Kerapkali ibubapa kerap geram bila anak tidak dengar kata atau komited lakukan perkara yang diminta.
Pada saya house cores perlulah seiring dengan usia anak,
Tidak perlu terlalu banyak,
Master 1 skill dulu baru tambah yang lain.
Ikut tugas perkembangan, usia 7-12 sudah sesuai untuk BIMBINGAN dan TANGGUNGJAWAB diberi kepada si anak untuk kerja-kerja tugasan yang memerlukan lebih tanggungjawabnya,
berbanding usia 0-7 yang mana mereka masih peringkat main-main, dan seronok mencuba sesuatu yang baru (seperti menolong memasak atau mengemop rumah - tak kira anak lelaki atau perempuan).
.
Saya kongsikan caranya, sesuai untuk kanak-kanak yang perlukan carta jelas lagi konkrit dan ibubapa yang pelupa macam saya dan suami ni untuk track rekod kerja anak 🤣
.
1. Mulakan dengan 3-5 TUGASAN KECIL yang anak mampu, juga pada anda penting dan anda betul-betul mahu mereka lakukan.
Tugasan bukanlah untuk membantu sangat kerja rumah anda tetapi lebih kepada PEMBENTUKAN KAREKTOR si anak; iaitu bertanggungjawab untuk kemudahan diri dia sendiri (tuala tidak basah bila nak pakai lagi kemudiannya, kalau tidak disidai selepas mandi) dan secara tidak langsung barulah membantu urusan rumah tangga anda (tiada tuala bersepahan di atas lantai dan anda geram) (benefit akan kembali kepada memudahkan dan melancarkan urusan rumah anda jua) 😊
2. Sekalikan dengan REWARD yang mereka mahu. Buat permulaan memang mereka lakukan kerana mahu kejar reward tetapi lama kelamaan mereka akan biasa dan jadi habit. 😊
Contoh macam Fateh kami ni diberi kerja 5x7 hari solat Jemaah dengan elok untuk dia dapat reward ayahnya installkan game minecraft (minecreaft aja, bukan apa sangat pun, tapi pada dia besar sebab dia tak dapat lagi, dan masa dia kecil belum sedia dulu saya pernah beli, dia minta, kemudian dia memang belum mampu buat dengan baik - not his age lagi) 😄 Jadi dia pun tak berapa rasa nikmat main game tu pun, takda memori istimewa pun.
Jadi baru ni dia dah dapat cuma ada lompong Subuh dan Isya' (sebab dia Subuh selalu lambat dan individu, tidur pula pukul 8 lebih dan tak nak tunggu dah Isya ngantuk bangat), jadi dia kena extend lebih 7 hari untuk genapkan 35 kali itu.
Kini fasa pengukuhan sahaja. Belum sempurna namun body clock tu sudah masuk 'frame'.
Part mandi awal pagi, sidai tuala dia takda masalah jadi aspek itu saya tak masukkan.
Kemudian lihat sebanyak mana dia boleh isikan (tanda bulat bulat tu). Beri syarat yang dia akan mampu laksana atau capai, contoh saya beritahu 5 tandaan bulat itu (bayangkan ia seperti coklat bulat) akan dapat 1 biji dark chocholate bulat sedap dalam peti ais tu (sebab kami takda jajan gula biskut semua maka coklat tu pada dia sedap dan besar sangat la). Baru dia setuju dan semangat 😅, kalau tak, nak tanda pun dia rasa ini banyak kerja ni (sheet kelas pun dia rasa banyak kena buat masa kelas online kan).
.
3. Dahulukan tugasan kerja rumah (untuk pembentukan karektor) berbanding tugasan berkaitan akademik (hafal sifir 12 ke) kerana yang nak dibentuk di rumah ialah sikap tanggungjawab, amanah, semangat komited dahulu, baru part akademik akan menyusul.
Macam Fateh saya ni, saya observe waktu kelas online zoom dengan tc dia tu, setiap kelas nampak dia sangat bersemangat dan komited, banyak bertanya, tinggi involvement, berbanding buat kerja akademik dengan saya (katakan tertinggal kelas dan buat dengan Mummy dia, memang tak masuk 😆😅).
Pada saya sekolah tetap sekolah setting lain, rumah tetap rumah setting lain, jadi takkan sama capaiannya (sikap kerajinan, komited dia) melainkan memang ada ibubapa mampu jadi 'guru betul' di rumah 😊.
OK itu aja,
Jika mahu sheet ini boleh dapatkan yang kosong (pdf format) saya masukkan ke channel telegram saya ya.
Maznah Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan