Daurah tafsir 2019 sesi 25(75)nota 16(403)
Zaman Diturunkan.
Surah al-Qiyaamah adalah antara surah yang diturunkan di peringkat permulaan kehidupan Rasulullah di Mekah, di peringkat itu juga telah turun Surah ad-Dahr dan Surah an-Naba'. Pada bahagian permulaan dan terakhir Surah al-Qiyaamah terdapat tanda-tanda menunjukkan ia diturunkan setelah da'wah secara terbuka bermula iaitu sekitar tahun ke-4 Kenabian dan bahagian pertengahannya pula turun di zaman permulaan kenabian.
1. Ayat 1 hingga 15 turun setelah da'wah secara terbuka bermula, ketika itu pemimpin-pemimpin Quraisy menolak kepercayaan kepada adanya hari kemudian dengan nada mengejek dan perli, mereka bertanya يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَٰمَةِ
(Ayat: 6).
Al-Qiyamah 75:6
يَسْـَٔلُ أَيَّانَ يَوْمُ ٱلْقِيَٰمَةِ
Dia bertanya, “Kapankah hari Kiamat itu?”
2. Ayat 16 hingga 19 turun di peringkat terlalu awal zaman kenabian iaitu ketika Rasulullah s.a.w. baru saja belajar menerima wahyu.
Al-Qiyamah 75:16
لَا تُحَرِّكْ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِۦٓ
Jangan engkau (Muhammad) gerakkan lidahmu (untuk membaca Al-Qur'an) karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya.
Al-Qiyamah 75:17
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُۥ وَقُرْءَانَهُۥ
Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkannya (di dadamu) dan membacakannya.
Al-Qiyamah 75:18
فَإِذَا قَرَأْنَٰهُ فَٱتَّبِعْ قُرْءَانَهُۥ
Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
Al-Qiyamah 75:19
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُۥ
Kemudian sesungguhnya Kami yang akan menjelaskannya.
3. Ayat 20 hingga 40 juga turun selepas da'wah secara terbuka bermula.
Al-Qiyamah 75:20
كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ
Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia,
Al-Qiyamah 75:21
وَتَذَرُونَ ٱلْءَاخِرَةَ
dan mengabaikan (kehidupan) akhirat.
Al-Qiyamah 75:22
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ
Wajah-wajah (orang mukmin) pada hari itu berseri-seri,
Al-Qiyamah 75:23
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
memandang Tuhannya.
Al-Qiyamah 75:24
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍۭ بَاسِرَةٌ
Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram,
Al-Qiyamah 75:25
تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang sangat dahsyat.
Al-Qiyamah 75:26
كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ
Tidak! Apabila (nyawa) telah sampai ke kerongkongan,
Al-Qiyamah 75:27
وَقِيلَ مَنْۜ رَاقٍ
dan dikatakan (kepadanya), “Siapa yang dapat menyembuhkan?”
Al-Qiyamah 75:28
وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلْفِرَاقُ
Dan dia yakin bahwa itulah waktu perpisahan (dengan dunia),
Al-Qiyamah 75:29
وَٱلْتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ
dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan),
Al-Qiyamah 75:30
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ ٱلْمَسَاقُ
kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau.
Al-Qiyamah 75:31
فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ
Karena dia (dahulu) tidak mau membenarkan (Al-Qur'an dan Rasul) dan tidak mau melaksanakan shalat,
Al-Qiyamah 75:32
وَلَٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ
tetapi justru dia mendustakan (Rasul) dan berpaling (dari kebenaran),
Al-Qiyamah 75:33
ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ
kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan sombong.
Al-Qiyamah 75:34
أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ
Celakalah kamu! Maka celakalah!
Al-Qiyamah 75:35
ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ
Sekali lagi, celakalah kamu (manusia)! Maka celakalah!
Al-Qiyamah 75:36
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى
Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?
Al-Qiyamah 75:37
أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِّن مَّنِىٍّ يُمْنَىٰ
Bukankah dia mulanya hanya setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim),
Al-Qiyamah 75:38
ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ
kemudian (mani itu) menjadi sesuatu yang melekat, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya,
Al-Qiyamah 75:39
فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ
lalu Dia menjadikan darinya sepasang laki-laki dan perempuan.
Al-Qiyamah 75:40
أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْۦِىَ ٱلْمَوْتَىٰ
Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?
4. Ayat 31 hingga 35 berkenaan dengan Abu Jahal, dia tidak membenarkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah, sebaliknya mendustakannya.
Perkaitan Surah Al-Qiyaamah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Muddatstsir sebelum ini, pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Walid bin al-Mughirah diancam dengan hari akhirat dan azab neraka, di dalam Surah al-Qiyaamah ini pula pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Abu Jahal yang mendustakan ajaran Rasulullah diseru supaya berfikir dan bertanya hati kecil masing- masing tentang benar atau dustanya ajaran yang dibawa oleh Baginda. Di dalamnya juga kewujudan hari akhirat dibuktikan dengan dalil-dalil.
2. Di dalam Surah al-Muddatstsir sebelum ini, sebab-sebab penolakan pemimpin-pemimpin Quraisy terhadap ajaran Rasulullah ialah kerana mereka tidak takutkan hari kemudian كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلْءَاخِرَةَ (Ayat:53), di dalam Surah al-Qiyaamah ini pula disebutkan punca kepada penyakit itu ialah كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ (Ayat: 20-21). ٱلْعَاجِلَةَ iaitu kehidupan dunia, mereka terlalu cintakan dunia dan lupakan akhirat.
Al-Muddaththir 74:53
كَلَّاۖ بَل لَّا يَخَافُونَ ٱلْءَاخِرَةَ
Tidak! Sebenarnya mereka tidak takut kepada akhirat.
3. Di dalam Surah ad-Dahr akan datang, manusia ditegah daripada mentaati pemimpin-pemimpin yang berdosa dan juga tidak bersyukur.
403
Tiada ulasan:
Catat Ulasan