Rabu, Jun 16, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)325

Tafsir asas quran nota 9(302)325

meriwayatkan tafsir itü daripada Muqatil. Tetapi Huzail juga seorang yang dianggap lemah, meskipun dia tidak dianggap seteruk Nuh.

(2) Al-Kasyfu Wa al-Bayan An Tafsir al-Qur'an, karangan ats-Tsalabi (Ahmad bin Muhammad bin İbrahim m,427H). Tafsir ini termasuk dalam kategori 'lafsir bil Ma'tsur" tanpa sanad dan tanpa komentar terhadap riwayat-riwayat Israiliyyat yang dikemukakan.

(3)Tiga buah kitab Tafsir al-Wahidi iaitu al-Basith, al-Wasith dan al-Wajiz. Ketiga-tiganya mengandungi riwayat-riwayat Israiliyyat dan juga riwayat-riwayat lemah dan palsu. Al-Wahidi (Abul Hasan Ali bin Ahmad bin Muhammad m,468H) adalah murid ats-Tsa'labi.

(4)Tafsir Jami' al-Bayan Fi Tafsir al-Qur'an yang terkenal juga dengan nama Tafsir at-Thabari. Pengarangnya ialah Muhammad bin Jarir at-Thabari (m,310H). Tafsir ini juga banyak sekali mengandungi riwayat-riwayat Israiliyyat. Pengarangnya tidak banyak membuat komentar terhadapnya. Bagaimanapun banyak daripada riwayatnya bersanad. Tafsir ini dianggap rujukan tafsir bil ma'tsur yang paling utama. la merupakan asas bagi tafsir İbnu Katsir. Tafsir İbnu Katsir sebenarnya merupakan ringkasan bagi tafsir ini. İbnu Katsir bagaimanapun telah memilih riwayat-riwayat yang sahih daripadanya dan banyak pula telah membersihkannya dengan mengemukakan komentar terhadap riwayat-riwayat Israiliyyatnya.
Banyak daripada riwayat-riwayat Israiliyyat yang terdapat di dalamnya berpunca daripada perawi-perawi utamanya seperti Ka'ab al-Ahbaar, Wahab bin Munabbih, İbnu Juraij dan lain-lain Ahlul Kitab yang memeluk agama İslam di zaman tabiin dan Atbaa at-Tabiin.

(5)Lubaab at-Ta'wil Fi Maani at-Tanzil karangan al-Khazin (Abul Hasan Ali bin Muhammad bin İbrahim m,741H). Rujukan utama tafsir ini ialah tafsir al-Baghawi dan tafsir ats-Tsa'labi. Tafsir al-Khazin menurut pengarangnya sendiri merupakan ringkasan bagi kitab tafsir Baghawi. Tafsir Baghawi pula menurut İbnu Taimiyyah merupakan ringkasan bagi tafsir ats-Tsalabi. Kerana itü tidak peliklah kalau tafsir ini sama seperti tempat rujukannya, banyak mengandungi riwayat-riwayat Israiliyyat dan juga riwayat-riwayat lemah dan palsu, Kebanyakan riiwayat-riwayatnya adalah berhubung dengan kisah-kisah para nabi, kisah-kisah umat terdahulu tentang fitnah-fitnah dan juga peperangan-peperangan. Pengarangnya tidak membuat apa-apa komentar terhadap riwayat-riwayat itu pada kebanyakan tempat di dalam tafsirnya. Kalau ada pun hanya sedikit sahaja. Seolah-olahnya cerita-cerita yang tidak dikritik beliau boleh saja diterima. Begitulah mungkin difahami sesetengah orang daripada caranya itu.

325

Tiada ulasan:

Catat Ulasan