Daurah tafsir 2019 sesi 26(78)nota 16(411)
Zaman Diturunkan
Surah an-Naba' diturunkan pada peringkat ke-2 kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah antara tahun ke-4 dan ke-5 Kenabian, ketika itu da'wah secara terbuka telah pun dilancarkan. Pada ketika itu masyarakat Quraisy mula berselisih pendapat tentang hari kiamat sama ada ia akan berlaku atau tidak. Menerusi surah ini, 'aqidah tentang kewujudan hari kiamat diperteguhkan.
Kelebihan Surah An-Naba'.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
شَيّبِتْنِي هُود وِالوَقِعَةُ وَٱلْمُرْسَلَٰتُ, و عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ,و إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ
Maksudnya:
"Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalaat, عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ (Surah an-Naba') dan إِذَا ٱلشَّمْسُ كُوِّرَتْ (Surah at-Takwir) telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)" - Jami' At-Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah al-Waqi'ah,
Hadits ٢٢ 97 -Ia adalah satu hadits sahih.
Perkaitan Surah An-Naba' Dengan Surah Sebelum Dan selepasnya
Di dalam Surah al-Mursalaat sebelum ini berkali-kali dinyatakan bahawa مُكَذِّبِينَ. (orang-orang yang mendustakan adanya hari kiamat) pasti akan binasa dan musnah. Di dalam Surah an-Naba' ini pula dikatakan manusia yang tidak percaya kepada hari kiamat itu adalah الطَّغِين (orang-oran g yang derhaka dan melampaui batas). Orang-orang yang percaya kepada hari kemudian pula dan mengikat hidupnya dengan ikatan-ikatan dan peraturan- peraturan agama berhak mendapat syurga dan mereka digelarkan sebagai المُتِّقِين.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam ayat ke-3 surah ini disebutkan ٱلَّذِى هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ iaitu hari yang diperselisihkan oleh mereka.
Perselisihan mereka terjawab melalui ayat ke-39 ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمُ ٱلْحَقُّۖ (itulah hari yang benar-benar akan berlaku).
An-Naba' 78:3
ٱلَّذِى هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ
yang dalam hal itu mereka berselisih.
An-Naba' 78:39
ذَٰلِكَ ٱلْيَوْمُ ٱلْحَقُّۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا
Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barang siapa menghendaki, niscaya dia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.
2. Ayat ke-7 menyatakan bahawa Allah s.w.t. memasakkan gunung-ganang pada bumi untuk menetapkan dan mengukuhkannya وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًا, tetapi di dalam ayat ke-20 dikatakan pada hari kiamat nanti gunung-gunung itu akan menjadi fatamorgana dan akan bergerak-gerak وَسُيِّرَتِ ٱلْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا
An-Naba' 78:7
وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًا
dan gunung-gunung sebagai pasak?
An-Naba' 78:20
وَسُيِّرَتِ ٱلْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا
dan gunung-gunung pun dijalankan sehingga menjadi fatamorgana.
3. Di dalam ayat ke-12 dinyatakan bahawa Allah s.w.t. telah membina 7 langit yang teguh dan kukuh diatas kita وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا tetapi di dalam ayat ke-19 dinyatakan pada hari kiamat nanti langit-langit itu akan dibuka sehingga ia menjadi pintu-pintu وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوَٰبًا
An-Naba' 78:12
وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا
dan Kami membangun di atas kamu tujuh (langit) yang kokoh,
An-Naba' 78:19
وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوَٰبًا
dan langit pun dibukalah, maka terdapatlah beberapa pintu,
4. Di dalam surah ini terdapat perbandingan di antara golongan المُتَّقِين dan الطَّغِين. Balasan kepada mereka tidak sama. Orang yang hidup dengan takut kepada hari kiamat adalah المُتَّقِين orang yang hidup dengan langsung tidak berasa takut kepada hari kiamat adalah orang الطَّغِين(penderhaka).
411
Tiada ulasan:
Catat Ulasan