Daurah tafsir 2019 sesi 25(76)nota 16(406)
Zaman Diturunkan
1.22 Ayat di permulaan Surah ad-Dahr diturunkan di peringkat awal kehidupan Rasulullah di Mekah antara tahun ke-1 hingga ke-3 Kenabian. Ketika itu seruan Islam disebarkan secara sulit dan senyap-senyap, di peringkat itu jugalah turun Surah al-Qiyaamah dan Surah an-Naba'. 6 Ayat di akhir Surah ad-Dahr pula berkemungkinan diturunkan pada tahun ke-4 Kenabian setelah da'wah secara terbuka
bermula. Antara kesalahan pemimpin-pemimpin Quraisy yang disebutkan di dalam surah ini ialah mereka adalah golongan ءَاثِمًا (berdosa); dan كَفُورًا (tidak bersyukur), masyarakat ditegah daripada mentaati pemimpin- pemimpin seperti itu وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ ءَاثِمًا أَوْ كَفُورًا Ayat: 24).
Al-Insan 76:24
فَٱصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ ءَاثِمًا أَوْ كَفُورًا
Maka bersabarlah untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.
Antara sifat-sifat pemimpin yang ditegah orang ramai mengikuti mereka ialah mereka terlalu cintakan dunia dan lalai daripada hari kiamat(Ayat:27).
Al-Insan 76:27
إِنَّ هَٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا
27. Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan)untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
Antara Ciri Khusus Surah Ad-Dahr
1. Di dalam Surah ad-Dahr akibat buruk daripada kekufuran telah disebutkan dengan mengguna 3 perkataan secara umum sahaja, sedangkan berkenaan dengan ganjaran kerana bersyukur kepada Allah pula terdapat perincian dan penjelasan yang agak banyak.
2. Di dalam surah ini dikemukakan perbandingan di antara pemimpin yang baik dan pemimpin yang tidak baik, pemimpin yang baik ialah yang cintakan Allah dan takutkan hari akhirat, kerana itu ia memberi makan kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan orang-orang tawanan. Sementara pemimpin yang فاسق, فاجر dan buruk pekertinya pula adalah yang cintakan dunia, mementingkan diri sendiri dan tidak percaya kepada hari kemudian.
Al-Insan 76:1
هَلْ أَتَىٰ عَلَى ٱلْإِنسَٰنِ حِينٌ مِّنَ ٱلدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْـًٔا مَّذْكُورًا
Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa, yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?
Kelebihan Surah Ad-Dahr
Rasulullah s.a.w. membaca Surah as-Sajdah dan هَلْ أَتَىٰ عَلَى ٱلْإِنسَٰنِ dalam sembahyang Subuh hari Juma'at.
Shahih Muslim, Kitab Shalat Juma'at, hadits 2,068, riwayat daripada Ibnu 'Abbas.
406
Tiada ulasan:
Catat Ulasan