Daurah tafsir 2019 sesi 27(85)nota 16(426)
ZamanDiturunkan
Surah al-Buruj diturunkan pada peringkat ketiga kehidupan Rasulullah di Mekah di antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian, ketika itu orang yang memilih aqidah tauhid dianggap salah, seperti Ashaabul Ukhdud yang pernah dihukum di zaman lampau. Ketua-ketua musyrikin Mekah begitu dahsyat menzalimi orang-orang Islam dan mereka bertindak kejam terhadap orang-orang Islam. Orang-orang
kafir Quraisy Mekah diancam dengan akibat yang telah diterima oleh kaum Tsamud dan juga kaum Fir'aun.
Perkaitan Surah Al-Buruj Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di akhir Surah al-Insyiqaq sebelum ini telah pun dinyatakan sifat-sifat orang-orang yang mendustakan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُكَذِّبُونَ bahkan orang-orang kafir itu mendustakan(nya) (Ayat: 22).
Orang-orang yang beriman pula diberikan berita gembira akan mendapat ganjaran yang tidak putus-putus أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ
Al-Inshiqaq 84:25
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍۭ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putusnya.
Di dalam Surah al-Buruj ini juga ada cerita tentang orang-orang kafir yang mendustakan ajaran yang benar بَلِ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى تَكْذِيبٍ Memang orang-orang kafir (selalu) mendustakan.(ayat 19)
Orang-orang kafir Mekah dinasihati supaya membenarkan al-Qur'an, bukan mendustakannya.
Di dalam Surah al-Buruj ini sifat yang diberikan kepada al-Qur'an ialah مَجِيد iaitu yang mulia. Di dalam Surah at-Thariq selepas ini pula, al-Qur'an dikatakan لَقَوْلٌ فَصْلٌ (kata pemutus).
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Buruj ini disebutkan kisah Ashaabul-Ukhdud, daripada satu hadits Muslim dapat
diketahui bahawa ada seorang raja telah menghantar seorang budak yang cerdik supaya pergi mempelajari sihir daripada seorang tukang sihir yang terkenal. Budak itu bagaimanapun tidak pergi mempelajari sihir dengan tukang sihir, sebaliknya pergi belajar dengan seorang pendeta, ajaran-ajaran tauhid Nabi 'Isa yang benar dan menjadi pengikut setianya. Orang ramai kemudiannya mengikut ajaran budak itu dan beriman, kerananya raja semasa telah menggali satu parit besar dan dinyalakan api yang
besar di dalamnya. Orang-orang yang percaya kepada aqidah tauhid satu demi satu diperintahkan supaya
dilemparkan ke dalam api yang besar itu. Kerananya Allah s.w.t. mengancam orang-orang zalim denganعَذَا الحَريق (azab yg membakar), orang-orang yang dizalimi pula diberi berita gembira akan mendapat الفوز الكبير.
Pemimpin-pemimpin kafir Quraisy diingatkan bahawa sikap mereka sudah jadi seperti raja yang zalim itu, jika mereka tidak beriman kepada al-Qur'an nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam neraka dan mereka akan menerima azab api neraka.
2.Perkataan ;2kali مَجِيد digunakan di dalam surah ini: (1) Sebagai sifat Allah (2) Sebagai sifat al-Qur'an.
426
Tiada ulasan:
Catat Ulasan