Tafsir asas quran nota 9(302)317
(3) Riwayat Israiliyyat yang tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. dan tidak juga menepatinya. Bahkan ia termasuk dalam perkara yang tidak disebutkan baik di dalam al-Qur'an mahupun as-Sunnah, maka hukumnya ialah kita dikehendaki bertawaqquf (tidak berkata apa-apa) terhadapnya. Kita dikehendaki tidak membenarkannya dan juga tidak mendustakannya. Hukum menghikayatkannya adalah harus.
Daripada perbincangan yang lalu dapat disimpulkan bahawa kita umat Islam tidak memerlukan kepada riwayat-riwayat Israiliyyat, bukan sahaja dalam tafsir bahkan juga dalam bidang-bidang yang lain. Jauh sekali daripada keperluan bergantung terus dengannya! Daripada hadits-hadits dan keterangan para ulama', riwayat-riwayat Israiliyyat itu paling tinggi pun hanya harus (boleh) diambil dan bercerita tentangnya sahaja. Tidak timbul langsung soal wajib menerimanya. Keharusan menerima dan bercerita tentangnya pula bersyarat seperti telah disebutkan sebelum ini. Maka tidak benar sama sekali pendapat orang-orang yang mengatakan, "Kita memerlukan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam tafsir!”
Beberapa Peringatan Penting Berhubung Dengan Riwayat-Riwayat Israiliyyat.
Setelah nyata kepada anda hukum menerima dan meriwayatkan riwayat-riwayat Israiliyyat, maka eloklah beberapa perkara berikut diketahui dan dijadikan sebagai panduan oleh pelajar-pelajar Ilmu Tafsir:
(1) Pelajar-pelajar tafsir hendaklah sentiasa sedar dan prihatin terhadap riwayat-riwayat Israiliyyat yang ditemuinya. Mereka hendaklah memastikan apa yang bersesuaian dengan syariat Islam dan apa yang bertentangan dengannya daripada riwayat-riwayat itu. Mana yang bersesuaian boleh diambil dan mana yang bertentangan dibuang saja. Tidak perlulah tafsir dihiasi dengan riwayat-riwayat Israiliyyat yang karut itu. Adapun perkara-perkan yang tidak pernah disebut tentangnya di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah, maka biasanya tidak ada sebarang faedah padanya untuk dunia dan agama kita. Ia juga tidak termasuk dalam perkara yang diperlukan dalam tafsir. Sekadar bercerita tentangnya memanglah diharuskan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang diperlukan dalam tafsir dan juga dalam kehidupan beragama umat Islam.
AI-Imam Ibnu Taimiyyah berkata mengenainya: "Riwayat-riwayat Israiliyyat daripada bahagian ini (yang tidak pernah disebut tentangnya di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah biasanya tidak ada sebarang faedahnya untuk urusan agama kita. Biasanya terdapat banyak sekali khilaf berkenaannya di kalangan Ahlil Kitab sendiri pun. Sebab itulah khilaf tentangnya dinukilkanjuga daripada para mufassirin. Sebagai contohnya apa yang mereka sebutkan berkenaan dengan nama-
317
Tiada ulasan:
Catat Ulasan