Selasa, Jun 08, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 25(75)nota 16(404)

Daurah tafsir 2019 sesi 25(75)nota 16(404)

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Rangkaikata ٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ ialah jiwa atau hati kecil yang sentiasa mencela (Ayat: 2).la adalah satu naluri yang ada pada setiap manusia yang mendorong manusia mencela dirinya sendiri kerana melakukan sesuatu perbuatan keji. Sifat dhamir seperti ini mungkin lenyap apabila ia ditekan dan dihancurkan sehingga ia tidak berasa lagi ia sedang melakukan sesuatu perkara keji.

Al-Qiyamah 75:2
وَلَآ أُقْسِمُ بِٱلنَّفْسِ ٱللَّوَّامَةِ 
dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali (dirinya sendiri).


2.Perkataan أَوْلَىٰ disebut sebanyak 4 kali sebagai menyatakan sikap Abu Jahal yang terlalu teruk dan
mendukacitakan أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ (Ayat: 34), ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ 
(Ayat 35).

Al-Qiyamah 75:34
أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ 
Celakalah kamu! Maka celakalah!

Al-Qiyamah 75:35
ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰٓ 
Sekali lagi, celakalah kamu (manusia)! Maka celakalah!



3. Surah ini ditutup dengan beberapa soalan supaya manusia berfikir dan membuat pertimbangan dengan
menggunakan hati kecil mereka supaya akhirnya mereka menerima kepercayaan adanya hari kemudian(Ayat:40).

404

Tiada ulasan:

Catat Ulasan