Rabu, Jun 30, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 26(82)nota 16(419)

Daurah tafsir 2019 sesi 26(82)nota 16(419)

Zaman Diturunkan
Surah al-infithar diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. pada peringkat pertama kehidupan Baginda di Mekah di antara tahun 1 hingga 3 Kenabian. Ketika itu da'wah hanya berjalan secara rahsia dan sulit. Anak-anak muda yang baru memeluk agama Islam dibentuk pemikirannya dengan pemandangan hari kiamat.

Kelebihan Surah Al-Infithar
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُ رَأْيُ عَيْنٍ فَلْيَقْرَأْ إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ 
Bermaksud: "sesiapa yang hendak melihat hari kiamat seolah-olahnya dengan mata kepalanya dia hendaklah membaca  إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ وَإِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ 
Hadits riwayat Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah at-Takwir, hadits 3,333, ini adalah hadits shahih.

Perkaitan Surah Al-Infithar Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah at-Takwir sebelum ini orang-orang kafir Quraisy Mekah diseru supaya membuat perbandingan di antara bahasa al-Qur'an yang begitu tinggi dengan bahasa orang-orang gila. Di dalam Surah al-Infithar ini pula dibuat perbandingan di antara orang-orang :الأَبْرار (orang-orang baik-baik) dan, الفُجَّار  orang-orang jahat). Kedua-dua surah menakutkan manusia dengan perincian pemandangan hari
kiamat yang diberikan.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Surah ini membuat perbandingan di antara أَبرار (orang-orang baik-baik) dan:الفُجَّار (orang-orang jahat).
Akibat yang akan diterima golongan أَبرار dan الفُجَّار hari kiamat kelak tidak sama.

2.Di dalam surah ini dinyatakan 5 proses kejadian manusia: (1) خَلَقَ iaitu Allah mencipta dan mengatur kejadiannya (2) سَوَّاك; iaitu Allah menjadikan anggota manusia sesuai dengan tujuan anggota itu diadakan (3) فَعَدَلَكَ iaitu Allah menjadikan binaan tubuh badannya sama padan dengan kekuatannya; (4)Tashwir (صورة) iaitu memberi rupa dan bentuk (5) Tarkib (رِكَّبَك) iaitu menyusun tubuh manusia sesuai dengan rupa dan bentuk yg dikehendakiNya.

3. Firman Allah مَا غَرَّكَ hati kecil manusia ditanya apa sebab engkau lalai terhadap tuhan, apa sebab kamu tidak percaya kepada balasan baik dan buruk.

4. Firman Allah  كِرَامًاكَاتِبِيْنَ bermaksud para malaikat yarg mulia sedang bertugas menulis dan merakam
segala amalan manusia, oleh itu manusia hendaklah beriman dan beramal shaleh.

5. Aqidah akan mendapat syafa'at yang karut tidak berguna di hari kiamat nanti. Orang lain tidak dapat menolong seseorang, yang berkuasa mutlaq hanyalah Allah semata-mata.

419

Tiada ulasan:

Catat Ulasan