Ahad, Julai 11, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)344

Tafsir asas quran nota 9(302)344

keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tídak ada dosa bagimu apabila kamu memberíkan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan (al-Baqarah: 233).

Kedua-dua firman Allah di atas menunjukkan kepentingan dan kelebihan penyusuan dalam tempoh dua tahun. la juga menyatakan kelebihan susu ibu.

Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa dan merupakan sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir, di samping sebagai zat yang meningkatkan kekebalan tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan, makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini pun tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setíap hari ditemukan satu khasiat baharu air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta yang ditemui sains tentang air susu ibu adalah bahawa menyusui bayi selama dua tahun setelah kelahiran amat bermanfaat. Allah memberitahu kita maklumat penting ini 14 abad lalu, yang hanya diketahui melalui sains baru-baru ini.

(6) Pendedahan Rahsia Di Sebalik Garis-Garis Yang Terdapat Di Hujung Jari Manusia.

Allah berfirman:
Al-Qiyamah 75:3
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ 
Al-Qiyamah 75:4
بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ 
Bermaksud: Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan dapat mengumputkan (kembali) tulang belulangnya(3) 
Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari jemarínya dengan sempuma, (4) 
(al-Qiyamah: 3-4),

Ketika dikatakan dalam al-Quran bahawa mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia setelah kematiannya, penyusunan kembali hujung-hujung jari manusia secara khusus ditekankan:

Bukan demikian. sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) hujung-hujung jari-jemarinya dengan sernpuma.(al-Qiyamah: 4),

Penekanan pada hujung-hujung jari memiliki ma'na sangat khusus, kerana hujung jari setiap orang unik bagi dirinya sendiri, Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki serangkaian garis-garis jari yang unik, Itulah sebabnya cap ibu jari diterima sebagai bukti

344




Tiada ulasan:

Catat Ulasan