وَلَٰكِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 32

ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰ أَهْلِهِ يَتَمَطَّىٰ
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 33


أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 34

ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 35

أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 36

أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِنْ مَنِيٍّ يُمْنَىٰ
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 37

ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 38

فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَىٰ
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 39

أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَادِرٍ 
عَلَىٰ أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَىٰ
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu -
 tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 40

Tiada ulasan:

Catat Ulasan