Selasa, Jun 29, 2021

K999.PESANAN UNTUK ORANG YANG MARAH

K999.PESANAN UNTUK ORANG YANG MARAH

1. Marah itu emosi yang singgah dalam hidup kita. Kita tuan rumah, dia tetamu. Biar kita tentukan mana tetamu nak duduk dan berapa lama dia nak singgah. Bukan sebaliknya. 

2. Marah terbit dari amygdala, rasional terbit dari prefontal cortex. Amygdala tak fikir panjang, sebab dia nak fight atau flight sahaja. Sedang prefontal cortex menimbang baik buruk, dosa pahala, maslahat pendek dan panjang. (96:16)

3. Tiada ada masalah yang pernah selesai dengan marah. Biasanya ia mencipta masalah seterusnya. 

4. Ingat, patience provides perspective. Sabar sebentar, bagi ruang bernafas, bila kita tenang, baru perspective yang betul timbul. 

5. Perspective provides patience. Bila perspective kita betul, kesabaran akan datang. 

6. Marah macam mana sekalipun, jangan mencarut, mencaci (49:11)

7. Jika ada tempat yang perlu marah, tegurlah perbuatan dan kesilapan, bukan mencela orang yang dimarah. Allah mencela Firaun kerana ingkar, bukan kerana kulitnya hitam, rambutnya kerinting atau bibirnya tebal. 

8. Sifat kita akan diwarisi. Mahukah kita mewarisi sifat buruk marah kita pada anak-anak?

9. Perang tidak dimenangi oleh orang yang marah. Tetapi orang yang berstrategi. Marah mengaburkan mata, menutup pandangan dari strategi. 

10. Orang tenang selalu menang, orang marah selalu kalah.
Dr Rozanizam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan