Ahad, Jun 27, 2021

K999.Belajar teknik Emotional Defusion - berkawan dengan perasaan, bukan berlawan

K999.Belajar teknik Emotional Defusion - berkawan dengan perasaan, bukan berlawan

Bila datang fikiran rasa kita anxious, takut, down, sedih, panic, hopeless, suicidal & seangkatan dengannya, 

Cuba stop, take a deep breath, name the thought/feeling. 

Kemudian bagitahu diri sendiri:

Saya bukan anxious, cuma sekarang fikiran tentang anxiety sedang singgah. 

Saya bukan depressed, cuma perasaan depressed sedang lalu dan menyapa. 

konsepnya ialah untuk reframe mind kita bahawa emosi/fikiran itu tidak mendefinisi siapa kita. Ia hanyalah fikiran/perasaan yang datang dan pergi. 

Jangan lawan, tetapi berkawanlah dengan emosi dan perasaan tersebut. Seperti lebah yang singgah, bila kita gelabah, dia pun cuak. Lantas dia pun menggigit kita. Padahal niat asalnya tersinggah sahaja. 

Konsep emotional defusion ini hampir sama dengan step S (step away) dalam teknik NASA yang saya kongsikan sebelum ini. 

Name, Accept, Step away and Act according your values. 

Kita step away dari emosi, meletakkan emosi pada tempatnya. Meletakkan sempadan pada emosi dan fikiran agar emosi dan fikiran ini tidak menjadi penentu kepada tindakan kita seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan