Selasa, Julai 13, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)346

Tafsir asas quran nota 9(302)346

Bermaksud: Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar memperluaskan(nya). (adz-Dzariyaat:4-7).

Perlu diingat, al-Qur'an diturunkan lebih 14 abad lalu, ketika ilmu astronomi masih primitif, ia telah pun menyebutkan tentang perluasan alam semesta melalui ayat ke-47 Surah Adz-Dzariyaat ini.

Perkataan "langit", seperti tersebut dalam ayat ini, digunakan di pelbagai tempat dalam al-Qur'an dengan erti ruang angkasa dan alam semesta. Di sini, perkataan itu juga digunakan dengan erti tersebut. Dengan kata lain, dalam al-Qur'an diungkapkan bahawa alam semesta mengalami "perluasan". Dan ini tepat seperti kesimpulan yang dicapai sains pada masa ini.

Sampai awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang berlaku di dunia sains adalah bahawa "alam semesta mempunyai sifat tetap dan ada sejak waktu tak ber-hingga". Tetapi, penelitian, pengamatan, dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi moden mengungkapkan bahawa alam semesta sesungguhnya mempunyai permulaan, dan bahawa ia secara terus-menerus meluas.

Pada awal abad ke-20, ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgium, Georges Lemaitre, berdasarkan teori telah menghitung bahawa alam semesta bergerak secara berterusan dan bahawa ia meluas.

Fakta ini telah dibuktikan juga dengan data pengamatan pada tahun 1929. Mengamati langit dengan teropong bintang, Edwin Hubble, ahli astronomi Amerika, menemukan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi secara berterusan saling menjauhi. Alam semesta. ketika segalanya bergerak saling menjauhi bererti ia secara berterusan meluas. 

Pengamatan yang dilakukan pada tahun berikutnya memastikan bahawa alam semesta secara berterusan berkembang. Fakta ini telah dijelaskan di dalam al-Qur'an ketika hal itu belum diketahui siapa pun. Ini kerana al-Qur'an adalah firman Allah, Yang Maha Pencipta, dan Maha Menguasai seluruh alam semesta.

(3) Tentang orbit matahari dan bulan, Allah berfirman di dalam Surah al-Anbiyaa', ayat 33:

Al-Anbiya 21:33
وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَۖ كُلٌّ فِى فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 


346

Tiada ulasan:

Catat Ulasan