Selasa, Jun 29, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 26(82)nota 16(418)

Daurah tafsir 2019 sesi 26(82)nota 16(418)

082.Surah Al infitor.
Peristiwa selepas tiupan sangkakala yg pertama.

Surah Al Infitar
Tertib surah 82
Bilangan ayatnya 19
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah 
Tertib turunnya yg ke 82
Bilangan paragraf 5
Paragraf 1 Gambaran kedua-dua peringkat hari kiamat.
ayat 1-3 Peringkat pertama 
Ayat 4-5 Peringkat kedua
Paragraf 2 ayat 6-8 Dalil-dalil penciptaan Allah dan rububiyah Nya yang menunjukan kebenaran hari akhirat ,kamu janganlah lalai.
Paragraf 3 ayat 9-12 Sebab kelalaian  manusia ialah kerana ingkarnya akan hari akhirat.
Paragraf 4 ayat 13-16 Akibat yg akan diterima oleh golongan أبرارdan فُجّار adalah berbeza.
Paragraf 5 ayat 17-19 Jangan lah bergantung kepada syafaat ,seruan supaya beriman dan beramal.

Mesej utama.
1.Jangan lalai ,beriman dan beramal solehlah kamu.
2.Janganlah bergantung kepada syafaat orang lain.
3.Berusahalah untuk mendapat  rahmat tuhan dengan amalan kamu sendiri .
4.Kesudahan golongan أبرار dan فُجّار tidak sama.

418

Tiada ulasan:

Catat Ulasan