Tafsir asas quran nota 9(302)316
perkara yang bersesuaian dengan syariat kita, Asy-Syafi'e telah pun mengingatkan kita tentang perkara ini." (Lihat Fathul Baari j.8 m/s 170),
Hadits (3)Yang melarang umat Islam bercerita dan menukilkan sesuatu daripada Bani lsrail pula dipakai oleh segolongan 'ulama' hanya untuk zaman permulaan Islam sahaja, ketika mana syariat dan peraturan Islam belum lagi teguh dan kukuh. Tujuannya ialah supaya syariat Islam terpelihara daripada kekeliruan dan kecelaruan. Setelah ia kukuh dan teguh, tiada lagi larangan seperti itu. Ketika menghuraikan hadits: حَدِّثوا عن بني إسرائيل ولا حَرَج (Berceritalah daripada Bani Israil, tidak mengapa), Hafiz lbnu Hajar dan al-Qasthallani berkata: "Tidak mengapa kamu bercerita tentang sesuatu yang diambil daripada Bani Israil. Kerana larangan Nabi s.a.w. daripada menerima sesuatu daripada mereka dan membaca kitab-kitab mereka, itu semua adalah sebelum hukum-hukum dan peraturan-peraturan agama Islam mantap dan teguh, lantaran bimbang akan timbul fitnah (pada ketika itu). Setelah tiada lagi apa yang dibimbangkan itu, Baginda pun membenarkan mereka.” (Lihat Fathul Baari j.6 m/s 499, Irsyadu as-Saari j. 7 mls 414).
Apabila anda telah faham dengan baik hadits-hadits itu menurut apa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh hadits tersebut, ia tidak lagi kelihatan bertentangan antara satu dengan yang Iain. Sekarang mari kita kembali kepada persoalan asal, iaitu apakah hukum menerima dan menyebarkan riwayat-riwayat Israiliyyat?
Jika diiperiksa dengan cermat, anda akan mendapati riwayat-riwayat Israiliyyat itu tidak sama keadaannya. la terbahagi kepada beberapa macam dan bahagian. Kerana itu hukumnya juga berbeza sesuai dengan bahagian- bahagiannya yang berbeza-beza itu. Di bawah ini dikemukakan sedikit perinciannya:
(1) Mana-mana riwayat Israiliyyat yang bersesuaian dan bertepatan dengan syariat Muhammad s.a.w., di samping diketahui pula kebenarannya berdasarkan keterangan al-Qur'an dan as-Sunnah, maka tiada perselisihan di kalangan 'ulama' tentang keharusan menerimanya dan bercerita tentangnya. Cuma untuk apa lagi kita menerimanya dan bercerita tentangnya kalau ia sudah pun jelas ada dalam syariat kita?
(2) Riwayat Israiliyyat yang bercanggah dengan apa yang diketahui dan diterima dalam syariat Islam. dustanya diketahui berdasarkan keterangan al-Qur'an, as-Sunnah atau pun aqal yang sejahtera, sama sekali tidak boleh diterima, disebar dan dinukilkan dengan apa cara sekalipun.
316
Tiada ulasan:
Catat Ulasan