Selasa, Jun 01, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)279-311s

Tafsir asas quran nota 9(302)279-311s

USUL TAFSIR KE 18.

(18) Mengelakan Diri  Tafsir yang Sesat
Usul ke-18 ini  mengelakkan diri daripada tafsir ahli bidah atau golongan-golongan yang sesat الا جتناب عن تفسير الفرق الصالة dan juga golongan-golongan Islam  di zaman moden yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah bukan Islam.

Ahli bid'ah atau golongan-golongan yang sesat adalah orang-orang yang mengaku beragama Islam. sedangkan 'aqidahnya terpesong dan terseleweng daripada ajaran Islam sebenar. Mereka terdiri daripada golongan Khawarij, Syi'ah-Syi'ah yang melampau (Rawafidh), Jahmiyyah. Mutazilah, Qadariyyah, Jabriyyah,Murji'ah, Batiniah, Anti hadits dan lain-lain.

Golongan-golongon Islam di zaman moden yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah bukan Islam pula mungkin terdiri daripada pendokong-pendokong Sosialisma. Komunisma. Sekularisma. Qadianisma, Liberalisme. Pluralisma dan lain-lain.

Dalam keadaan sudah ada tafsiran-tafsiran daripada para sahabat, tabi'in dan para ulamak  mutabar yang bijaksana dan saleh dari kalangan Ahli as-Sunah Wal-Jamaah, tafsiran-tafsiran golongan-golongan menyeleweng yang disebutkan tadi langsung tidak diperlukan lagi.

Pada dasarnya masing-masing golongan yang sesat dan menyeleweng itu sudah pun mempunyai kepercayaan dan tanggapan sendiri, lalu untuk memperkuatkan pegangan mereka, ayat-ayat tertentu dita'wilkan supaya kelihatan bersesuaian dengannya. Antara golongan sesat yang paling banyak melakukan ta'wilan-tawilall terhadap ayat-ayat al- Qur'an untuk menguatkan fahman mereka dan membenarkan amalan-amalan mereka ialah puak-puak Batiniah dan Syiah.

Puak-puak Batiniah itu banyak pula pecahan dan alirannya. Termasuklah antara mereka golongan Qaramithah dan sufi yang melampau. Mereka ini mempunyai apa yang dinamakan sebagai tafsir batin' atau tafsir isyari.  Tafsir yang baik semestinya tidak mengandungi tafsir-tafsir seperti itu.

Ahli tafsir Sunni yang bijaksana sudah tentu tidak akan terpengaruh dengannya dan seterusnya tentu sekali tidak akan memberi ruang untuk tafsir-tafsir seperti itu di dalam tafsirnya.

Penulis sama sekali tidak bermaksud menyatakan semua tafsir isyari itu langsung tidak ada kebenaran dan kebaikannya. Apa yang dimaksudkan ialah banyak daripadanya sememangnya mengarut dan langsung tidak berasas. Maka pentafsir hendaklah berwaspada terhadapnya.

Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh tafsir isyari puak Batiniah dan Sufi yang menyeleweng:
(1) Firman Allah di dalam Surah Thaha seperti di bawah ini:

Ta Ha 20:24
ٱذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُۥ طَغَىٰ 
Bermaksud: Pergilah kepada Fir eaun; sesungguhnya ia telah melampaui batas. (Thaha:24).

Perkataan firaun di dalam ayat ini ditafsirkan mereka dengan nafsu. Musa yang diperintah Allah supaya pergi kepada Firaun pula ditafsirkan dengan roh. Jadi maksud Allah dengan firmanNya ini ialah: Wahai roh pergilah engkau kepada nafsu yang telah melampaui batas.

(2)  Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah di bawah ini:

Al-Baqarah 2:67
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦٓ إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تَذْبَحُوا۟ بَقَرَةًۖ قَالُوٓا۟ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًاۖ قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ ٱلْجَٰهِلِينَ 
Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Apakah kamu menjadikan kami bahan ejekan?" Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang dari orang-orang yang jahil." (al-Baqarah:67).

Perkataan (seekor lembu betina) yang tersebut di dalam ayat ini dipakai mereka dengan erti nafsu. Ertinya menurut mereka ialah Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih nafsu.

(3)  Perintah Allah kepada Musa supaya menanggalkan kasut di dalam firmanNya ini: 

Ta Ha 20:12
إِنِّىٓ أَنَا۠ رَبُّكَ فَٱخْلَعْ نَعْلَيْكَۖ إِنَّكَ بِٱلْوَادِ ٱلْمُقَدَّسِ طُوًى 
Bermaksud: Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka tanggalkanlah kedua kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Thuwa yang suci. (Thaha:12), ditafsir mereka dengan meninggalkan dunia. Jadi maksudnya menurut mereka ialah maka tinggalkanlah dunia.

(4) Berhubung dengan bahagian yang berkurungan[ ]di dalam Firman Allah di bawah ini:

Al-Baqarah 2:22
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu;[ kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui]. (al-Baqarah:22), 

mereka mengatakan, sekutu Allah yang paling besar ialah nafsu yang sangat suka menyuruh seseorang melakukan kejahatan dan sangat suka memuaskan dirinya.

(5)Perkataan Thagut yang tersebut di dalam firman Allah di dalam Surah an-Nisaa' berikut:

An-Nisa' 4:51
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ نَصِيبًا مِّنَ ٱلْكِتَٰبِ يُؤْمِنُونَ بِٱلْجِبْتِ وَٱلطَّٰغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ هَٰٓؤُلَآءِ أَهْدَىٰ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ سَبِيلًا 
Bermaksud: Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah dan kepada Taghut dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w). (an-Nisaa':51), 

ditafsirkan mereka dengan nafsu yang sangat suka menyuruh manusia melakukan kejahatan. Menurut mereka kepala segala thagut adalah nafsu manusia itu.

(6) Mereka mempunyai tafsiran sendiri berhubung dengan beberapa rangkai kata yang tersebut di dalam Surah an-Nisaa' di bawah ini:

An-Nisa' 4:36
وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔاۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا 
Bermaksud: Dan beribadatlah kamu kepada Allah dan janganlah kannu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan iiran tetangga yang dekat dan <jiran tetangga yang jauh dan rakan seiawat dan orang musafir yang terlantar> dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (an-Nisaa':36).


Perhatikan rangkai kata yang bertanda <>di bawahnya di dalam ayat di atas. Itulah erti sebenarnya. Tetapi mereka ini menta'wilkannya dengan makna-makna yang jauh terpesong daripada makna sebenarnya. وَالّجَار ذِي القُرْبِى ditafsirkan dengan hati. وَالّجَار الٌجُنبِ ditafsirkan dengan nafsu semula jadi di dalam diri manusia.  وِالصِّاحِب باجَنُبِ ditafsirkan dengan akal yang mengikut Syara'. Dan  وِأبْن السِّبيلpula ditafsirkan dengan anggota badan yang ta'at dan patuh kepada Allah.

(7) Firman Allah di dalam Surah an-Naml berikut:

An-Naml 27:52

فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةًۢ بِمَا ظَلَمُوٓا۟ۗ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَةً لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 
Maka itulah rumah-rumah mereka dalam keadaan runtuh disebabkan kezaliman mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) pelajaran bagi kaum yang mengetahui (akan sebab dan musababnya). (an-Naml:52).

Mereka pula mentafsirkannya dengan: "ltulah hati-hati mereka setelah terus berada di atas apa yang dilarang Oleh Allah. 'Rumah-rumah mereka' ditafsirkan dengan hati-hati mereka. Hati manusia itu diibaratkan sebagai rumah, adakalanya ia ma'mur dengan zikir kepada Allah, adakalanya pula ia runtuh dan sepi apabila tiada zikir kepada Allah di dalamnya.

(8) Firman Allah di dalam Surah ar-Ruum berikut:

Ar-Rum 30:41
ظَهَرَ ٱلْفَسَادُ فِى ٱلْبَرِّ وَٱلْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ ٱلَّذِى عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ 
Bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan Oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (ar-Ruum:41)

Kata mereka, yang dimaksudkan dengan perkataan البر(darat) di dalam ayat itu ialah anggota badan manusia. Dan yang dimaksudkan dengan perkataan البحر (laut) ialah hati manusia.

(9) Perkataan مساجد yang tersebut di dalam firman Allah berikut:
Al-Baqarah 2:114
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَٰجِدَ ٱللَّهِ أَن يُذْكَرَ فِيهَا ٱسْمُهُۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَن يَدْخُلُوهَآ إِلَّا خَآئِفِينَۚ لَهُمْ فِى ٱلدُّنْيَا خِزْىٌ وَلَهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Bermaksud: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama Allah di dalam masiid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannva? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat. (al-Baqarah:114),

ditafsirkan mereka dengan hati-hati manusia Orang Yang menghalang hatinya daripada mengingati Allah dengan melakukan pelbagai ma'shiat adalah orang yang paling zalim. Di dunia ia akan hina dan di akhirat pula ia akan disiksa.

Hukum Tafsir Isyari
Para ulama berbeda pendapat tentang tafsir isyari. Apakah semua tafsir isyari itu salah atau ada juga antaranya yang boleh diterima? Mereka terbahagi kepada tiga golongan dalam menghadapi persoalan ini.
(1) Golongan pertama terdiri daripada orang-orang yang tidak mengharuskan pentafsiran alQur'an melainkan menurut apa yang zahir daripada kehendak bahasa 'Arab dan apa yang dinukilkan daripada Nabi dan para sahabat baginda. Bagi mereka tidak ada di dalam al-Qur'an itu apa yang dinamakan sebagai tafsiran batin.

(2)Golongan kedua terdiri daripada orang-orang Yang berpendapat, al-Quran harus ditafsirkan walaupun tidak menurut zahir bahasa 'Arab. Ini kerana al-Qur'an ada ma'na zahir dan ada juga ma'na batinnya. Golongan ini terlajak sehingga berani mentafsirkan al-Qur'an meskipun bercanggah dengan tafsiran yang ma'ruf dari golongan sahabat dan tabiin. Pendapat golongan ini salah dan tidak boleh diterima sarna sekali.

(3)Golongan ketiga terdiri daripada orang-orang yang berpendapat  memanglah tafsir yang benar dan terbaik ialah tafsiran yang dinukilkan daripada Nabi s.a,w. dan para sahabat serta tafsiran yang bersesuaian dengan tuntutan zahir bahasa arab. tetapi di dalam al-Quran juga
terdapat isyarat-isyarat yang tersembunyi. la kadangkala disingkapkan kepada hati sesetengah auliya' Allah dan hamba-hambaNya yang saleh. Isyarat-isyarat itu bagaimanapun tidaklah menyalahi ma'na zahir al-Qur'an yang dimaksudkan. Malah ia betepatan dengan ma'na ahir yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. 

Golongan Yang Tidak Menerima Tafsir Isyari Dan Alasan Mereka.
Antara tokoh tafsir yang menolak tafsir isyari ialah:
(i)Al-lmam Abul Hasan al-Waahidi. Ibnu as-Shalah di dalam Fatawanya menurut apa yang dinukilkan daripada beliau oleh az-Zarkasyi di dalam al-Burhannya, berkata: "Aku dapati Imam Abul Hasan al-Waahidi al-Mufassir berkata, "Abu 'Abdir Rahman as-Sulami telah mengarang 'Haqa'iq at-Tafsir'. Jika dia percaya bahawa apa yang ditulisnya itu tafsir, maka jadi kafirlah dia." 
(az-Zarkasyi — al-Burhaan Fi 'Ulum al-Qur'an j.2 m/s 170).

(ii)Al-lmam an-Nasafi (Abul Barakaat 'Abdullah bin Ahmad bin Mahmud m.710H). Beliau di dalam Kitab 'Aqa'idnya berkata, "Nas-nas al-Qur'an adalah mengikut makna zahirnya. Berpaling daripadanya kepada makna-makna yang dida'wa oleh Ahlul Bathin adalah ilhad (kekufuran). (Al'Aqaa'id an-Nasafiyyah m/s 166).

(iii)Al-lmam Sirajuddin al-Bulqini ('Umar bin Ruslan bin Nashir bin Saleh al-Kinaani al-Bulqini m.805H). As-Suyuthi di dalam al-ltqaan berkata, "Pernah Syeikhul Islam al-Bulqini ditanya tentang seseorang yang mentafsirkan firman Allah berikut:مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ

Al-Baqarah 2:255
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ 
Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahahidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Mahatinggi, Mahabesar.

dengan mengatakan bahawa ma'nanya ialaمَن ذَلَّ (sesiapa yang menghinakan) dan adalah isyarat kepada النفس (nafsu). يَشْفَ pula fi'il mudhari' majzum daripada dan ia menjadi jawab bagi عُ، مَنْ pula adalah fiil amar daripada perkataan الوعي . Jadi ma'nanya ialah sesiapa yang menghinakan nafsu, ia sembuh. Sedarlah! Maka Syeikhul Islam al-Bulqini memfatwakan orang yang mentafsirkan begitu sebagai mulhid (kafir dengan sebab memutar belit dan memesongkan ma'na ayat al-Quran). (al-ltqaan j.2 m/s 236).

Antara alasan mereka kenapa tafsir isyari tidak dibenarkan ialah:
(1) Bahasa yang terpakai di dalam al-Qur'an adalah bahasa 'Arab tulen. Ma'na isi kandungan dan struktur ayatnya tentulah menurut apa yang difahami dan diketahui oleh bangsa Arab yang menggunanya. Sesuatu yang tidak diketahui dan dimengerti oleh orang Arab tentu sekali tidak boleh dianggap sebagai dimaksudkan dengan bahasa tulen itu. Jika ia tidak mengikut qaedah bahasa 'Arab bagaimana mereka akan memahaminya? Oleh itu tidak haruslah al-Quran itu ditafsirkan apa lafaz-lafaznya.

(2)Tafsiran yang menyalahi zahir bahasa Arab akan membawa al-Quran daripada maksud dan tujuannya. sebagai contoh lihat saja betapa tafsiran telah dibuat seorng yang dianggap sebagai as-Syeikh al-Akbar oleh orang-orang sufi iaitu Ibnu Arabi.
Beliau telah mentafsirkan firman Allah di bawah ini:
Al-Baqarah 2:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman) sama saja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran. mereka tidak juga akan beriman. (alBaqarah:6), 

dengan mengatakan: "Wahai Muhammad... Sesungguhnya orang-orang kafir. mereka menyembunyikan cinta mereka kepadaKu... Biarkan mereka. Sama saja kepada mereka sama ada engkau beri amaran yang aku utuskan engkau membawanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak juga akan beriman dengan kata-katamu. Kerana mereka tidak fikir selain Aku. Engkau pula memberi amaran kepada mereka dengan makhlukKu. Padahal mereka tidak dapat mengerti dan tidak nampak pun makhluk yang engkau ancam mereka dengannya itu. Bagaimana mereka akan beriman kepadamu.sedangkan Aku telah mengunci hati mereka Aku tidak tinggalkan langsung ruang di dalam hati mereka untuk selainKu. Pada pendengaran mereka ada penutup. Mereka tidak mendengar kalam yang lain di dalam alam ini selain daripadaKu. Pada penglihatan mereka juga ada penutup berupa keindahanKu ketika menyaksikan Akü. Mereka tidak nampak lagi selainKu. (al-Futuhaat al-Makkiyyah j.1 m's 115).

(3)Tafsir isyari seperti yang dibuat oleh orang-orang sufi itü tidak pernah dinukilkan daripada Salaf as-Saleh, baik dari kalangan sahabat, tabi'in atau tab'i at-tabi'in. Meskipun mereka lebih mengerti tentang Kitab Allah dan lebih mengertİ Bahasa arab daripada orang-orang lain. Sekiranya tafsiran seperti itü telah ada di kalangan mereka, sudah tentü ia dinukilkan kepada kita seperti mana dinukilkan perkara-perkara lain. Apabila terbukti tidak ada nukilan daripada mereka mengenainya, dapatlah disimpulkan bahawa tafsiran itü tidak pernalı wujud semasa mereka. Adalah  tidâk masuk akal jika dikatakan orang lain telah membawa tafsir yang Iebih baik daripada tafsir mereka.

Inilah tiga alasan mereka kenapa tafsir isyari itu terlarang menurut Syara.

Orang-orang yang mengharuskan tafsir isyari tidak mempunyai dalil yang kukuh selain daripada hadits-hadits yang dha'if. Oleh itu, kalau ada pun tafsir isyari yang dibenarkan, maka ia tidak lebih daripada isyarat-isyarat seni yang terdapat di celah-celah ma'na-ma'na al-Quran yang zahir. la tidak lebih daripada mengambil i'tibar dan pengajaran daripada ma'na-ma'na al-Qur'an yang zahir yang sememangnya dimaksudkan. Di sana tidak terdapat satu pun dalil tentang keharusan tafsir isyari secara mutlaq.

Antara contoh tafsir isyari yang diterima oleh para ulama  -dan sebenarnya ia bukan pun merupakan tafsir al-Qur'an menurut istilah mufassirin - ialah apa yang diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas bahawa beliau berkata:
Umar selalu mengajakku masuk berkumpul bersama-sama para pemuka Badar. Sebahagian mereka semacam memendam sesuatu di dalam dirinya. Maka salah seorang dari mereka pun bertanya, "Kenapa kamu mengikut sertakan anak ini bersama kami, padahal kami juga memiliki anak-anak yang sebaya dengannya?" Maka 'Umar pun berkata, "Sesungguhnya anak itu mempunyai keistimewaan tersendiri seperti yang telah kamu ketahui." Kemudian pada suatu hari, 'Umar memanggilnya dan mengikutsertakannya bersama-sama mereka. Ibnu 'Abbaas berkata, "Aku tahu bahawa tidak ada maksud Iain 'Umar memanggilku, kecuali untuk memperlihatkan aku kepada mereka." 'Umar berkata, "Bagaimana pendapat kamu berkenaan dengan ayat ini: ?" Maka sebahagian dari mereka berkata, "Kita diperintahkan memuji Allah dan meminta maghfirahNya ketika diberi pertolongan dan kekuatan untuk menaklukkan suatu negeri." Semenatara sebahagian yang Iain diam tak berkata sepatah kata pun. Setelah itu, 'Umar bertanya padaku, "Apakah seperti itu juga pendapatmu wahai Ibnu 'Abbaas?" Aku menjawab, "Tidak." 'Umar bertanya lagi, "Jadi bagaimanakah pendapatmu?" Aku menjawab, "Firman Allah itu berkait dengan ajal Rasulullah s.a.w. Allah telah memberitahukan kepadanya, 
إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ 
Itu adalah alamat ajalmu. Kerana itu bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah keampunan, sesungguhnya Dia Maha menerima taubat. 'Umar lantas berkata, ''Tidak ada jawaban yang lebih tepat, kecuali apa yang telah kamu katakan." (Hadits riwayat al-Bukhari).

Atsar Ibnu Abbaas ini menunjukkan para sahabat pun tidak sama dalam pemahaman mereka terhadap makna yang terkandung di daram al-Qur'an. Ädå Yang sekadar memahami makna zahir yang tersurat padanya, ada pula yang memahami ma'na isyari dan yang tersirat di sebalik makna zahimya. Memahami makna yang tersirat di sebalik makna zahir itulah yang dinamakan tafsir isyari. Sayyidina  Umar dan Ibnu Abbaas adalah antara sahabat yang memahami makna tersirat di sebalik makna zahir Surah an-Nashr. Makna tersirat yang difahami mereka berdua ialah sudah hampir ajal Rasulullah s.a.w. 

Berkata al lmam asy-Syathibi. 'Zahir surah ini (Surah an-Nashr) menunjukkan Allah memerintahkan NabiNya agar bertasbih memujiNya dan beristighfar kepadaNya. setelah Allah memberi pertolongan dan kemenangan kepadanya, sedangkan ma'na tersiratnya ialah Allah memberitahu dan mengisyaratkan kepada NabiNya tentang kewafatannya yang tidak lama lagi akan berlaku. (al-Muvșafaqaatj.3 m/s 228).

Perbezaan Di Antara Tafsir Isyari Golongan Sufi Yang Benar Dan Tafsir Isyari Golongan Bathiniah

Sememangnya terdapat perbezaan di antara tafsir isyari as-Salaf as-Saleh dan golongan sufi yang benar dengan tafsir isyari golongan bathiniah dan Qaramithah. Golongan as-Salaf as-Saleh dan sufi yang benar tidak menghalang daripada tafsiran al-Qur'an berdasarkan ma'na zahirnya. mereka malah menggalakkan orang ramai memakai ma'na zahirnya di samping mereka sendiri beramal pula dengan tuntutan dan kehendaknya. Sedangkan golongan bathiniah dan Qaramithah pula langsung tidak mahu menerima makna zahir al-Qur'an dan menafikan ma'na zahirnya sebagai ma'na yang dikehendaki Allah. Mereka begitu sewenang-wenang memberikan makna-makna yang langsung tidak ada kena mengena dengan zahir kalam Allah. Bagi mereka. setiap potong ayat al-Quran boleh berubah-ubah ma'nanya mengikut keadaan dan zaman. Sesuatu ayat al-Quran juga mungkin mempunyai beberapa ma'na yang saling berlawanan dan bertentangan. Selain iłu. bahagian permulaan sesuatu ayat al-Qur'an mungkin memberi suatu ma' na yang tiada langsung kaitannya dengan bahagian hujungnya.

Syaarat-Syarat Untuk Diterima Tafsir Isyari

Kata al-lmam Ibnu al-Qaiyyim di dałam kitabnya at-Tibyaan Fi Aqsaam al-Qur'anș "Tafsir orang ramai (umat Islam) berputar di atas tiga prinsip berikut:
(1)Tafsir berpandukan lafaz al-Qur'an. la adalah cara yang dipilih oleh golongan muta'akkhirun.
(2) Tafsir berdasarkan makna al-Quran. lnilah cara tafsir Yang dipiiih oleh golongan Salaf.
(3 Tafsir berpandukan isyarat. lnilah cara tafsir yang dipilih oleh ramai golongan sufi dan orang-orang lain selain mereka. Cara ini juga boleh digunakan dengan empat syarat
berikut:

(i) la hendaklah tidak bercanggah dengan makna ayat (yang asal). 
(ii) Ia sendiri merupakan makna yang benar. 
(iii)Terdapat pada lafaz ayat sesuatu isyarat yang menunjukkan kepadanya. 
(iv) Pertalian di antara ma'na isyari dan makna asal ayat sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan. Jika keempat-empat syarat ini ada, maka  yang dibuat sebagai tafsir isyari itu akan elok.

Az-Zarqaani di dalam Manahilu al-Irfaan menulis:
"Sesungguhnya tafsir isyari itu tidak boleh diterima melainkan apabila ada lima syarat berikut:
(l) la hendaklah tidak bertentangan dan bercanggah dengan makna yang zahir daripada kalam Allah.
(2) la tidak dida'wa sebagai satu-satunya kehendak Allah selain daripada makna zahirnya.
(3) la tidak terhasil daripada ta'wilan yang jauh dan dangkal terhadap ayat-ayat al-Qur'an.
(4) la tidak bercanggah dengan dalil-dalil syar'i dan aqli.
(5) Terdapat bukti dan dalil serta sokongan daripada syara yang menyokongnya.


Penyelewengan Tafsir Al-Quran Di Kalangan Syi'ah
Golongan Syi'ah juga banyak melakukan penyelewengan dan pemesongan terhadap lafaz-lafaz dan al-Qur'an seperti golongan Batiniah. Mereka juga mempunyai banyak puak dan pecahan. Antara puak Syiah yang paling popular dan paling ramai pengikutnya hingga ke hari ini ialah puak Syi'ah Imam Dua Belas, puak Syiăah Ismailiah dan puak Syi'ah Zaidiah. Bagaimanpun yang mempunyai kitab-kitab paling banyak, khususnya dałam bidang tafsir ialah Puak Syiah Imam Dua Belas.

Oleh kerana Syi'ah imam dua belas itu lebih popular di zaman sekarang dan merekalah yang paling banyak melakukan penyelewengan terhadap al-Qur'an, sama ada penyelewengan pada perkataannya atau pada maknanya. Bahkan bukan sekadar itu sahaja, mereka malah mempercayai al-Qur'an yang ada di tangan umat Islam hari ini bukanlah al-Qur'an yang asli. la tidak lebih daripada al-Quran yang telah ditokok tambah kandungannya oleh para sahabat Nabi s.a.w.

Di bawah ini dikemukakan beberapa penyelewengan mereka terutamanya yang berkaitan dengan aqidah. Terlebih dahulu eloklah diketahui 'aqidah-'aqidah yang mendorong mereka memesongkan al-Qur•an supaya bersesuaian dengannya:

(i) 'Aqidah imamah 
(ii) 'Aqidah 'ishmah 
(iii) Aqidah raj'ah 
(iv) takfir taqiyyah  
(v)Aqidah takfir  sahabat  
(vi)Aqidah tahrif al-Qur'an 
(vii)Kepercayaan kepada Imam Mahdi.

Antara contoh penyelewengan al-Quran oleh Syiah:
(1) Firman Allah di dalam Surah al-Fatihah:

Bermaksud: Tunjukilah kami jalan lurus. (6) Jalan orang-orang telah beri ni'mat kepada mereka; bukan jalan mereka dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat (7). (al-Faatihah:6-7).

Golongan syi'ah pula meriwayatkan  daripada  Jaafar as-Shadiq bahawa beliau berkata itu begini sebenarnya:
اهدنا الصر اط المستقيم صراط من أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم وغير الضالين

(2)Firman Allah didalam Surah Yassin:
Ya Sin 36:12
إِنَّا نَحْنُ نُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰ وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا۟ وَءَاثَٰرَهُمْۚ وَكُلَّ شَىْءٍ أَحْصَيْنَٰهُ فِىٓ إِمَامٍ مُّبِينٍ 
Maksudnya: Sesungguhnya Kami  menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam  kitab 
Mahfuzh) yang nyata. (Yasiin: 12).

Golongan Syiah meriwayatkan daripada Muhamad al-Baqir bahawa bila ayat dalam [..]diturunkan. Abu Bakar dan Umar bangkit Ialu berkata. "Wahai Rasulallah, ia (إمام مبين )adalah Taurat. Nabi s.a.w. bersabda, "Bukan". Mereka berdua berkata pula. "Kalau begitu ia adalah al Qur'an." Jawab Nabi s.a.w. "Bukan", Pada ketika itu didatanglah Amirul Mu'minin ('Ali). Lantas  Rasulullah  saw bersabda , Ia adalah  dia ini. Sesungguhnya dialah iman yang Allah catitkan pengetahuan  segala sesuatu padanya. Mereka juga meriwayatkan daripada Amiril Mukminin bahawa beliau berkata  أنا والله الإمام البين (lihat tafsir al Qummi m/s 548 Tafsir as-Shafi j.2 m/s 421)


(3)Berhubung dengan firman Allah  dibawah ini:

Al-Layl 92:3
وَمَا خَلَقَ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ 
Bermaksud; dan (demi) penciptaan laki-laki dan perempuan (al-Lail:3).

 Menurut Syiah,Muhammad al-Baqir diriwayatkan mereka ٱلذَّكَرَ dengan 'Ali. Dan وَٱلْأُنثَىٰٓ dengan Fathimah. (Mir'aat al-Anwaar m/s 48).

(4)Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah ar-Rahman:
Ar-Rahman 55:16
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 
Bermaksud: Maka yang mana satu di antara ni'mat-ni'mat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
(Ar-Rahman: 16).

Tafsiran yang diberikan untuk ayat ini di dalam Tafsir al-Qummi m/s 680 adalah begini:
يعني فبأي النعمتين تكفران بمحمد أم بعلي
 (Yang mana satu daripada dua ni'mat Tuhan kamu, yang hendak kamu kufuri, Muhamadkah atau 'Ali?).

(5)Semua perkataan  الفساد dan segala pecahannya di dalam al-Qur'an ditafsirkan oleh Syiah dengan Abu Dakar, 'Umar dan Utsman.

(6) Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah al-Hijr:
Al-Hijr 15:44
لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَٰبٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنْهُمْ جُزْءٌ مَّقْسُومٌ 
Bermaksud: la (Jahannam itu) mempunyai tujuh pintu: bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari tnereka (yang sesat dan menyesatkan itu). (al-Hijr:44).

Al-'Ayyasyi meriwayatkan daripada Abi Bashir daripada Jafar as-Shadiq bahawa beliau berkata: "Dibawakan Jahanam . la mempunyai tujuh pintu. Pintu pertamanya untuk Si Zalim, iaitu Zuraiq (Saiyyidina 'Umar). Pintu keduanya untuk Habtar (Saiyyidina Abu Bakar). Pintu ketiganya untuk yang ketiga (Saiyyidina 'Utsluan). Pintu keempatnya untuk Muaawiah, pintu kelimanya untuk 'Abdul Malik, pintu keenamnya untuk 'Askar bin Hausar. Pintu ketujuh untuk Abi Salaatnah. Mereka merupakan pintu-pintu bagi orang-orang yang mengikut mereka. (Lihat Tat-sir Ayyasyi j.2 m/s 243. TatMr al-Burhann j.2 m/s 345),

(7)Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah  an-Nahl:

An-Nahl 16:16
وَعَلَٰمَٰتٍۚ وَبِٱلنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ 
Bermaksud: Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (an-Nahl: 16).

Ahli-ahli Tafsir Syi'ah meriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir (imam ke-lima Syiah) bahawa beliau berkata: "Sesungguhnya Allah melantik 'Ali di antaraNya dan hamba-hambaNya." Mereka juga meriwayatkan daripada Ja'far as-Shadiq bahawa beliau berkata: "Perkataan النجم yang tersebut di dalam ayat itu bererti Rasulullah s.a.w. Dan Perkataan  وعلامات pula bereti para imam. (Lihat Tafsir al-Qummi m/s 858, Tafsir as-Shafij.2 m/s 282).
(8) Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:

Al-Baqarah 2:256
لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
Bermaksud: Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karen,"- ita barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 256).

Perkataan   العروة الوثفى yang tersebut di dalam ayat itu menurut tafsir Syiah Wilayah dan Imamah para imam dua belas. (Lihat Tafsir al-Qummi m/s 75, Mir'aat al-Anwaar m/sl 66).

(9) Berhubung dengan firman Allah di dalam Surah al-A'raaf:
Al-A'raf 7:156
وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤْمِنُونَ 
Bermaksud: Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakar: kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan RahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu  maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (al-Araaf:156).

Kitab tafsir Syi'ah mentafsirkan كل شيء yang tersebut di dalam ayat di atas dengan كل شيعة. Jadi maksud firman Allah itu menurut mereka ialah "dan rahmatKu meliputi setiap orang Syi' ah.

(10) Berhubung dengan firman Allah di bawah ini:
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ
Bermaksud Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah yang paling bertaqwa.(al-Hujuraat: 13),

Al-Hujurat 49:13
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahateliti.

Ja'far as-Shadiq dikatakan telah mentafsirkannya dengan berkata: أععملكم بالتقية(Orang yang paling kuat mengamalkan taqiyyah. Jadi maksud firman Allah itu menurut tafsiran Imam Ke-enam Syi'ah ialah "Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah yang paling kuat mengamalkan taqiyyah.



Penyelewengan Tafsir Al-Qur'an Di Kalangan Umat Islam Moden
Di zaman kita sekarang yang dikenali dengan zaman moden, tidak kurang juga berlaku penyelewengan al-Qur'an, Meskipun ia tidaklah sehebat zaman dahulu, tetapi tidak kurang juga bahayanya kepada umat. Oleh itu perlu juga diketahui sedikit sebanyak tentangnya.
Orang-orang yang terlibat dalam penyelewengan al-Qur'an di zaman ini mungkin disebut dengan nama-nama yang tidak pernah diketahui sejarawan Islam terdahulu, namun jika diteliti dengan saksama, niscaya dapat dikatakan bahawa mereka tetap mempunyai perkaitan daripada segi sikap dan cara berfikirnya dengan kelompok-kelompok terpesong yang pernah berlalu dalam sejarah, Cuma namanya sahaja yang berbeza.
Golongan naturalis, rasionalis dan modenis totok di zaman moden ini pada hakikatnya adalah golongan Mustazilah. Golongan Pluralis dan liberalis pula pada hakikat adalah golongan Murji'ah versi baharu. Walaupun pada beberapa sudut pemikiran mereka ada perbedaan, tetapi kerangka kasarnya tetap sama.
Walaupun golongan-golongan tersebut tidak pernah diketahui menghasilkan tafsir al- Qur'an yang 'lengkap dan dapat dijadikan sebagai rujukan, namun di sana sini ada tersebar juga aliran pemikiran itu atas nama tafsir al-Qur'an. la sebenarnya hanya melibatkan tafsiran beberapa ayat al- Qur'an sahaja.


Tafsiran Sir Syed Ahmad Khan (m.1315H bersamaan 1898M) yang boleh dianggap scbagai mewakili tafsiran golongan naturalis rasionalis dan liberalis sebagai terkandung di dalam tafsir al-Qur'annya yang juga dikenali dengan nama Tafsir Ahmadi. Tetapi ia adalah sebuah kitab tafsir yang tidak lengkap. Setelah dicetak tafsir itu diboikot oleh umat Islam benua kecil India. Kerana itulah nuskhahnya yang bercetak sukar sekali ditemui. Tidak ada pencetak yang berani dan bersedia mencetaknya. Selain itu, ia ditulis dalam bahasa Urdu. Oleh kerana kebanyakan umat Islam tidak mengerti bahasa itu, maka pemikirannya tidak tersebar dengan agak meluas.

Tafsir al-Qur'an hasil tulisan golongan ini dalam bahasa 'Arab juga tidak ada yang lengkap. Dr. Muhammad Husain az-Zahabi hanya dapat mengemukakan satu sahaja contoh tafsir mereka. Ia bernama "Al-Hidayah Wa al-lrfaan Fi Tafsir al-Qur'an Bi al-Qur'an”, hasil tulisan Muhammad Abu Zaid (lahir pada tahun 1309H). Ia adalah sebuah kitab tafsir yang sangat ringkas dan tidak sempurna (diterbitkan pada tahun 1348H bersamaan 193 IM). Walaupun begitu, tafsir tersebut telah mendapat tentangan yang hebat daripada sekian ramai 'ulama' 'Arab, khususnya 'ulama' alAzhar. Al-Azhar bahkan telah membentuk satu jawatankuasa khas untuk mengkaji kekarutan dan kecelaruan di dalamnya, dan kemudian mengkritiknya. Akibat daripada tindakan itu kitab tersebut juga dipulau oleh umat Islam 'Arab. Ia langsung tidak mendapat tempat dalam dunia tafsir yang diterima umat. 

Nasibnya juga sama seperti nasib Tafsir Ahmadi oleh Sir Syed Ahmad Khan di India. Tiada pencetak yang sudi mencetaknya.

Nasib yang diterima oleh tafsir-tafsir yang menyeleweng seperti itu sebenarnya merupakan salah satu mukjizat al-Qur'an. Di mana tidak ada satu pun daripadanya yang dapat bertahan lama. Semuanya ditelan zaman. Dan dengan itu terpeliharalah al-Qur'an daripada segala pemesongan dan penyelewengan dalam apa bentuk sekali pun.

Beberapa Contoh Penyelewengan Tafsir Di Zaman Moden
(a) Penyelewengan oleh golongan naturalis, rasionalis dan liberalis:
(1) Sir Syed Ahmad Khan dan orang-orang yang sependapat dengannya sama seperti golongan Mu'tazilah di zaman dahulu, tidak menerima mu'jizat para nabi dan rasul. Semua ayat-ayat yang  menyatakan mu'jizat para nabi akan dita'wil mereka. Sir Syed Ahmad Khan misalnya menta'wilkan firman Allah yang memerintahkan Nabi Musa a.s. supaya memukul laut dengan tongkatnya, tidak kerana lain melainkan supaya ia tidak dianggap sebagai muîjizat Musa a.s.

Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:

Ash-Shu'ara' 26:63
فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ 
Bermaksud: Lalu Kami wahyukan kepada (Nabi) Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu, lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. (asy-Syu'araa':63).

Tongkat adalah satu daripada sembilan mu'jizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Musa a.s. Salah satu tempat di mana terbukti tongkat Musa sebagai mu'jizatnya ialah apabila Allah memerintahkan Baginda supaya memukul laut dengannya. Itulah yang digambarkan oleh Allah di dalam ayat ke-63 Surah Asy-Syu'araa' di atas. Di dalam Surah Thaha juga terdapat firman Allah yang menggambarkan peristiwa yang sama, Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:

Ta Ha 20:77
وَلَقَدْ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِى فَٱضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِى ٱلْبَحْرِ يَبَسًا لَّا تَخَٰفُ دَرَكًا وَلَا تَخْشَىٰ 
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Musa: Pergilah engkau dengan membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam, kemudian sediakanlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu; janganlah engkau bimbang daripada ditangkap oleh musuh pula engkau takut (tenggelam). (Thaha:77).

Kedua-dua firman Allah di atas jelas menunjukkan laut telah benar-benar terbelah setelah ia dipukul oleh Nabi Musa a.s. dengan tongkatnya. la betul-betul telah menjadi kering sebagai jalan untuk mereka melarikan diri daripada Firaun dan bala tenteranya yang mengejar mereka dari belakang.
Tetapi Sir Syed Ahmad Khan pula mentafsirkannya dengan mengatakan:

Maksudnya: "Pergilah ke laut itu dengan membawa tongkatmu. la telah pecah atau terbuka. Maksudnya ialah airnya sedang surut." (Tafsir Ahmadi m/s 152).

Menurut Sir Syed Ahmad Khan, tidak ada apa pun perkara ajaib dan luar biasa telah berlaku dalam peristiwa itu. Laut tidak te;belah kerana dipukul Musa dengan tongkatnya. Tidak ada apa. apa mu'jizat telah berlaku, sebaliknya apa yang berlaku ialah pada ketika itu air laut surut. Maka dapatlah Musa dan pengikut-pengikutnya menyeberangi laut. Setelah mereka semua telah naik di seberang sana laut. sampailah Firaun dan bala tenteranya. Tepat pada ketika mereka sedang berada di dalam laut yang surut airnya, tiba-tiba saja air pasang berlaku. Itulah yang menyebabkan Fir'aun dan bala tenteranya tenggelam dan mati lemas.

Paling tinggi pun bolehlah dikatakan Nabi Musa a.s. sebenarnya adalah seorang yang hebat dalam ilmu falak dan hai'at. Baginda telah mengetahui berdasarkan ilmunya bahawa pada  waktu-waktu tertentu untuk beberapa ketika air laut menjadi surut, Dan pada ketika-ketika tertentu pula air pasang berlaku. Apa yang dilakukan oleh Baginda a.s. ialah membawa para pengikutnya menyeberangi laut tepat pada ketika air surut. Dan dalam jangka masa tertentu pula ia akan pasang. Seolah-olahnya Nabi Musa a.s. dengan bertindak begitu selain menyelamatkan diri dan pengikut-pengikutnya, Baginda juga sebenarnya memerangkap Firaun dan bala tenteranya dengan air pasang yang secara naturalnya akan berlaku beberapa ketika selepas selesainya fenomena air surut.

Bagi Sir Syed Ahmad Khan, segala-galanya telah berlaku secara natural. la sama sekali bukan sebagai mu'jizat. Kerana itulah Sir Syed Ahmad Khan dan orang-orang yang berpendapat demikian dipanggil sebagai golongan naturalis.

Tafsiran yang dibuat oleh Sir Syed Ahmad Khan itu sesungguhnya telah terpesong jauh daripada kehendak firman Allah yang sebenarnya. Tafsirannya melanggar terus qaedah bahasa Arab yang sepatutnya dipatuhi. Bagaimana boleh beliau mentafsirkan firman Allah: أن اضرب بعصاك البحر dengan "Pergilah ke laut itu dengan membawa tongkatmu"? Padahal siapa pun yang mengerti bahasa 'Arab tidak akan menterjemahkan  اضرب di situ dengan erti pergilah.

Soalannya ialah kenapakah seorang cendikiawan seperti Sir Syed Ahmad Khan menterjemahkan begitu pula? 
Jawabnya ialah kerana perkataan   ضرب di dalam bahasa 'Arab adakalanya dipakai dengan erti pergi atau berjalan. Perkataan pada pula dipakainya sebagai yang memberi makna    تعدية . la tidak dipakai beliau sebagai yang memberi erti Itulah ta'wilannya.

Apakah maksudnya di sebalik ta'wilan itu? Jawabnya ialah supaya tidak kelihatan tongkat Musa itu sebagai mu'jizatnya. Sedangkan ia bercanggah dengan tafsiran yang disepakati para 'ulama' dari zaman Salaf hingga ke zaman kita sekarang. Semua orang lain menterjemahkan firman Allah itu dengan: "Pukullah  laut itu dengan tongkatmu." Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa pula semua orang menterjemahkan begitu? Tak bolehkah mereka menerima terjemahan yang dikemukakan oleh Sir SyedO Ahmad Khan itu? Apa salahnya kalau kita bertolak ansur dengannya?!

Jawabnya ialah memang benar perkataan  ضرب di dalam bahasa 'Arab adakalanya dipakai dengan erti pergi atau berjalan. Tetapi ia dipakai dengan erti itu apabila ada selepasnya perkataan في. Allah sendiri menggunakan perkataan  في tersebut dengan selepasnya pada enam tempat di dalam al-Qur'an. Sebagai contohnya lihat saja tiga firman Allah di bawah ini:

(1) Allah berfirman di dalam Surah an-Nisaa':
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا ضَرَبْتُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَتَبَيَّنُوا۟
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah .. 
(an-Nisaa':94).

An-Nisa' 4:94
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا ضَرَبْتُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَتَبَيَّنُوا۟ وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَنْ أَلْقَىٰٓ إِلَيْكُمُ ٱلسَّلَٰمَ لَسْتَ مُؤْمِنًا تَبْتَغُونَ عَرَضَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا فَعِندَ ٱللَّهِ مَغَانِمُ كَثِيرَةٌۚ كَذَٰلِكَ كُنتُم مِّن قَبْلُ فَمَنَّ ٱللَّهُ عَلَيْكُمْ فَتَبَيَّنُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا 

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah, maka telitilah (carilah keterangan) dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan ”salam” kepadamu, ”Kamu bukan seorang yang beriman,” (lalu kamu membunuhnya), dengan maksud mencari harta benda kehidupan dunia, padahal di sisi Allah ada harta yang banyak. Begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah memberikan nikmat-Nya kepadamu, maka telitilah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.


(2) Di dalam Surah an-Nisaa' juga Allah berfirman:

An-Nisa' 4:101
وَإِذَا [ضَرَبْتُمْ فِى] ٱلْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا۟ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ إِنْ خِفْتُمْ أَن يَفْتِنَكُمُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ۚ إِنَّ ٱلْكَٰفِرِينَ كَانُوا۟ لَكُمْ عَدُوًّا مُّبِينًا 
Bermaksud: Dan apabila[ kamu bepergian] di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu menqashar sembahyang(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu. (an-Nisaa':101).


(3) Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah:
لِلْفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحْصِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِى ٱلْأَرْضِ
Bermaksud: (Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allalr, mereka tidak dapat mengembara di bumi (untuk berniaga dan sebagainya)• (al-Baqarah:273).

Al-Baqarah 2:273
لِلْفُقَرَآءِ ٱلَّذِينَ أُحْصِرُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِى ٱلْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ ٱلْجَاهِلُ أَغْنِيَآءَ مِنَ ٱلتَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُم بِسِيمَٰهُمْ لَا يَسْـَٔلُونَ ٱلنَّاسَ إِلْحَافًاۗ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ 
(Apa yang kamu infakkan) adalah untuk orang-orang fakir yang terhalang (usahanya karena jihad) di jalan Allah, sehingga dia yang tidak dapat berusaha di bumi; (orang lain) yang tidak tahu, menyangka bahwa mereka adalah orang-orang kaya karena mereka menjaga diri (dari meminta-minta). Engkau (Muhammad) mengenal mereka dari ciri-cirinya, mereka tidak meminta secara paksa kepada orang lain. Apa pun harta yang baik yang kamu infakkan, sungguh, Allah Maha Mengetahui.

Ash-Shu'ara' 26:63
فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ 
Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu.” Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar.

Di dalam ketiga-tiga firman Allah di atas terbukti perkataan ضرب dipakai dengan erti pergi, berjalan dan sebagainya. Ini kerana selepasnya ada perkataan في. Adapun dalam keadaan tidak ada selepasnya, maka tidaklah ia boleh dipakai dengan erti-erti itu. Perkataan sahaja pada asalnya dan pada kebiasaannya memberi erti pukul. Jika dilihat kepada firman Allah di dalam ayat ke-63 Surah asy-Syuaraa' yang dikemukakan tadi, selepas perkataan ضرب tidak ada perkataan في, maka sepatutnya tidak bolehlah ia dipakai dengan erti pergi atau berjalan dan sebagainya. Malah ia semestinya dipakai dengan erti pukul. Itulah sebabnya umat sejak zaman Sahabat hingga sekarang memakai perkataan ضرب di situ dengan erti pukul.

Sir Ahmad Khan  dalam  mempertahankan  pendapatnya  mengatakan , walaupun  tidak ada  perkataan في  disitu, ia tetap boleh ditaqdirkan . Kerana perkataan  ضرب disitu tetap boleh  dipakai dengan erti pergi.

Dalam menolak  tarsiran Sir Syed Alunad Khan itu para ulama' kita juga telah mengemukakan beberapa hujah lain.

Antaranya ialah perkataan ف  pada  فانفلق itu semestinya ditentukan sebagai  ف apa? Bagi jumhur mufassirin,   ف itu adalah  فاء الفصيحة . Kalau mengikut tafsiran Sir Syed Ahmad khan, itu tidak jelas telah dipakai oleh beliau sebagai ف apa, Mari sekali lagi kita lihat bagaimana beliau menterjemahkannya: "Pergilah ke laut itu dengan membawa tongkatmu.  Ia telah terbuka. Maksudnya ialah airnya sedang surut." (Tafsir Ahmadi m/s 152).

Jelas sekali ma'na  ف diabaikan terus dalam terjemahan itu. Lihatlah bahagian yang bergaris pada terjemahan yang diberikan di atas. la seolah-olahnya menterjemahkan perkataan semata-mata tanpa ف .Padahal tentu sekali tidak sia-sia Allah meletakkan perkataan itu di permulaan perkataan إنفلق. Cuba lihat pula bagaimana terjemahan yang penulis kemukakan bagi ayat berkenaan:

"Lalu Kami wahyukan kepada (Nabi) Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu, lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar."


Air laut tidak terbelah dengan semata-mata Allah memerintah Musa supaya memukulnya, malah ia terbelah setelah dipukul oleh Musa yang menurut perintah Allah. Setelah dipukul oleh Musa, barulah ia terbelah. Ini menunjukkan keadaan terbelah itu berlaku atau terhasil daripada pukulan Musa yang menurut perintah Allah .
Itulah bererti  yang ditunjuki perkataan  فاء الفصيحة .Ini kerans  فاء الفصية  itu pada hakikatnya adalah فاء  yang atfaf kepada sesuatu  yang ditaqdirkan  وتسمى الفاء العاطفة.  ....  ( على مقدر فاء الفصيحة).  Dan ia berti dak menjelaskan kesan  daripada apa yang ditaqdirkan. Dalam konteks firman Allah  dalam ayat ke 63 Surah asy-Syu'araa' berkenaan, setelah Allah berfirman:

Ash-Shu'ara' 26:63
فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ 
Lalu Kami wahyukan kepada Musa, “Pukullah laut itu dengan tongkatmu.” Maka terbelahlah lautan itu, dan setiap belahan seperti gunung yang besar.

Sebenarnya terdapat satu fi' il yang mahzuf dan ditaqdirkan selepasnya. la ditaqdirkan sebelum perkataan  فانفلق . Fi'il yang ditaqdirkan itu ialah   فضرب  lalu menyusul selepasnya perkataan  فانفلق Jika dii'raab, maka dikatakan begini:
 فضرب- الفاء عاطفة . ضرب معطوف على أوحينا .فانفلق. الفء فاء  الفصيحة وهي عاطفة عللى ضرب المحذوف المقدر                    

Soalnya kenapakah  فضرب  dibuang dan ditaqdirkan saja di dalam ayat itu? Jawabnya ialah kerana  menurut satu qaedah yang lain pula, iaitu: تختص الفاء  والواو بجواز حذفهما مع معطوفهما لدليل (antara khususiah fa' dan wau ialah kedua-duanya harus dibuang bersama masthufnya dalam keadaan ada dalil). (Lihat Ibnu Hisyam- Audhahu al-Masalik Ila Alfiyyah•lbni Malikj.3 m/s 358). 

Tafsiran Sir Syed Ahmad Khan itu menyalahi qaedah kerana terbelahnya laut itu merupakan hasil atau kesan daripada pukulan tongkat yang dikurniakan kepada Musa a.s. sebagai mukjizatnya. la bukan hasil atau kesan daripada semata-mata perginya Musa ke tepi laut!

Menurut tafsiran Sir Syed Ahmad Khan, Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya dapat menyeberangi laut Qulzum (laut merah) kerana kebetulan pada ketika mereka sampai ke tepi laut, tiba-tiba berlaku fenomena air surut. Dan ketika Fir'aun dan bala tenteranya melalui laut itu pula, tiba-tiba berlaku pula fenomena air pasang. Itu tidak lebih daripada tekaan dan andaian sematamata. Sedangkan menurut tafsiran kesemua mufassiriin yang lain pula fenomena pasang surut air itu tidak ada berlaku sama sekali. Kerana ayat yang sama menjelaskan bahawa setelah Musa memukul laut, "maka terbelahlah laut itu, lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar". Apa ertinya "menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar", kalau pada ketika itu berlaku fenomena air surut?! Pada ketika air surut, andaikan saja tiap-tiap bahagian yang terbelah itu membeku sekali pun, namun ia tidak akan meninggi seperti gunung yang besar. Berbeda keadaannya kalau tidak diandaikan air laut surut. Kerana keadaan air laut yang besar, apabila terbelah dan membeku, tentu sekali akan menjadi seperti gunung yang besar. Itu adalah suatu yang masuk akal.

Selain itu firman Allah di dalam ayat ke-77 Surah Thaha juga menolak teori Sir Syed Ahmad Khan itu. Kerana Allah dengan terang menyebutkan jalan yang kering di laut. Pada ketika air surut laut tetap tidak kering, cuma airnya sahaja berkurang dan menjadi cetek. Dan kalau diandaikan betul-betul kering pula, maka apakah ertinya Allah berfirman di akhir ayat itu bahawa "jangan pula engkau takut (tenggelam)". Bagaimana orang akan takut tenggelam kalau kawasan di sekelilingnya semuanya kering? Berbeda kedaaannya kalau anda mengatakan yang kering ialah sebahagian daripada laut yang terbelah setelah dipukul oleh Nabi Musa a.s. dengan tongkatnya. Itulah yang menjadi jalan yang dilalui mereka di dalam laut. Sementara di kiri kanan mereka air laut membeku dan ia terangkat tinggi seperti gunung yang besar.

Firman Allah di dalam ayat ke-50 Surah al-Baqarah juga menyokong terbelahnya laut untuk Bani Israil, terselamatnya mereka dan tenggelamnya Fir'aun bersama bala tenteranya itu merupakan salah satu nikmat Allah untuk mereka melalui mukjizat yang dikurniakanNya kepada Musa. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

Al-Baqarah 2:50
وَإِذْ فَرَقْنَا بِكُمُ ٱلْبَحْرَ فَأَنجَيْنَٰكُمْ وَأَغْرَقْنَآ ءَالَ فِرْعَوْنَ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 
Bermaksud: Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Fir'aun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama bala tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (al-Baqarah:50).

Apalah yang istimewa sangat fenomena pasang surut air laut itu kepada Bani Israil, sehingga ia perlu diungkit sebegitu rupa oleh Allah! Kerana bukankah ia hanya satu fenomena biasa sahaja? Tiada siapa pun terkecuali untuk mendapatkannya, termasuk Fir'aun dan bala tenteranya sekalipun. Mereka juga tentu sekali mengetahui tentang fenomena itu. Tidak masuk akal kalau dikatakan tiada seorang pun di kalangan mereka mengetahui tentang waktu pasang dan surut air laut yang berada di bawah kekuasaan mereka!!

Dengan mentafsirkan begitu barulah bersesuaian kesemua firman Allah s.w.t. dan barulah tidak berlaku pecanggahan dengan qaedah bahasa 'Arab seperti telah disebutkan sebelum ini.

(2) Muhammad Abu Zaid juga sama seperti Sir Syed Ahmad Khan. Dia juga tidak menerima adanya mu'jizat para rasul a.s. Semua ayat al-Qur'an yang menunjukkan mu'jizat mana-mana rasul dita'wilnya supaya tidak kelihatan sebagai mu'jizat. Ini kerana baginya, tidak mungkin alQur'an mengandungi sesuatu yang bercanggah dengan nature atau sunnatullah di alam semesta ini. Segala-galanya di alam ini berlaku secara natural. Sama ada kepada seorang biasa atau kepada seorang rasul. Dia juga seperti Sir Syed Ahmad Khan memakai perkataan pada firman Allah di dałam Surah asy-Syuaraa': dengan "pergi dan berjalanlah ke laut”. Dałam menta'wilkan ayat-ayat mukjizat, dia tidak peduli sama ada ta'wilannya itu bercangggah dengan hadits, qaedah bahasa 'Arab atau bercanggah dengan akal sekalipun.

Amat melucukan, kerana golongan yang dipanggil sebagai rasionalis itu rupa-rupanya banyak sekali melakukan perkara-perkara yang tidak rasional!!

Tafsirnya yang bernama "Al-Hidayah Wa al-'lrfaan Fi Tafsir al-Qur'an Bi al-Qur'an" seolah-olahnya ditulis untuk menta'wilkan ayat-ayat tentang mu'jizat para nabi dan rasul, kerana tidak ada satu pun ayat mukjizat melainkan dita'wilnya, walaupun dengan ta'wilan-ta'wilan yang jauh
dan lemah sekali. Selain itu banyak lagi penyelewengan dan pemesongan yang telah dilakukan  Muhamad  Abu Zaid  di dalam tafsir tersebut.

Penulis akan mengemukakan  beberapa sahaja daripadanya sebagai contoh .

Ketika menafsirkan firman Allah di bawah ini:
An-Naml 27:38
قَالَ يَٰٓأَيُّهَا ٱلْمَلَؤُا۟ أَيُّكُمْ يَأْتِينِى بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَن يَأْتُونِى مُسْلِمِينَ 

An-Naml 27:39
قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ ٱلْجِنِّ أَنَا۠ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَۖ وَإِنِّى عَلَيْهِ لَقَوِىٌّ أَمِينٌ 

An-Naml 27:40
قَالَ ٱلَّذِى عِندَهُۥ عِلْمٌ مِّنَ ٱلْكِتَٰبِ أَنَا۠ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَۚ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُۥ قَالَ هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّى لِيَبْلُوَنِىٓ ءَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّى غَنِىٌّ كَرِيمٌ 

Maksudnya: Berkata Sulaiman: "Hai pembesar-pembesar. siapakah di antara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri?" (38)

Berkata 'İfrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat untuk membawanya, lagi amanah". (39)

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itü terletak di sisinya. berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itü hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya. lagi Maha Pemurah. (40).

Ayat-ayat di atas jelas menyatakan salah satu mukjizat kurniaan Allah kepada Nabi Sulaiman a.s. Tetapi lihat bagaimana Muhammad Abu Zaid mentakwilkan firman Allah itü di dalam tafsirnya. Kata beliau:
—Maksud بعرشها (singgahsananya) ialah بملكها (kerajaannya). Tujuan Baginda (Sulaiman a.s. berkata begitu) ialah untuk membuat perancangan dan strategi perang terhadap negara-negara yang akan dimasuki dan diserangnya. Kerana itü Baginda meminta peta yang ada di dalamnya kerajaan Saba', dengan tujuan kemudiannya peta negara-negara yang akan diserangnya ditunjukkan kepada pihak kerajaan-kerajaan yang berkenaan. Mesejnya ialah Baginda memang serius, tidak berolok-olok dalam menyerang negara-negara mereka .

Maksud  عفريت من الجن ialah salah seorang panglima Baginda a.s. Kata-kata panglima itu jelas menunjukkan ia tidak faham bahawa misi Baginda a.s. itu melibatkan sains dan geografi. Dan ia memerlukan  الذي عنده علم  (orang yang pakar dalam bidang itu). Maksud ialah pengetahuan  من الكتاب tentang tulis menulis, melukis dan merancang. Maksud  قبل أن  اليك طرفك ialah ia dapat membawanya terus. Memang pun ia terus mengemukakannya. Mungkin juga ia terus melukis peta yang dikehendaki. Atau mungkin juga peta itu memang sudah sedia ada padanya. Kalaulah fotografi sudah wujud pada ketika itu, maka bolehlah dikatakan ia terus membawa fotograf negara-negara berkenaan.

Akhirnya Nabi Sulaiman bersyukur kepada Allah kerana di dalam negaranya ada cendekiawan-cendekiawan dan orang-orang yang pakar dalam segala bidang.” (Lihat Al-Hidayah Wa al-irfaan Fi Tafsir al-Qur'an Bi al-Qur'an m/s 298-299).

Lihatlah betapa dahsyatnya pemesongan yang telah dilakukan oleh Muhammad Abu Zaid terhadap ayat-ayat di atas. Dia telah memesongkan perkataan 'arasy daripada ma' na sebenarnya iaitu singgahsana kepada suatu makna lain yang langsung tidak ditunjuki perkataan itu. Ma'na yang diberikan untuk perkataan arasy olehnya ialah kerajaan Balqis, tetapi bukan kerajaan Balqis yang betul-betul dikehendaki Nabi Sulaiman a.s. Sebaliknya yang dikehendaki oleh Baginda ialah peta kerajaan Saba'. Perkataan عفريت من الجن  bukan lagi bererti 'lfrit dari golongan jin. Tetapi ia bererti salah seorang panglima Baginda a.s. dari puak atau qabilah yang dinamakan ”Jin". Rupa-rupanya jin di situ baginya nama bagi satu qabilah manusia!

Pengarang tafsir itu langsung tidak mempedulikan siyaq (ayat selepas) dan sibaq (ayat sebelum) bagi ayat yang ditafsirkan. Dia juga tidak mempedulikan bahasa 'Arab al-Qur'an atau bahasa Arab umumnya. Adakah di dalam bahasa Arab mana sekalipun perkataan arasy itu dipakai dengan erti peta sesebuah negeri atau negara? Kalau begitu apa pula erti firman Allah di dalam ayat seterusnya? Sila lihat ayat seterusnya di bawah ini:
An-Naml 27:41
قَالَ نَكِّرُوا۟ لَهَا عَرْشَهَا نَنظُرْ أَتَهْتَدِىٓ أَمْ تَكُونُ مِنَ ٱلَّذِينَ لَا يَهْتَدُونَ 
Bermaksud: Nabi Sulaiman berkata pula: 'Ubahlah (sedikit bentuk) singgasananya; nanti kita tengok apakah dia mengenali atau dia termasuk orang-orang yang tidak mengenali(nya),” (an-Naml:41)

Untuk apa Nabi Sulaiman menyuruh pembesar dan kakitangan kerajaannya mengubah peta yang telah dibuat dengan elok oleh seorang yang pakar di kalangan mereka? Bukankan menurut pengarang tafsir itu, peta tersebut sengaja dibuat untuk dihantar kepada kepala-kepala negara yang akan diserang oieh Nabi Sulaiman? Bagaimana Balqis akan mengetahui negaranyalah yang hendak diserang oleh Sulaiman kalau peta negaranya sudah diubah? Padahal pengarang tafsir itu telah berkata sebelum itu bahawa tujuan peta-peta dihantar ialah untuk menyatakan Nabi Sulaiman merangkap seorang raja benar-benar serius dan tidak berolok-olok dalam melaksanakan maksudnya menyerang negara-negara berkenaan? Bukankan dengan mengubah peta negara yang diperintah Balqis menampakkan Nabi Sulaiman tidak serius dan Baginda hanya berolok-olok dan bergurau sahaja dengannya?!

Dan kalaulah perkataan 'arasy di dalam ayat di atas sememangnya bererti peta yang dihantar kepada ketua-ketua negara yang akan diserang, kenapakah di dalam ayat seterusnya Allah berfirman begini pula?:

An-Naml 27:42
فَلَمَّا جَآءَتْ قِيلَ أَهَٰكَذَا عَرْشُكِۖ قَالَتْ كَأَنَّهُۥ هُوَۚ وَأُوتِينَا ٱلْعِلْمَ مِن قَبْلِهَا وَكُنَّا مُسْلِمِينَ 
Bermaksud: Setelah dia (Ratu Balqis) datang, ditanyakanlah kepadanya: "Serupa inikah singgasanamu?" Dia menjawab: "Seakan-akan singgasana ini singgasanaku. Kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kami adalah orang-orang yang berserah diri." (an-Naml:42).


Kenapa pula peta baru diberikan kepada Balqis setelah ia datang? Pertanyaan "Serupa inikah singgahsanamu?" akan bertukar menjadi "Serupa inikah peta negaramu?" Pertanyaan seperti itu kepada Balqis sama sekali tidak akan mengagumkannya, sebaliknya menampakkan kelemahan Nabi Sulaiman dan pegawai-pegawai kerajaannya yang tidak tahu membuat peta! Kerana peta telah diubah daripada bentuk sebenarnya! 

Lihatlah juga bagaimana عفريت  yang merupakan sejenis makhluk jin díta'wil dengan salah seorang panglima dan jin pula dipakai dengan erti satu qabilah manusia. Ini semua dilakukan kerana pengarang tafsir itu seperti Sir Syed Ahmad Khan juga sebenarnya tidak percaya kepada kewujudan makhluk halus seperti jin dan malaikat.

Aduh, sungguh melucukan! Kerana tidak mahu menerima adanya mu'jizat para nabi dan rasul sampai begitu sekali boleh hilang kewarasan manusia!!

(3) Bukan sahaja mu'jizat Nabi Sulaiman a.s. yang dinafikan dan dita'wil oleh pengarang tafsir Al-Hidayah Wa al-'lrfaan, mukjizat ayahandanya iaitu Nabi Daud a.s. juga dinafi dan dita'wilnya. Walaupun takwilannya bercanggah dengan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. bahasa 'Arab dan akal yang waras, bahkan walaupun bercanggah dengan al-Qur'an al-Karim sendiri'.

Lihat sebagai contohnya mukjizat Nabi Daud yang tersebut di dalam firman Allah di bawah ini:
وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ 
Bermaksud: .... dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya. (al-Anbiyaa':79).


Al-Anbiya 21:79
فَفَهَّمْنَٰهَا سُلَيْمَٰنَۚ وَكُلًّا ءَاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًاۚ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُۥدَ ٱلْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَٱلطَّيْرَۚ وَكُنَّا فَٰعِلِينَ 
Dan Kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat); dan kepada masing-masing Kami berikan hikmah dan ilmu, dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Dawud. Dan Kamilah yang melakukannya.

Ayat ini menyatakan salah satu daripada kurniaan Allah berupa mu'jizat kepada Nabi Daud a.s. ialah gunung-ganang dan unggas turut bertasbih bersamanya.

Muhammad Abu Zaid pula menta'wil ma'na tasbih yang tersebut di dałam ayat di atas dengan katanya: "la bererti gunung-gunung mengeluarkan logam-logam yang ada di dalamnya untuk kemudahan Daud membuat senjata dan peralatan perang.” (Al-Hidayah Wa al-' Irfaan mis 257).

Perkataan  الطير di dalam ayat itu yang menurut bahasa 'Arab bererti burung-burung dita'wilnya dengan berkata; "Perkataan digunakan untuk yang bersayap dan setiap yang laju perjalanannya, sama ada berupa kuda. kereta api atau kapal terbang.” (ibid m/s 257).

Soalnya ialah kenapa pengarang tafsir itu begitu beria-ia menta'wil makna tasbih haqiqi (sebenar) kepada ma'na lain yang langsung tidak ada qarinah (bukti) yang memalingkannya daripada ma'na sebenarnya kepada makna-makna lain? Jawapannya mudah saja. kerana pengarangnya tidak menerima konsep mukjizat para nabi dan rasul. Kalau terdapat di dalam mana-mana ayat sesuatu yang menunjukkan keajaiban mereka. cepat-cepatlah dia berusaha menyembunyikannya daripada pandangan orang ramai.

Kalaulah makna tasbih gunung-gunung di dalam ayat itu betul-betul seperti yang dikatakan oleh pengarang tafsir tersebut, maka apakah keistimewaan Nabi Daud sehingga ia disebut oleh Allah sebagai kurniaanNya? Bukankah sekalian nłanusia dari dahulu hingga ke hari ini mengeluarkan pelbagai logam daripada perut bumi termasuk daripada gunung-gunung? Apa yang peliknya kalau Nabi Daud juga seperti orang-orang lain mengeluarkan logam daripada gunung-gunung atau daripada perut bumi?


Kalau dikatäkan pula apa  yang berlaku kepada Nabi Daud berbeza sekali daripada apa yang berlaku kepada orang-orang Iain, kerana gunung-gunung ätau perut bumi sendiri yang mengeluarkan logam-logam untuk kemudähannya, Adapun orang-orang Iain, maka mereka perlu berusaha keras untuk mengeluarkannya!

Ya. jika diterima begitu pun, tidakkah itu sudah merupakan suatu keajaiban juga? la sebenarnya tidak kurang daripada mukjizat tasbih sebenar oleh gunung-gunung yang cuba dinafikankan oleh pengarang.

Dan apa tujuan memalingkan الطير yang kepada ma'na- makna yang läin? Apakah yang bersayap dan setiap yang laju  perjalananya seperti kuda, kereta api atau kapal terbang juga turut bertasbih bersama Nabi Daud? Tidak dapat dipastikan maksudnya menyebutkan semua yang tersebut di bawah perkataan (burung-burung)? Apakah di zaman Nabi Daud sudah  ada kereta api dan kapal terbang menurut pengarang tafsir tersebuť?

Sedangkan menurut ahli tatšir Ahlu as-Sunnah Wa al-Jamaah dari dahulu hingga sekarang, perkataan tasbih di dalam itu sememangnya digunakan dalam makna sebenarnya atau makna haqiqinya. Cuma kita manusia saja yang tidak fäham dan tidak mengerti cara dan kaifiat tasbih makhluk yang Iain termasuk gunung-gunung dan burung-burung itu.  Adapun pada  hakikatnya maka semuanya bertasbih. Itulah seharusnya diterima oleh orang Islam. Sebabnya  ialah alQuran sendiri di tempat Iain menyebutkan begitu. Lihat firman Allah ini:

Al-Isra' 17:44
تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَٰوَٰتُ ٱلسَّبْعُ وَٱلْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّۚ وَإِن مِّن شَىْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِۦ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْۗ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 
Maksudnya: Langit yang tujuh. bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu apa pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun. (al-Israa:44),

Firman Allah di dalam ayat ke-79 Surah al-Anbiyaa' itu bukanlah suatu yang asing sebagai mukjizat daripada Allah kepada Nabi Daud. Allah juga telah menyatakan perkara yang sama pada dua tempat yang Iain lagi di dalam al-Qur'an. Jika Muhamad Abu Zaid betul-betul ikhlas mahu mentafsirkan al-Qur'an dengan al-Quran maka dia sepatutnya tidak mengabaikan semua ayat-ayat ini. Lihat firman Allah yang dimaksudkan itu di bawah ini:

Saba' 34:10
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ مِنَّا فَضْلًاۖ يَٰجِبَالُ أَوِّبِى مَعَهُۥ وَٱلطَّيْرَۖ وَأَلَنَّا لَهُ ٱلْحَدِيدَ 
Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepada Daud kumia dari Kami. (Kami berfirman): ''Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melembutkan besi untuknya, (Saba': 10)..

Sad 38:17
ٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱذْكُرْ عَبْدَنَا دَاوُۥدَ ذَا ٱلْأَيْدِۖ إِنَّهُۥٓ أَوَّابٌ 
Sad 38:18
إِنَّا سَخَّرْنَا ٱلْجِبَالَ مَعَهُۥ يُسَبِّحْنَ بِٱلْعَشِىِّ وَٱلْإِشْرَاقِ 
Sad 38:19
وَٱلطَّيْرَ مَحْشُورَةًۖ كُلٌّ لَّهُۥٓ أَوَّابٌ 

Maksudnya: Bersabarlah (wahai Muhammad) atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; sesungguhnya dia amat ta•at (kepada Tuhan). (17)
Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersamanya di waktu petang dan ketika terbit matahari. (18)
dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul (untuk bertasbih memuji Kami bersama-sama dengannya). Masing-masingnya amat taht kepada Allah. (19). (Shaad:1719).

Hafiz İbnu Katsir di dalam tafsirnya berkata, "Sebabnya gunung-gunung dan burung-burung turut bertasbih bersama Nabi Daud ialah kerana kemerduan suaranya ketika membaca Kitab Zabur. Apabila Daud membacanya dengan berlagu, terhentilah burung-burung di udara dan gununggunung juga turut menyahut." (Tafsir İbnu Katsirj.5 m/s 352). Kemerduan şuara Nabi Daud a.s. yang luar biasa itulah sebenamya merupakan mu*jizat kumiaan Allah kepadanya yang mendorong gunung-gunung dan burung-burung turut bertasbih bersamanya.

(4) Muhammad Abu Zaid juga kerana begitu kagum dengan barat yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis telah menghalalkan riba dalam peratusan yang rendah. Riba yang haram baginya ialah riba yang peratusannya terlalu tinggi (الربا الفاحش) sehingga membebankan pengguna. Tidak pula beliau menentukan had peratusan yang dikatakan tinggi atau rendah bagi sesuatu muamalah riba yang berlaku. Bagi beliau, ia dapat ditentukan oleh uruf (realiti hidup) semasa dan setempat. Berdasarkan pendapatnya itu, riba di sesuatu tempat mungkin haram, sedangkan pada masa yang sama ia halal di tempat lain. Untuk itü ketika mentafsirkan firman Allah berikut:
Aal-e-Imran 3:130
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأْكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰٓا۟ أَضْعَٰفًا مُّضَٰعَفَةًۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya. 
(Aali 'Imraan: 130).

Muhammad Abu Zaid berpendapat, "Riba yang diharamkan oleh Allah melalui firmanNya ini ialah riba yang berlipat ganda atau yang terlalu tinggi peratusannya. Masing-masing bangsa dapat menentukan kadar ketinggian yang melampau itu menurut 'urufnya."

Jika diandaikan sesuatu bangsa atau kaum menganggap kadar riba yang melebihi 20% terlalu tinggi, sedangkan bangsa atau kaum yang Iain pula menganggap kadar riba yang melebihi 15% sahaja pun sudah terlalu tinggi, maka ertinya kadar riba daripada 16% hingga 20% haram di sisi sesetengah umat Islam, sementara di sisi yang Iain pula masih halal!!


Sebenarnya ayat ke-130 Surah Aali 'Imraan itu tidaklah bermaksud melarang hanya riba yang berlipat ganda atau yang terlalu tinggi peratusannya sahaja. Allah s.w.t. tidak menyebut  أضعافا مضاعفة (berlipat ganda) di dalam ayat itu sebagai qaid (syarat dan penentu) bagi larangannya, dengan erti kalau sedikit tidak mengapa, kalau berlipat ganda sahaja barulah dilarang dan diharamkan. Apa yang dimaksudkan di situ hanya menggambarkan kebiasaan amalan riba dalam masyarakat 'Arab dan Iain-lain pada ketika itu sahaja. Betapa teruk dan jeliknya riba dalam amalaň mereka. Áýat itu sesungguhnya datang untuk  menyatakan riba bagaimana pun keadaannya, sedikit atau pun banyak adalah suatu yang jelik. Lebih-lebih lagilah jeliknya apabila bunga yang dikenakan dari awal lagi sudah berlipat ganda. Kalau tidak begitu pun, memanglah tabi'at riba itu berlipat ganda dan semakin meningkat apabila hutang semakin lama tidak dibayar.

Begitulah ma'na dan tafsiran ayat berkenaan disebutkan oleh pengarang-pengarang tafsir yang muktabar di sepanjang zaman. Untuk rujukan sila lihat misalnya Tafsir as-Syaukani, Fathul Qadir j.1 m/s 380-381, Tafsir al-Qasimi j.2 m/s 227, Tafsir Sayyid Qutb, Fi Zilal al-Qur'an j. I m/s 473, Tafsir Syeikh Mahmud Syaltut, Tafsir al-Qur•an al-Karim m/s 150-151. Dan Iain-lain.

Pada hakikatnya, di dalam tafsir Muhammad Abu Zaid dan orang-orang sepertinya, hadits-hadits Rasulullah s.a.w. langsung tiada tempatnya. Beliau langsung tidak mempedulikan hadits Rasulullah s.a.w. yang mengharamkan riba, sama ada banyak atau sedikit. Itulah yang dapat anda lihat di dalam tafsirnya. Tidak pernah dia mengambil kira hadits-hadits Rasulullah s.a.w, ketika mentafsirkan mana-mana ayat, al-Qur'an. Anda juga dapat merasakan betapa penyelewengan boleh berlaku apabila hadits-hadits Rasulullah s.a.w. diketepikan. 



(b) Penyelewengan Oleh golongan Ahlul Ahwaa' Wa al-Bida' (Ahli Biďah).
Ahli Bid'ah yang dimaksudkan di sini ialah orang-orang yang pada dasarnya berpegang dengan ajaran dan fahaman Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama'ah, mereka bahkan mendawa lebih sunnah daripada orang-orang lain, namun mereka juga sebenarnya telah terpesong daripada landasan Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama'ah kerana mempercayai beberapa bid'ah, mengamalkannya serta menganjurkan masyarakat supaya menghidupkannya secara terbuka.

Untuk menegakkan pegangan mereka, golongan ini tidak teragak-agak mentawil ayat-ayat alQur'an secara sewenang-wenang supaya ia kelihatan membenarkannya. Mereka juga seringkali menyebarkan hadits-hadits palsu untuk tujuan yang sama. Golongan ini seperti golongan naturalis, rasionalis dan liberalis juga tidak mempunyai kitab tafsir yang lengkap dan sempuma dalam bahasa 'Arab. Apa yang ada hanyalah tafsiran terhadap beberapa ayat al-Quran yang ditulis di dalam buku-buku atau artikal-artikal tertentu di bawah tajuk dan topik yang pelbagai. Berikut dikemukakan beberapa sahaja daripada contoh-contohnya:

(1) Firman Allah di bawah nanti dijadikan dalil oleh golongan ini untuk membuktikan keharusan bahkan keelokan membina masjid di atas kubur, selain membina kubah dan juga binaan khusus yang kukuh di atasnya. Lihat firman Allah berkenaan:

Al-Kahf 18:21
وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ ٱلسَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَآ إِذْ يَتَنَٰزَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْۖ فَقَالُوا۟ ٱبْنُوا۟ عَلَيْهِم بُنْيَٰنًاۖ رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْۚ قَالَ ٱلَّذِينَ غَلَبُوا۟ عَلَىٰٓ أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِم مَّسْجِدًا 
Maksudnya: Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka. Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka. {Orang-orang yang berkuasa atas utusan mereka (pihak raja) pula berkata: Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di atas mereka}. (alKahf:21)

Kata mereka, "Orang-orang yang hendak membina masjid di atas kubur Ashabul Kahfi itu adalah orang-orang Nashara berdasarkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab tafsir Ini bererti keharusan membina masjid di atas kubur itu termasuk salah satu ajaran mereka. Dan menurut Usul Fiqh, syariat umat dahulu juga merupakan syariat untuk kita, apabila Allah menyebutnya tanpa membuat apa-apa teguran terhadapnya. Demikianlah halnya dengan membina
masjid di atas kubur Ashabul Kahfi yang tersebut di dalam ayat ke-21 Surah al-Kahfi di atas. Allah tidak ada menegur langsung kehendak mereka itu, sama ada di dalam ayat itu atau di dalam ayat-ayat yang lain."

Abul Faidh Ahmad bin as-Shiddiq al-Ghumari telah menulis satu risalah khusus tentang keharusan bahkan keelokan membina masjid dan kubah-kubah di atas kubur, khususnya kubur orang-orang saleh. Risalahnya itu bernama:   إحياء المقبور من استحباب بناء المساجد و القباب على القبور. Di dalam risalah itu beliau telah berdalil dengan ayat ke-21 Surah al-Kahfi di atas tentang keharusan dan keelokan membina masjid dan kubah-kubah di atas kubur. Katanya: "Dalilnya daripada ayat ini ialah Allah tidak menolak dan menegur kata-kata mereka (hendak membina masjid di atas kubur Ashabul Kahfi), sebaliknya Dia telah memperakuinya." (Ihyaa' al-Maqbur:51 ).

Para 'ulama' Sunni dari dahulu hingga sekarang telah mengkritik keras orang-orang yang berdalil dengan ayat ke-21 Surah al-Kahfi di atas tentang keharusan dan keelokan membina masjid dan kubah-kubah di atas kubur. Bagi mereka orang-orang yang berpendapat begitu sebenarnya termasuk dalam golongan ahli bid'ah. Maulana Abul Kalam Azad dan Asy-Syeikh al-Albani adalah antara tokoh zaman mutakkhir yang telah mengkritik pemahaman ahli bid'ah dalam masalah ini. Lihat kritikan Abul Kalam Azad di dalam "Tabarrukaat Azad" oleh Maulana Ghulam Rasul Meher m/s 240-317. Dan lihat pula kritikan Al-Albani di dalam bukunya  تحذير  الساجد من اتخاذ القبور مساجد m/s 55-56. Agak lama sebelum mereka telah berlalu seorang tokoh tafsir terkenal, al-'Allamah Mahmud al-Aalusi (m. 1270H). Beliau juga telah mengkritik ahli bid'ah yang berpendapat begitu. Kata beliau di dalam tafsirnya yang masyhur "Ruh al-Maani": "Ayat ke-21 Surah al-Kahfi itu dijadikan dalil tentang keharusan membina masjid di atas kubur orang-orang saleh dan keharusan bersembahyang di dalamnya. Ini adalah pendapat yang karut dan kosong daripada kebenaran. la juga pendapat yang rosak dan meleset. Imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasaa'i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas, kata beliau. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:   لعن الله زائرات القبور  والمتخذين عليها المساجد وابسرج Bermaksud: "Allah mela'nat orang-orang perempuan yang berziarah ke kubur dan orang-orang yang membuat masjid di atas kubur dan juga orang-orang yang memasang lampu di atasnya." Di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan begini: 'ألا وإن  من قبلكم  كانوا يتخذون قبور أنبيائهم مساجد فإنى أنهاكم عن ذلك Bermaksud: "Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah menjadikan kubur-kubur para nabi mereka sebagai masjid. Sesungguhnya aku melarang kamu daripada perbuatan seperti itu." Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:لعن الله  اليهود وابنصارى اتخذوا قببور أنبيائهم مساجد
Bermaksud: Allah mela'nat orang-orang Yahudi dan
Nashara (kerana) mereka telah menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid." Setelah itu beliau berkata: "Kesimpulannya, tidaklah patut orang yang ada padanya sedikit pun pertunjuk berpegang dengan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang tersebut di dalam hadits-hadits yang sahih dan atsar-atsar yang terang, semata-mata kerana berpegang dengan ayat itu, Kerana perbuatan seperti  itu sesatnya dan terlalu menunjukkan kurangnya akal ..." (Ruh alMaani j.15 m/s 238-239).

Hadits-hadits yang semakna dengan hadits-hadits yang dikemukakan oleh al-Aalusi itu sangatlah banyak. la terbilang sebagai salah satu hadits yang mutawatir maknanya. Dengan adanya hadits-hadits sahih yang sampai ke peringkat mutawatir itu bolehkah anda berkata lagi bahawa Allah memperakui keinginan orang-orang yang hendak membina masjid di atas kubur Ashabul Kahfi?

Bolehkah anda berkata lagi setelah Nabi s.a.w. bersabda begitu bahawa Allah tidak menolak dan tidak menegur perbuatan mereka? Dengan adanya hadits-hadits mutawatir yang menyatakan laknat dan kutukan Allah terhadap orang-orang dahulu yang membina masjid di atas kubur orang-orang saleh, bolehkan anda berkata lagi bahawa perbuatan itu merupakan syariat nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w., dan ia juga merupakan syariat yang masih boleh dipakai oleh kita semua??

(2) Ayat yang akan dikemukakan nanti telah disalah guna dan disalah tafsir oleh ahli bid'ah di zaman sekarang untuk membenarkan "Perayaan maulid Nabi s.a.w." yang penuh dengan pelbagai ritual dan upacara seperti yang ada pada hari ini. Lihatlah ayat berkenaan di bawah ini:

Yunus 10:58
قُلْ بِفَضْلِ ٱللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِۦ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا۟ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ 
Bermaksud: Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Yunus:58).

Demikianlah terjemahan harfiah tafsir al-Qur'an departmen agama Indonesia. Muhammad bin Alawi al-Maliki pula di bawah tajuk "Merayakan Maulid Nabi s.a.w." mentakwil firman Allah itu begini. katanya: "Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya bergembira dengan rahmatNya. Sedangkan Nabi s.a.w. adalah rahmat Allah yang paling besar. Allah berfirman:
Al-Anbiya 21:107
وَمَآ أَرْسَلْنَٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَٰلَمِينَ 
Bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (al-Anbiyaa': 107).

Maksud beliau ialah berdalil dengan dua ayat tersebut untuk membuktikan betapa perayaan maulid itu disyari'atkan dalam Islam dan asasnya memang ada di dalam al-Qur'an. Padahal takwilan itu tidak lebih daripada mempopularkan suatu perkara yang tak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan as-salaf as-SaIeh. Kalau begitu dapatlah orang-orang kemudian mengatakan Rasulullah s.a.w. dan as-Salaf as-SaIeh pun tidak mengamalkan sesetengah perintah Allah di dalam al-Qur'an? Tergamakkah anda berkata begitu?

Sebelum pergi lebih jauh, mari kita lihat satu lagi tafsir al-Qur'an yang masyhur dalam bahasa kita, "Pimpinan ar-Rahman". la merupakan sebuah tafsir (terjemahan) berdasarkan mafhum alQur'an. Terjemahannya bagi ayat ke-58 Surah Yunus adalah seperti berikut:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)." (Yunus:58).

Jelas sekali berdasarkan terjemahan ini bahawa apa yang dimaksudkan dengan limpah kurnia Allah dan rahmatNya atau kasih sayangNya itu ialah Kedatangan Al-Qur'an kepada manusia. la tiada kaitan langsung dengan bergembira kerana kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., apatah lagi dengan perayaan maulid nabi yang seharusnya dirayakan setiap tahun pada bulan dan hari tertentu!

Terjemahan Pimpinan ar-Rahman itu tepat sekali apabila dilihat kepada ayat ke-57 sebelumnya yang sememangnya berbicara tentang al-Qur'an. Lihat saja ayat berkenaan di bawah ini:
Yunus 10:57
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ 
Bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhanmu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dadamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. 
(Yunus:57).

Selain itu tidak ada seorang pun ahli tafsir muktabar di dalam kitab-kitab tafsir mereka mentafsirkan ayat itu dengan erti bergembira menyambut perayaan maulid Nabi s.a.w. 'Ulama'-ulama' tafsir seperti Ibnu Jarir, Ibnu Katsir, Baghawi, Qurtubi, Ibnu al? Arabi dan lain-lain, tidak ada seorang pun dari kalangan mereka mentafsirkan perkataan "rahmat" pada ayat itu dengan ma'na "Rasulullah", malah yang dimaksudkan daripada kurniaan dan rahmat yang sepatutnya umat ini bergembira ialah seperti yang tersebut dalam ayat sebelumnya iaitu "al-Qur'an". Ibnu Katsir mentafsirkannya dengan ma'na "petunjuk" dan "agama yang benar". Qurtubi mentafsirkannya berdasarkan riwayat Abu Sa'id al-Khudri dan Ibnu Abbas dengan makna "alQur'an" "Islam". Riwayat yang lain daripada mereka berdua pula memberi  makna "alQur'an" dan "menjadi ahli al-Qur'an". Riwayat daripada al-Hasan dan ad-Dhahhak pula menyatakan ma'nanya ialah "Iman" dan "al-Qur'an". Ibnul Qayyim mengatakan: "Kata-kata Salaf tentang ayat ini (iaitu kurniaan Allah dan rahmatNya) berkisar tentang Islam dan Sunnah".

Rahmat Allah yang berkait dengan Islam dan al-Qur'an tidak berkait dengan kelahiran Rasulullah, tetapi berkait dengan perutusan dan kebangkitan Rasul kepada umat manusia. Oleh sebab itulah ayat daripada surah al-Anbiya': 107 itu menyatakan bahawa Rasulullah adalah rahmat kerana perutusannya, bukan kerana kelahirannya.

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah, katanya: "Wahai Rasulallah! Doalah keburukan terhadap orang-orang musyrikin", Nabi s.a.w. menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk melaknat dan menyeranah, aku hanya diutuskan sebagai rahmat".


Demikianlah dua contoh tahrif ma' nawi (pemesongan 
makna) terhadap al-Qur'an yang dilakukan oleh ahli bidah di zaman mutakkhir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan