Jumaat, Jun 11, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)320

Tafsir asas quran nota 9(302)320

mentafsirkan ayat-ayat tertentu berpandukan riwayat-riwayat Israiliyyat. Ayat-ayat Allah cuba dikaitkan dengannya. Walaupun tidak ada langsung keperluan mereka berbuat begitu untuk mentafsirkan ayat-ayat berkenaan. Sebagai contohnya lihat saja tafsiran mereka terhadap ayat 102 Surah al-Baqarah berikut:

Al-Baqarah 2:102

وَٱتَّبَعُوا۟ مَا تَتْلُوا۟ ٱلشَّيَٰطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَٰنَۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَٰنُ وَلَٰكِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ كَفَرُوا۟ يُعَلِّمُونَ ٱلنَّاسَ ٱلسِّحْرَ وَمَآ أُنزِلَ عَلَى ٱلْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَٰرُوتَ وَمَٰرُوتَۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَآ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْۖ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِۦ بَيْنَ ٱلْمَرْءِ وَزَوْجِهِۦۚ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِۦ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِۚ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْۚ وَلَقَدْ عَلِمُوا۟ لَمَنِ ٱشْتَرَىٰهُ مَا لَهُۥ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنْ خَلَٰقٍۚ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ 
Bermaksud: Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-s_saitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir). padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: "Sesunngguhnya kami hanya cobaan (bagimu). sebab itu —janganlah kamu jadi kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua mereka itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allali. Mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat. bukan memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa sesiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. 
(al-Baqarah: 102).

Ayat ini dikaitkan oleh sekian ramai pentafsir dengan riwayat Israiliyat yang menyebutkan kisah Zuhrah dengan Harut dan Marut, dua orang malaikat yang kononnya telah diuji setelah menjadi manusia. Padahal firman Allah itu dapat di fahami dengan baik tanpa bantuan mana-mana rivs-ayat Israiliyyat pun. Kerana itulah Maulana Asyraf 'Ali Thanwi di dalam Tafsirma menulis:

"Kisah Zuhrah sangat masyhur telah digunakan oleh ahli-ahli tafsir untuk mentafsirkan di atas. Padahal ia tidak tsabit dengan sanad yang mustabar. Orang-orang yang berpendapat ia bercanggah dengan qaedah-qaedah syariat menolaknya. Sementara orang-orang yang berpendapat ia tidak bercanggah dengan qaedah-qaedah syariat pula tidak menolaknya. Kita sekarang tidaklah hendak membincangkan sama ada ia sahih atau dhaif. Cuma sebagaimana

320

Tiada ulasan:

Catat Ulasan