Khamis, Jun 17, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)312-325s

Tafsir asas quran nota 9(302)312-325s

(19) Mengelak Diri Daripada Riwayat-Riwayat Israiliyat Dalam Penafsiran Al-Qur'an.

Usul ke-19 ialah mengelak diri daripada riwayat-riwayat Israiliyat dalam penafsiran al-Qur'an (الاجتناب عن الروايات الإسرائليات في تفسير القرآن. Riwayat-riwayat Israiliyat terdapat dengan banyak sekali di dalam sesetengah kitab rujukan tafsir. la merupakan bahan rujukan yang tidak mu' tabar dan tidak boleh dijadikan pegangan dalam tafsir.

Apa Itu Israiliyat?
Israiliyat ialah riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada Bani Israil. khususnya daripada puak Yahudi atau Kristian. Sama ada ia dinukilkan daripada kitab-kitab purba mereka, cerita-cerita yang masyhur di kalangan mereka atau daripada budaya dan agama mereka. Perkataan "lsrailiyat" itu meskipun secara zahirnya lebih menunjukkan kepada bangsa, budaya dan agama Yahudi, tetapi ia dipakai dengan erti yang lebih luas lagi daripada itu, sehingga ia merangkumi juga agama dan budaya Kristian.

Riwayat-riwayat Israiliyat telah meresap masuk ke dalam masyarakat Islam apabila ia mendapat tempat di dalam kitab-kitab agama Islam, khususnya kitab-kitab tafsir. Keadaan itu berlaku setelah kekuasaan Islam semakin meluas dan agama Islam pula tersebar ke serata pelosok dunia.

Sebahagian daripada wilayah yang jatuh ke tangan umat Islam di bawah kepimpinan para khulafa ar-Rasyidin ialah wilayah yang dikuasai orang-orang Yahudi dan Kristian. Ramai juga antara mereka yang telah memeluk agama Islam, sama ada dengan hati yang suci atau secara pura-pura. Setelah itu mulalah tersebar riwayat-riwayat Israiliyyat di kalangan umat ini. Riwayat-riwayat tersebut mengandungi cerita-cerita dongeng tentang kejadian alam, kisah-kisah para nabi, perihal orang-orang yang bertuah, orang-orang yang malang dan Iain-lain lagi. Sesetengah daripada mereka sengaja menyebarkan dongeng dan khurafat itu dengan niat yang jahat. Sesetengah yang Iain pula secara tidak sengaja. la berlaku apabila orang-orang Yahudi dan Kristian yang telah memeluk agama Islam itu ditanya oleh orang-orang Islam tentang beberapa fakta berhubung dengan Bani Israil yang disebut di dalam al-Qur'an secara sepintas lalu sahaja.

Di zaman Tabi'in riwayat-riwayat Israiliyyat itu tersebar dengan lebih rancak dan lebih meluas lagi. Antara puncanya ialah kerana agak ramai golongan Ahlul Kitab telah memeluk agama Islam pada ketika Itu. Di satu pihak yang Iain pula terdapat semakin ramai orang-orang yang baru memeluk agama Islam dari kalangan bangsa-bangsa Iain. Fikiran mereka kosong daripada ajaran Islam yang sebenar. Kecenderungan dan minat mereka pula lebih kepada mendengar kisah-kisah ajaib dan dongeng- dongeng seperti yang banyak terdapat di dalam ajaran agama masing-masing. Di zaman ini sudah terdapat nama-nama seperti Kagab al-Ahbaar, Muqatil bin Sulaiman, Wahab bbin Murnbkl' 'Ian I a in-Iain sebagai pelopor riwayat Israiliyyat.

Di zaman Atba' at-Tabi'in, minat dan kecenderungan kepada riwayat-riwayat Israiliyyat itu semakin kuat sehingga ia telah mengambil tempat di hati orang ramai dan mendapat tempat bukan sahaja di dalam kitab-kitab sejarah, Maghazi dan Sirah, malah juga di dalam kitab-kitab hadits dan tafsir. Boleh dikatakan itulah zaman berleluasanya riwayat-riwayat Israiliyyat di kalangan umat Islam.

Kesan Buruk Riwayat-Riwayat Israiliyyat Dalam Tafsir
Dr Muhammad Husain az-Zahabi menulis, "Riwayat-riwayat Israiliyyat yang diambil oleh ahli-ahli tafsir daripada Ahlil Kitab untuk mentafsirkan al-Qur'an itu telah meninggalkan kesan buruk dalam tafsir. Mereka tidak berpada dengan apa yang dinyatakan oleh para sahabat sahaja, malah menambahkan ke dalamnya riwayat-riwayat Israiliyyat tanpa mengambil kira sama ada ia benar atau dusta. Di dalam kitab-kita tafsir jenis ini bukan sahaja terdapat riwayat-riwayat Israiliyyat, malah terdapat juga banyak kisah-kisah khayalan dan rekaan. la membuatkan  pembacanya (yang kritis) tidak mahu lagi menerima segala apa yang tersebut di dalamnya, kerana pada anggapannya, semuanya sama saja mengarutnya. Sesungguhnya pengarang-pengarang tafsir yang banyak mengemukakan riwayat-riwayat Israiliyyat di dalam tafsirnya itu telah menabur duri-duri di jalan orang-orang yang betul-betul hendak mempelajari tafsir." (Lihat at-Tafsir Wa al-Mufassirun j.1m/s 178-179).

Hukum Menerima Dan Memakai Riwayat Israiliyyat.
Setelah mengemukakan latar belakang sejarah bagi kewujudan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam masyarakat Islam, sekarang mari pula kita melihat apa hukumnya menurut para 'ulama' kita dan apakah asas yang digunakan oleh mereka untuk penentuan hukum mengenainya.

Jika diperhatikan kepada sabda-sabda Rasulullah s.a.w.. anda akan dapati tiga macam hadits berkenaan dengan riwayat-riwayat Israiliyyat. Di bawah ini dikemukakan tiga contoh daripada hadits-hadits Rasulullah s.a.w. mengenainya:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Maksudnya: Abdullah bin 'Amar bin al-Aash meriwayatkan bahawa Nabi sa.w. bersabda: "Sampaikanlah daripadaku walaupun hanya satu ayat. Dan berceritalah daripada Bani Israil, tidak mengapa. Sesiapa berdusta atas namaku. bererti dia telah menyiapkan tempatnya di neraka.” (hadits riwayat Bukhari, Tirmidzi, Ahmad, Daarimi, Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain).

(2)  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ أَهْلُ الْكِتَابِ يَقْرَءُونَ التَّوْرَاةَ بِالْعِبْرَانِيَّةِ وَيُفَسِّرُونَهَا بِالْعَرَبِيَّةِ لِأَهْلِ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ الْآيَةَ  
Maksudnya: Abu Hurairah meriwayatkan, katanya, "Dahulu Ahlul Kitab membaca Kitab Taurat dengan bahasa 'Ibrani dan mereka mentafsirkannya dengan bahasa Arab untuk orang-orang Islam, Maka Rasulullah s,a.w. bersabda: "Jangan kamu benarkan Ahlul Kitab dan pula kamu dustakan mereka. Katakan saja, (mengikut apa yang terdapat di dałam al-Qur'an): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada kamu..,hingga ke akhir ayat.” (Hadits riwayat al-Bukhari, an-Nasaa'i, al-Baihaqi dan alBaznar). 


عن جابرِ بنِ عبدِ الله   ، أنَّ عمرَ بنَ الخطابِ أتى النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ بكتابٍ أصابه من بعضِ أهلِ الكتابِ فقرأه على النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قال فغضب وقال أتَتَهوَّكون فيها يا ابنَ الخطابِ والذي نفسي بيدِه لقد جئتُكم بها بيضاءَ نقيَّةً لا تسألوهم عن شيءٍ فيخبرونكم بحقٍّ فتكذبونَه أو بباطلٍ فتُصدِّقونه والذي نفسي بيدِه لو أنَّ موسى كان حيًّا ما وسِعَه إلا أن يَتبَعني

Maksudnya: Jabir bin 'Abdillah meriwayatkan bahawa pernah 'Umar bin al-Khatthaab membawa kepada Nabi s.a.w. sebuah kitab yang diperolehinya daripada salah seorang Ahlil Kitab. Lalu beliau membacanya di hadapan Baginda. Maka marahlah Nabi s.a.w. sambil Baginda bersabda kepadanya, "Apakah kamu akan terjebak ke dalamnya wahai anak al khatthaab? Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, sesungguhnyn aku telah membawa kepadamu agama ini dalam keadaan putih bersih. Jangan kamu tanya mereka tentang apa-apa, jangan sampai mereka ceritakan sesuatu kebenaran, tetapi kamu mendustakannya. Atau mereka ceritakan sesuatu yang batil (karut), tetapi kamu pula membenarkannya! Demi Tuhan yang nyawanya berada di tanganNya, andaikata (Nabi) Musa masih hidup sekarang. tak dapat tidak, dia mesti juga mengikut aku" 
(Hadits riwnyat Ahmad, Ibnu Abi Synibah, al-Bazzaar. al-Baihaqi dan Ibnu Abi Aashim di dalam as-Sunnah). 

'Tetapi menurut para 'ulama' hadits, hadits ini dhaif  kerana di dalam isnadnya ada Mujalid, seorang perawi dhaîif'. Ahmad, Yahya bin Masin dan ad-Daaraquthni adalah antara tokoh hadits yang mendhaifkannya. Menurut sesetengah ulamak paling tinggi pun ia bertaraf hasan.

Inilah tiga hadits yang mewakili tiga kelompok sabda Nabi s.a.w. berhubung dengan riwayat-riwayat Israiliyyat. Ia merupakan asas dalam bab ini. Sepintas lalu hadits-hadits itu kelihatan saling bertentangan. Hadits (1) nampak semacam membenarkan kita meriwayat riwayat-riwayat Israiliyyat secara mutlaq. Hadits (3) kelihatan melarang kita daripada menerimanya. Sementara hadits (2) pula tidak mengharuskan dan tidak juga melarang. Tetapi jika diteliti berdasarkan apa yang difahami para ulama' hadits, tidak adapun pertentangan antaranya.

Hadits (1) yang mengharuskan kita bercerita tentang sesuatu yang diambil daripada Bani Israil itu adalah yang dipastikan kebenarannya atau yang tidak diyakini dustanya, Adapun yang diketahui dan diyakini dustanya tentu sekali tidak akan dibenar oleh Rasulullah s.a.w. umatnya menyebarkannya. Kerana itu bererti menyebarkan dusta. Ia tidak bercanggah dengan hadits (2), kerana apa yang dimaksudkan oleh hadits (2) itu ialah jangan kamu membenarkan Ahlul Kitab dan jangan pula mendustakan mereka tentang apa yang tidak kamu tahu sama ada ia benar atau dusta. Sebaliknya ia boleh jadi benar dan boleh jadi juga dusta.

Inilah yang difahami al-Imam asy-Syafi'e berdasarkan apa yang dinukilkan oleh HafiZ Ibnu Hajar. Kata asy-Syafi'e, "Sedia dima'lumi bahawa Nabi s.a.w. tidak membenarkan berdusta. Jadi maksud hadits itu ialah berceritalah daripada Bani Israil sesuatu yang tidak kamu ketahui tentang dustanya. Adapun perkara yang di sisimu ia merupakan sesuatu yang harus (mungkin benar mungkin tidak), maka tidak mengapa menukilkannya daripada mereka. Tidaklah ia bermaksud mengizin atau melarang kita daripada bercerita tentang sesuatu yang diyakini kebenarannya." (Lihat Fathul Baari j.6 m/s 499).

Hafiz Ibnu Hajar, demikian juga al-Qasthallani ketika menghuraikan hadits: 
لَا تًصَدِقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تًكَذِّبُوهُمْ
(Jangan kamu benarkan Ahlul Kitab dan jangan pula kamu dustakan mereka) berkata, "'Maksudnya ialah apabila mereka menceritakan kepadamu tentang sesuatu yang ada kemungkinan benar dan dustanya. Supaya tidak berlaku pendustaan olehmu, padahal ia benar. Begitu,juga sebaliknya jika kamu membenarkannya, padahal ia dusta. Kalau berlaku begitu, maka kamu bersalah." (Lihat Fathul Baari j.8 m/s 170, Irsyadu as-Saarij. 10 m/s 25).

Selepas berkata begitu Hafiz lbnu Hajar menambah kata, "Tidak ada larangan Nabi s.a.w. (kepada kita umatnya) daripada mendustakan mereka pada perkara yang menyalahi syariat kita. Tidak ada juga larangan Baginda (kepada kita umatnya) daripada membenarkan mereka pada perkara yang bersesuaian dengan syariat kita, Asy-Syafi'e telah pun mengingatkan kita tentang perkara ini." (Lihat Fathul Baari j.8 m/s 170),

Hadits (3)Yang melarang umat Islam bercerita dan menukilkan sesuatu daripada Bani lsrail pula dipakai oleh segolongan 'ulama' hanya untuk zaman permulaan Islam sahaja, ketika mana syariat dan peraturan Islam belum lagi teguh dan kukuh. Tujuannya ialah supaya syariat Islam terpelihara daripada kekeliruan dan kecelaruan. Setelah ia kukuh dan teguh, tiada lagi larangan seperti itu. Ketika menghuraikan hadits:  حَدِّثوا عن بني إسرائيل ولا حَرَج (Berceritalah daripada Bani Israil, tidak mengapa), Hafiz lbnu Hajar dan al-Qasthallani berkata: "Tidak mengapa kamu bercerita tentang sesuatu yang diambil daripada Bani Israil. Kerana larangan Nabi s.a.w. daripada menerima sesuatu daripada mereka dan membaca kitab-kitab mereka, itu semua adalah sebelum hukum-hukum dan peraturan-peraturan agama Islam mantap dan teguh, lantaran bimbang akan timbul fitnah (pada ketika itu). Setelah tiada lagi apa yang dibimbangkan itu, Baginda pun membenarkan mereka.” (Lihat Fathul Baari j.6 m/s 499, Irsyadu as-Saari j. 7 mls 414).

Apabila anda telah faham dengan baik hadits-hadits itu menurut apa yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh hadits tersebut, ia tidak lagi kelihatan bertentangan antara satu dengan yang Iain. Sekarang mari kita kembali kepada persoalan asal, iaitu apakah hukum menerima dan menyebarkan riwayat-riwayat Israiliyyat?

Jika diperiksa dengan cermat, anda akan mendapati riwayat-riwayat Israiliyyat itu tidak sama keadaannya. la terbahagi kepada beberapa macam dan bahagian. Kerana itu hukumnya juga berbeza sesuai dengan bahagian- bahagiannya yang berbeza-beza itu. Di bawah ini dikemukakan sedikit perinciannya:

(1) Mana-mana riwayat Israiliyyat yang bersesuaian dan bertepatan dengan syariat Muhammad s.a.w., di samping diketahui pula kebenarannya berdasarkan keterangan al-Qur'an dan as-Sunnah, maka tiada perselisihan di kalangan 'ulama' tentang keharusan menerimanya dan bercerita tentangnya. Cuma untuk apa lagi kita menerimanya dan bercerita tentangnya kalau ia sudah pun jelas ada dalam syariat kita?

(2) Riwayat Israiliyyat yang bercanggah dengan apa yang diketahui dan diterima dalam syariat Islam. dustanya diketahui berdasarkan keterangan al-Qur'an, as-Sunnah atau pun aqal yang sejahtera, sama sekali tidak boleh diterima, disebar dan dinukilkan dengan apa cara sekalipun.

(3) Riwayat Israiliyyat yang tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. dan tidak juga menepatinya. Bahkan ia termasuk dalam perkara yang tidak disebutkan baik di dalam al-Qur'an mahupun as-Sunnah, maka hukumnya ialah kita dikehendaki bertawaqquf (tidak berkata apa-apa) terhadapnya. Kita dikehendaki tidak membenarkannya dan juga tidak mendustakannya. Hukum menghikayatkannya adalah harus.

Daripada perbincangan yang lalu dapat disimpulkan bahawa kita umat Islam tidak memerlukan kepada riwayat-riwayat Israiliyyat, bukan sahaja dalam tafsir bahkan juga dalam bidang-bidang yang lain. Jauh sekali daripada keperluan bergantung terus dengannya! Daripada hadits-hadits dan keterangan para  ulama', riwayat-riwayat Israiliyyat itu paling tinggi pun hanya harus (boleh) diambil dan bercerita tentangnya sahaja. Tidak timbul langsung soal wajib menerimanya. Keharusan menerima dan bercerita tentangnya pula bersyarat seperti telah disebutkan sebelum ini. Maka tidak benar sama sekali pendapat orang-orang yang mengatakan, "Kita memerlukan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam tafsir!”

Beberapa Peringatan Penting Berhubung Dengan Riwayat-Riwayat Israiliyyat.
Setelah nyata kepada anda hukum menerima dan meriwayatkan riwayat-riwayat Israiliyyat, maka eloklah beberapa perkara berikut diketahui dan dijadikan sebagai panduan oleh pelajar-pelajar Ilmu Tafsir:
(1) Pelajar-pelajar tafsir hendaklah sentiasa sedar dan prihatin terhadap riwayat-riwayat Israiliyyat yang ditemuinya. Mereka hendaklah memastikan apa yang bersesuaian dengan syariat Islam dan apa yang bertentangan dengannya daripada riwayat-riwayat itu. Mana yang bersesuaian boleh diambil dan mana yang bertentangan dibuang saja. Tidak perlulah tafsir dihiasi dengan riwayat-riwayat Israiliyyat yang karut itu. Adapun perkara-perkan yang tidak pernah disebut tentangnya di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah, maka biasanya tidak ada sebarang faedah padanya untuk dunia dan agama kita. Ia juga tidak termasuk dalam perkara yang diperlukan dalam tafsir. Sekadar bercerita tentangnya memanglah diharuskan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang diperlukan dalam tafsir dan juga dalam kehidupan beragama umat Islam.

AI-Imam Ibnu Taimiyyah berkata mengenainya: "Riwayat-riwayat Israiliyyat daripada bahagian ini (yang tidak pernah disebut tentangnya di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah biasanya tidak ada sebarang faedahnya untuk urusan agama kita. Biasanya terdapat banyak sekali khilaf berkenaannya di kalangan Ahlil Kitab sendiri pun. Sebab itulah khilaf tentangnya dinukilkanjuga daripada para mufassirin. Sebagai contohnya apa yang mereka sebutkan berkenaan dengan nama-nama Ashaabul Kahfi, warna anjing mereka, tongkat Nabi Musa a.s. kayunya daripada pokok apa? Demikian juga nama-nama burung yang Allah telah hidupkan untuk Nabi Ibrahim, bahagian anggota lembu - secara pasti - yang diperintah Allah supaya disembelih dan dipukul dengannyn orang yang terbunuh dan tidak diketahui siapa pembunuh sebenarnya di zaman Nabi Musa a.s., supaya diketahui siapa pembunuh sebenarnya, pokok yang Nabi Musa mendengar suara Allah bercakap dengannya, daripada jenis apakah ia? Dan lain-lain perkara yang tidak disebut oleh Allah tentangnya dengan terang dan jelas. Sebenarnya tidak ada langsung faedah yang diperolehi manusia mukallaf baik untuk dunia mahupun agama mereka dengan mengetahui secara pasti apa yang tersebut itu. Bagaimanapun menukilkan khilaf daripada riwayat-riwayat Israiliyyat mengenainya adalah harus.” (Lihat Fatawa Ibnu Taimiyyah j. 13 m/s 367).

(2)Jalan yang paling baik dan selamat untuk dipilih oleh pentafsir al-Qur'an ialah ia tidak memasukkan ke dalam tafsirnya sedikit pun daripada riwayat-riwayat Israiliyyat itu. Sebaliknya ia hendaklah tidak menghiraukannya langsung. Kerana pada kebiasaannya tidak ada apa-apa faedah pun padanya. Dan menahan diri daripada sesuatu yang tidak berfaedah itu adalah satu langkah yang bijaksana. Jika diandaikan ada sedikit faedah pada menyebutnya sesuai dengan tempat-tempat yang agak mendesak keperluan menyebutnya, maka eloklah ia disebut sekadar sahaja. Tidak perlulah berjela-jela bercerita tentangnya.

(3)Antara perkara yang wajib dijaga oleh pentafsir ialah tidak menukilkan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam mentafsirkan sesuatu ayat al-Qur'an yang mujmal (ringkas dan tidak begitu jelas maksudnya), setelah ada riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w. mengenainya. Sebagai contohnya firman Allah berikut:

Sad 38:34
وَلَقَدْ فَتَنَّا سُلَيْمَٰنَ وَأَلْقَيْنَا عَلَىٰ كُرْسِيِّهِۦ جَسَدًا ثُمَّ أَنَابَ 
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian) dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya), kemudian dia kembali (merayu kepada Kami). (Shaad:34).

Di dalam hadits yang sahih daripada Abu Hurairah terdapat keterangan mengenainya. la menyebutkan bahawa Nabi Sulaiman a.s. pernah berkata, ”Malam ini aku pasti akan pergi kepada tujuh puluh orang (menurut satu riwayat Iain sembilan puluh orang) perempuan dengan tujuan setiap orang daripadanya akan melahirkan seorang pejuang yang hebat di jalan Allah. Baginda tidak berkata: إن شاء  الله . Lalu pergilah Baginda kepada mereka tetapi hanya seorang sahaja daripadanya mengandung. Dan ia (seorang yang mengandung itu) akhirnya melahirkan seorang
anak yang tidak cukup sifatnya (cacat), Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang nyawaku berada di tanganNya, kalaulah Nabi Sulaiman berkata, insyallah  niscaya semua sekali mereka melahirkan anak-anak yang menjadi pejuang-pejuang yang hebat di jalan Allah. 
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim. Ahmad dan an-Nasaa'i).

Setelah ada hadits sahih ini anda tidak memerlukan lagi kepada dongeng-dongeng yang terdapat di dalam riwayat-riwayat Israiliyyat. Antaranya ialah riwayat Israiliyyat yang menyebutkan tentang kisah syaitan yang ganas berjaya merampas kuasa daripada Nabi Sulaiman setelah ia berjaya mengambil cincin sakti Baginda as, Syaitan buat beberapa lama bertakhta di atas singgahsana Nabi Sulaiman, sehinggalah pada akhirnya setelah Nabi Sulaiman mendapat kembali cincin saktinya, barulah Baginda mendapat kembali kerajaannya.

Kisah itu walaupun telah dikemukakan oleh an-Nasaa'i, lbnu Jarir, Ibnu Abi Haatim, dan asSuyuthi dengan sanad yang kuat daripada Ibnu 'Abbaas, namun seperti kata Abu Hayyaan dan Iain-lain. 'Ia adalah hasil rekaan orang-orang Yahudi dan puak-puak zindiq Sufistha'i. Tidak sepatutnya orang-orang yang berakal menerimanya sebagai satu kisah yang benar." (Lihat Tafsir Ruhul Ma'anij.23 mis 199, Tafsir Ibnu Katsirj.7 m/s 60).

As-Suyuthi sendiri telah mendedahkan punca dan kedudukan riwayat lbnu 'Abbaas itu didalam  ad-Durru al-Mantsurnya begini: "Abdur Razzaaq dan Ibnu al-Mundzir mengemukakan satu riwayat daripada Ibnu 'Abbaas, kata beliau: "Empat ayat di dalam Kitab Allah, aku tidak mengetahui apa cerita dan latar belakangnya sehinggalah aku bertanya tentangnya Ka'ab alAhbaar. Salah satu daripadanya ialah tentang ayat ke-34 Surah Shaad tadi. Kata beliau, "Syaitan telah mengambil cincin (saki) yang membuatkan Sulaiman dapat berkuasa. Ia mencampaknya ke dalam laut lalu ia ditelan seekor ikan. Setelah itu Sulaiman menjadi pengemis. Ketika meminta sedekah, tiba-tiba disedekahkan kepada Sulaiman ikan yang di dalam perutnya ada cincin (sakti) itu. Ikan itu dibakar oleh Sulaiman dan dimakannya. Di dalam perut ikan itulah ditemui cincin tersebut. Dengan mendapat kembali cincinnya, Sulaiman kemudiannya telah mendapat kembali kerajaannya. (Lihat ad-Durru al-Mantsurj.7 m/s 1 80 dan Tafsir 'Abdur Razzaaq j.3 m/s 165).


Riwayat as-Suyuthi ini jelas menunjukkan Ibnu Abbaas tidak mengambilnya daripada Nabi s.a.w., sebaliknya beliau telah menerimanya daripada Kaab al-Ahbaar. Salah satu punca riwayat-riwayat Israiliyyat.


(4) Antara sikap yang perlu ada pada pentafsir ialah berhati-hati terhadap apa yang dikemukakan oleh pentafsir-pentafsir terdahulu berupa riwayat-riwayat Israiliyyat. Mereka kadang-kadang cuba mentafsirkan ayat-ayat tertentu berpandukan riwayat-riwayat Israiliyyat. Ayat-ayat Allah cuba dikaitkan dengannya. Walaupun tidak ada langsung keperluan mereka berbuat begitu untuk mentafsirkan ayat-ayat berkenaan. Sebagai contohnya lihat saja tafsiran mereka terhadap ayat 102 Surah al-Baqarah berikut:

Al-Baqarah 2:102
وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنْ خَلَٰقٍۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir). padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesunngguhnya kami hanya cobaan (bagimu). sebab itu —janganlah kamu jadi kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua mereka itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allali. Mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat. bukan memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. 
(al-Baqarah: 102).

Ayat ini dikaitkan oleh sekian ramai pentafsir dengan riwayat Israiliyat yang menyebutkan kisah Zuhrah dengan Harut dan Marut, dua orang malaikat yang kononnya telah diuji setelah menjadi manusia. Padahal firman Allah itu dapat di fahami dengan baik tanpa bantuan mana-mana rivs-ayat Israiliyyat pun. Kerana itulah Maulana Asyraf 'Ali Thanwi di dalam Tafsirma menulis:

"Kisah Zuhrah sangat masyhur telah digunakan oleh ahli-ahli tafsir untuk mentafsirkan di atas. Padahal ia tidak tsabit dengan sanad yang mustabar. Orang-orang yang berpendapat ia bercanggah dengan qaedah-qaedah syariat menolaknya. Sementara orang-orang yang berpendapat ia tidak bercanggah dengan qaedah-qaedah syariat pula tidak menolaknya. Kita sekarang tidaklah hendak membincangkan sama ada ia sahih atau dhaif. Cuma sebagaimanasedia dima'lumi. riwayat-riwayat Israiliyyat tidak diperlukan untuk mentarsirkan ayat al-Qur'an. Dan memahami maksud ayat itu tidak terhenti dan tidak bergantung kepadanya."

Kesimpulannya ialah riwayat-riwayat Israiliyyat bukan merupakan keperluan pentafsir. la juga bukan merupakan rujukan mu'tabar dan autentik bagi tafsir al-Qur'an.

Di bawah ini dikemukakan beberapa ayat al-Qur'an yang banyak dikaitkan dengan riwayat-riwayat Israiliyyat bersama-sama terjemahannya:

Al-Baqarah 2:72
وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَٱدَّٰرَْٰٔتُمْ فِيهَاۖ وَٱللَّهُ مُخْرِجٌ مَّا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ 
Al-Baqarah 2:73
فَقُلْنَا ٱضْرِبُوهُ بِبَعْضِهَاۚ كَذَٰلِكَ يُحْىِ ٱللَّهُ ٱلْمَوْتَىٰ وَيُرِيكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ 

Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia lalu kamu saling tuduh menuduh tentang itu. Dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama ini kamu sembunyikan. (72) Lalu Kami berfirman: "Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota sapi betina itu !" Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dam memperlihatkan padamu tanda-tanda kekuasaan-Nya agar kamu mengerti. (73). 
(al-Baqarah;72-73).

Al-Baqarah 2:102
وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنْ خَلَٰقٍۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir). padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mer.gatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu jai.ganlah kamu jadi kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua mereka itu apa yang dengan sihir itu. mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat, bukan meinberi manfaat. Demi. sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa Yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. 
(al-Baqarah: 102).


Sad 38:21
وَهَلْ أَتَىٰكَ نَبَؤُا۟ ٱلْخَصْمِ إِذْ تَسَوَّرُوا۟ ٱلْمِحْرَابَ 
Sad 38:22
إِذْ دَخَلُوا۟ عَلَىٰ دَاوُۥدَ فَفَزِعَ مِنْهُمْۖ قَالُوا۟ لَا تَخَفْۖ خَصْمَانِ بَغَىٰ بَعْضُنَا عَلَىٰ بَعْضٍ فَٱحْكُم بَيْنَنَا بِٱلْحَقِّ وَلَا تُشْطِطْ وَٱهْدِنَآ إِلَىٰ سَوَآءِ ٱلصِّرَٰطِ 
Sad 38:23
إِنَّ هَٰذَآ أَخِى لَهُۥ تِسْعٌ وَتِسْعُونَ نَعْجَةً وَلِىَ نَعْجَةٌ وَٰحِدَةٌ فَقَالَ أَكْفِلْنِيهَا وَعَزَّنِى فِى ٱلْخِطَابِ 
Sad 38:24

قَالَ لَقَدْ ظَلَمَكَ بِسُؤَالِ نَعْجَتِكَ إِلَىٰ نِعَاجِهِۦۖ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْخُلَطَآءِ لَيَبْغِى بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَقَلِيلٌ مَّا هُمْۗ وَظَنَّ دَاوُۥدُ أَنَّمَا فَتَنَّٰهُ فَٱسْتَغْفَرَ رَبَّهُۥ وَخَرَّ رَاكِعًا وَأَنَابَ۩ 
Sad 38:25
فَغَفَرْنَا لَهُۥ ذَٰلِكَۖ وَإِنَّ لَهُۥ عِندَنَا لَزُلْفَىٰ وَحُسْنَ مَـَٔابٍ 
Bermaksud:dan sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) berita (perbicaraan dua) orang yang berselisihan? ketika mereka memanjat tembok tempat ibadat;(21)
Iaitu ketika mereka masuk kepada (Nabi) Daud. lalu ia terkejut melihat mereka: mereka berkata kepadanya: "Janganlah takut, (kami ini) dua orang yang berselisihan. salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang Iain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.(22)
"Sebenarnya orang ini ialah saudara(seagama)ku; ia mempunyai sembilan puluh sembilan ekor kambing betina dan aku mempunyai seekor sahaja: Dalam pada itu, ia (mendesakku dengan) berkata: Serahkanlah yang seekor itu kepadaku', dan dia telah mengalahkan daku dalam merundingkan perkara itu".(23)
Berkata dia (Nabi Daud): "Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengah yang Iain. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh; sedang mereka amatlah sedikit!" dan (Nabi) Daud (setelah berfikir sejurus) mengetahui bahawa sebenarnya Kami sedang mengujinya (dengan peristiwa itu) lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali.Maka Kami ampunkan kesalahannya itu; dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Kami serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).(25) 
(Shaad: 21-25).

Sad 38:41
وَٱذْكُرْ عَبْدَنَآ أَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّى مَسَّنِىَ ٱلشَّيْطَٰنُ بِنُصْبٍ وَعَذَابٍ 
Sad 38:42
ٱرْكُضْ بِرِجْلِكَۖ هَٰذَا مُغْتَسَلٌۢ بَارِدٌ وَشَرَابٌ 
Sad 38:43
وَوَهَبْنَا لَهُۥٓ أَهْلَهُۥ وَمِثْلَهُم مَّعَهُمْ رَحْمَةً مِّنَّا وَذِكْرَىٰ لِأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ 
Sad 38:44
وَخُذْ بِيَدِكَ ضِغْثًا فَٱضْرِب بِّهِۦ وَلَا تَحْنَثْۗ إِنَّا وَجَدْنَٰهُ صَابِرًاۚ نِّعْمَ ٱلْعَبْدُۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ 
Bermaksud: dan ingatkanlah akan (peristiwa) hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhannya: "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan kesengsaraan”. (41 ).
(Maka Allah berfirman): "Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu; İnilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum”. (42).

Dan Kami kurniakan kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai suatu rahmat dari Kami dan sebagai suatu peringatan bagi orang-orang yang ber'aqal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa kesusahan). (43).

Ambillah dengan tanganmu seikat jerami, kemudian pukullah (isterimu) dengannya. Janganlah engkau melanggar sumpah". Sesungguhnya Kami mendapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dia adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taht (kepada Tuhannya). (44).
(Shaad: 41-44).


Yusuf 12:24
وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِۦۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَآ أَن رَّءَا بُرْهَٰنَ رَبِّهِۦۚ كَذَٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ ٱلسُّوٓءَ وَٱلْفَحْشَآءَۚ إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُخْلَصِينَ 
Bermaksud: Dan sebenarnya perempuan itü telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itü kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. (Yusuf:24).

Sad 38:30
وَوَهَبْنَا لِدَاوُۥدَ سُلَيْمَٰنَۚ نِعْمَ ٱلْعَبْدُۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ 
Sad 38:31
إِذْ عُرِضَ عَلَيْهِ بِٱلْعَشِىِّ ٱلصَّٰفِنَٰتُ ٱلْجِيَادُ 
Sad 38:32
فَقَالَ إِنِّىٓ أَحْبَبْتُ حُبَّ ٱلْخَيْرِ عَن ذِكْرِ رَبِّى حَتَّىٰ تَوَارَتْ بِٱلْحِجَابِ 

Bermaksud: Dan Kami telah kurniakan kepada (Nabi) Daud (seorang anak bernama) Sulaiman; dia (Sulaiman) adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat tas at (kepada Tuhannyn), (30) (Ingatkanlah peristiwa) Ketika dipertunjukkan kepadanye pada suatu petang satu kumpulan kuda yang terpuji kcadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari. (31) maka dia (Sulairil,xn) bcrkata: ''Sesungguhnya akü amal menyukai barang yaııg baik (kuda-kuda) ini (semata-mata) kerana ingat akan Tuhanku. sehingga ia (kuda-kuda İtu) hilang darİ pandangan".(32) 
(Kemudian Nabi Sulaiman a.s. berkata kepada orang-orangnya): "Bawa balik kuda-kuda itü kepadaku"; maka dia pun tampil menyapu betis-betis dan tengkuk-tengkuk (33).
(Shaad:30-33)

Al-A'raf 7:189
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَٰحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَاۖ فَلَمَّا تَغَشَّىٰهَا حَمَلَتْ حَمْلًا خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِۦۖ فَلَمَّآ أَثْقَلَت دَّعَوَا ٱللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ ءَاتَيْتَنَا صَٰلِحًا لَّنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّٰكِرِينَ 
Al-A'raf 7:190
فَلَمَّآ ءَاتَىٰهُمَا صَٰلِحًا جَعَلَا لَهُۥ شُرَكَآءَ فِيمَآ ءَاتَىٰهُمَاۚ فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ 
Bermaksud: Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri)untuk bersenang- senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang Iain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yano ringan, serta teruslah dia dengan keadann itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur. ( 189).

Kemudian ketika Allah mengurniakan kepada keduanya nikmat yang baik (sebagaimana yang mereka pohonkan). mereka berdua menjadikan sekutu bagi Allah dalam urusan wujudnya ni'mat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu. (190). (189-190).

Kitab-Kitab Tafsir Yang Banyak Mengandungi Riwayat-Riwayat Israiliyyat.
Kitab-kitab tafsir lama jauh lebih banyak mengandungi riwayat-riwayat Israiliyyat berbanding kitab-kitab tafsir yang ditulis di zaman moden ini. Kitab tafsir tulisan tokoh-tokoh Islam di zaman moden ini kebanyakannya anti riwayat Israiliyyat. Kalau ada tersebut pun di dalamnya riwayat Israiliyyat, maka untuk didedahkan kebatilan dan kekarutannya, kemudian diberikan penjelasan dan tafsiran sebenar bagi ayat-ayat berkenaan.
Di bawah ini dikemukakan beberapa tafsir yang masyhur ketüna banyak mengandungi riwayat-riwayat Israiliyyat dan ia merupakan punca bagi tafsir-tafsir yang datang selepasnya:
(1) At-Tafsir al-Kabir karangan Muqatil bin Sulaiman (m150H). Tafsir ini boleh dikatakan penuh dengan riwayat-riwayat Israiliyyat. Pengarangnya telah mengemukåkan riwayat-riwayat itu tanpa sanad. Hafiz Ibnu Hajar berkata, "Para 'ulama' menganggapnya sebagai seorang pendusta. Orang yang meriwayatkan tafsir itu daripadanya adalah Abu lshmah Nuh bin Abi Maryam. Dia juga dianggap pendusta oleh para  ulama'. Selain Nuh bin Abi Huzail bin Habib juga meriwayatkan tafsir itü daripada Muqatil. Tetapi Huzail juga seorang yang dianggap lemah, meskipun dia tidak dianggap seteruk Nuh.

(2) Al-Kasyfu Wa al-Bayan An Tafsir al-Qur'an, karangan ats-Tsalabi (Ahmad bin Muhammad bin İbrahim m,427H). Tafsir ini termasuk dalam kategori 'tafsir bil Ma'tsur" tanpa sanad dan tanpa komentar terhadap riwayat-riwayat Israiliyyat yang dikemukakan.

(3)Tiga buah kitab Tafsir al-Wahidi iaitu al-Basith, al-Wasith dan al-Wajiz. Ketiga-tiganya mengandungi riwayat-riwayat Israiliyyat dan juga riwayat-riwayat lemah dan palsu. Al-Wahidi (Abul Hasan Ali bin Ahmad bin Muhammad m,468H) adalah murid ats-Tsa'labi.

(4)Tafsir Jami' al-Bayan Fi Tafsir al-Qur'an yang terkenal juga dengan nama Tafsir at-Thabari. Pengarangnya ialah Muhammad bin Jarir at-Thabari (m,310H). Tafsir ini juga banyak sekali mengandungi riwayat-riwayat Israiliyyat. Pengarangnya tidak banyak membuat komentar terhadapnya. Bagaimanapun banyak daripada riwayatnya bersanad. Tafsir ini dianggap rujukan tafsir bil ma'tsur yang paling utama. la merupakan asas bagi tafsir İbnu Katsir. Tafsir İbnu Katsir sebenarnya merupakan ringkasan bagi tafsir ini. İbnu Katsir bagaimanapun telah memilih riwayat-riwayat yang sahih daripadanya dan banyak pula telah membersihkannya dengan mengemukakan komentar terhadap riwayat-riwayat Israiliyyatnya.
Banyak daripada riwayat-riwayat Israiliyyat yang terdapat di dalamnya berpunca daripada perawi-perawi utamanya seperti Ka'ab al-Ahbaar, Wahab bin Munabbih, İbnu Juraij dan lain-lain Ahlul Kitab yang memeluk agama İslam di zaman tabiin dan Atbaa at-Tabiin.

(5)Lubaab at-Ta'wil Fi Maani at-Tanzil karangan al-Khazin (Abul Hasan Ali bin Muhammad bin İbrahim m,741H). Rujukan utama tafsir ini ialah tafsir al-Baghawi dan tafsir ats-Tsa'labi. Tafsir al-Khazin menurut pengarangnya sendiri merupakan ringkasan bagi kitab tafsir Baghawi. Tafsir Baghawi pula menurut İbnu Taimiyyah merupakan ringkasan bagi tafsir ats-Tsalabi. Kerana itü tidak peliklah kalau tafsir ini sama seperti tempat rujukannya, banyak mengandungi riwayat-riwayat Israiliyyat dan juga riwayat-riwayat lemah dan palsu, Kebanyakan riiwayat-riwayatnya adalah berhubung dengan kisah-kisah para nabi, kisah-kisah umat terdahulu tentang fitnah-fitnah dan juga peperangan-peperangan. Pengarangnya tidak membuat apa-apa komentar terhadap riwayat-riwayat itu pada kebanyakan tempat di dalam tafsirnya. Kalau ada pun hanya sedikit sahaja. Seolah-olahnya cerita-cerita yang tidak dikritik beliau boleh saja diterima. Begitulah mungkin difahami sesetengah orang daripada caranya itu.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan