Ahad, Jun 27, 2021

K999.MENGAPA KITA PERLU VITAMIN C?

K999.MENGAPA KITA PERLU VITAMIN C?

Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air  (water soluble), oleh itu ia tidak disimpan dalam tubuh dan penggunaannya dalam tubuh sangat cepat. Maksudnya tahap vitamin C akan mudah menjadi rendah dan perlu ditingkatkan setiap masa agar tubuh dapat menjalankan fungsi dengan berkesan.

Tubuh memerlukan vitamin C untuk tugas seperti:

1. Membantu tubuh menghasilkan kollagen, L-Carnitine, and beberapa bahan neurotrasmitter.

2. Bertindak sebagai antioksida yg akan melawan reactive oxidative species (ROS) atau juga dikenali sebagai radikal bebas.

3. Membantu penyerapan zat besi

4. Meningkatkan sistem daya tahan melawan virus.

5. Mempercepatkan penyembuhan luka

ROS adalah sebatian yang terhasil dari proses semulajadi dalam tubuh (contoh metabolisme), terdedah pada pencemaran dan banyak lagi. Ia akan menyebabkan proses oxidative stress dan akhirnya menyebabkan kerosakan sel.

Vitamin C juga membantu mengurangkan keradangan dan merendahkan risiko mendapat penyakit kronik dan komplikasinya. 

Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kollagen yang banyak pada kulit tetapi pada otot seperti tendon, ligamen, kornea, tulang rawan, tulang, usus dan saluran darah. Ia mempercepatkan penyembuhan luka.

Vitamin C yang rendah juga boleh menyebabkan penyakit scurvy, yang akan menyebabkan keradangan dan bengkak sendi, pendarahan gusi, kehilangan gigi, anemia dan keletihan.

Jom kita pastikan tahap vitamin C dalam tubuh kita pada tahap yang optima. Ambil dos yang optima 500-1000mg sehari, dan pastikan cukup minum air. 

Setiap orang mempunyai keperluan yg berbeza, sama ada untuk kekal sihat atau membantu merawat penyakit.

Mereka yang memerlukan vitamin C lebih dari orang lain adalah wanita hamil, perokok dan mereka yg tinggal serumah dgn perokok, pesakit metabolik seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia, dan pesakit kanser (selepas selesai rawatan). 

Bagi mereka yg pernah ada batu karang, pesakit ginjal yang menjalani hemodialisis dan ada sejarah keluarga yg ada masalah batu karang, boleh ambil dengan dos yang lebih rendah tetapu berbincang dengan pakar farmasi dulu. 

Apa pun yang penting, jangan ambil overdose (melebihi 2000mg), dan minumlah air yang mencukupi dan kekal aktif. 

Boleh dapatkan vitamin C dari farmasi berdekatan. Mintalah konsultasi dari ahli farmasi di situ.

#JomkitabervitaminC.

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan