Selasa, Julai 13, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 27(86)nota 16(428)

Daurah tafsir 2019 sesi 27(86)nota 16(428)

Zaman Diturunkan
Surah at-Thariq juga diturunkan pada peringkat ketiga kehidupan Rasulullah di Mekah di antara tahun
ke-6 hingga ke-10 Kenabian, pada ketika itu orang-orang Quraisy sudah mula berkomplot dan membuat
perancangan jahat terhadap Rasulullah dan para sahabat.

Perkaitan Surah At-Thariq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah al-Buruj telah pun disebutkan bahawa orang-orang kafir Quraisy telah terlibat dengan تكذيب (pendustaan)،بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى تَكْذِيبٍ(Memang orang-orang kafir (selalu) mendustakan).Mereka dinasihati supaya jangan mendustakan al-Qur'an. Di dalam Surah at-Thariq ini pula al-Qur'an disebutkan sebagai suatu ucapan yang serius dan kata pemutus, ia bukan senda gurau 
(Ayat: 13-14).

Al-Buruj 85:13
إِنَّهُۥ هُوَ يُبْدِئُ وَيُعِيدُ 
 Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yarg sebenar),

Al-Buruj 85:14
وَهُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلْوَدُودُ 
Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok.

Selain daripada menyatakan pendustaan oleh orang-orang kafir, dinyatakan juga di dalam surah ini perancangan jahat yang telah dibuat oleh mereka terhadap orang-orang Islam.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah at-Thariq manusia diseru supaya menerima kehidupan akhirat dengan mengemukakan
dalil-dalil أنفسي dan أفاقي, s.w.t. Maha Berkuasa untuk menghidupkan kembali manusia.

2- Orang-orang yang tidak percaya kepada akhirat diseru supaya menerima kepercayaan adanya hari akhirat dan merenung serta berfikir tentang al-Qur'an yang mengandungi ayat-ayat yang serius, bukan sebaliknya membuat perancangan jahat terhadap orang-orang yang beriman.

428

Tiada ulasan:

Catat Ulasan