Rabu, Jun 09, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)318

Tafsir asas quran nota 9(302)318

nama Ashaabul Kahfi, warna anjing mereka, tongkat Nabi Musa a.s. kayunya daripada pokok apa? Demikian juga nama-nama burung yang Allah telah hidupkan untuk Nabi Ibrahim, bahagian anggota lembu - secara pasti - yang diperintah Allah supaya disembelih dan dipukul dengannyn orang yang terbunuh dan tidak diketahui siapa pembunuh sebenarnya di zaman Nabi Musa a.s., supaya diketahui siapa pembunuh sebenarnya, pokok yang Nabi Musa mendengar suara Allah bercakap dengannya, daripada jenis apakah ia? DII perkara yang tidak disebut Oleh Allah tentangnya dengan terang dan jelas. Sebenarnya tidak ada langsung faedah yang diperolehi manusia mukallaf baik untuk dunia mahupun agama mereka dengan mengetahui secara pasti apa yang tersebut itu. Bagaimanapun menukilkan khilaf daripada riwayat-riwayat Israiliyyat mengenainya adalah harus.” (Lihat Fatawa Ibnu Taimiyyah j. 13 m/s 367).

(2)Jalan yang paling baik dan selamat untuk dipilih oleh pentafsir al-Qur'an ialah ia tidak memasukkan ke dalam tafsirnya sedikit pun daripada riwayat-riwayat Israiliyyat itu. Sebaliknya ia hendaklah tidak menghiraukannya langsung. Kerana pada kebiasaannya tidak ada apa-apa faedah pun padanya. Dan menahan diri daripada sesuatu yang tidak berfaedah itu adalah satu langkah yang bijaksana. Jika diandaikan ada sedikit faedah pada menyebutnya sesuai dengan tempat-tempat yang agak mendesak keperluan menyebutnya, maka eloklah ia disebut sekadar sahaja. Tidak perlulah berjela-jela bercerita tentangnya.

(3)Antara perkara yang wajib dijaga oleh pentafsir ialah tidak menukilkan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam mentafsirkan sesuatu ayat al-Qur'an yang mujmal (ringkas dan tidak begitu jelas maksudnya), setelah ada riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w. mengenainya. Sebagai contohnya firman Allah berikut:

Sad 38:34
وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَٰنَ وَأَلْقَيْنَا عَلَىٰ كُرْسِيِّهِۦ جَسَدًا ثُمَّ أَنَابَ 
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian) dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya), kemudian dia kembali (merayu kepada Kami). (Shaad:34).

Di dalam hadits yang sahih daripada Abu Hurairah terdapat keterangan mengenainya. la menyebutkan bahawa Nabi Sulaiman a.s. pernah berkata, ”Malam ini aku pasti akan pergi kepada tujuh puluh orang (menurut satu riwayat Iain sembilan puluh orang) perempuan dengan tujuan setiap orang daripadanya akan melahirkan seorang pejuang yang hebat di jalan Allah. Baginda tidak berkata: إن شاء  الله . Lalu pergilah Baginda kepada mereka tetapi hanya seorang sahaja daripadanya mengandung. Dan ia (seorang yang mengandung itu) akhirnya melahirkan seorang

318

Tiada ulasan:

Catat Ulasan