Tafsir asas quran nota 9(302)343
Maklumat ini tidak dapat diketahui hingga ia ditemui ilmu / kaji baka (genetics) pada abad ke-20. Bahkan di kalangan masyarakat, diyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh pihak wanita. Itulah sebabnya kenapa kaum wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan!
Namun, tiga belas abad sebelum penemuan gen manusia, al-Qur'an telah mengemukakan informasi yang menghapuskan keyakinan tahyul ini, dan menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jantina bayi, tetapi air mani dari lelakilah yang menentukannya.
(5) Firman Allah di dalam Surah Luqman, ayat 14:
Luqman 31:14
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ
Bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah :nengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembalimu (untuk menerima balasan). (Luqman: 14).
Firman Allah ini menyatakan tempoh menyusu dan menceraikan penyusuan adalah dalam masa dua tahun. Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah, ayat 233 lebih menjelaskan Iagi kedudukannya apabila ia menyatakan tempoh penyusuan selama dua tahun itu adalah tempohnya yang sempurna. Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:
Al-Baqarah 2:233
وَٱلْوَٰلِدَٰتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَٰدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةٌۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَاۗ وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ ءَاتَيْتُم بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Bermaksud: Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan pemusyawaratan. maka tidak ada dosa atas
343
Tiada ulasan:
Catat Ulasan