Daurah tafsir 2019 sesi 29(099)nota 16(457)
Zaman Diturunkan
Surah az-Zilzaal adalah antara surah yang diturunkan pada peringkat permulaan kehidupan Rasulullah di Mekah di antara tahun 1 ke 3 Kenabian. Pada ketika itu seruan kepada ajaran Islam berjalan secara sulit dan rahsia. Antara ciri-ciri surah yang diturunkan kepada Rasulullah pada ketika itu ialah ia mempunyai nilai kesusasteraan yang sangat tinggi, ringkas, kemas dan padat.
Perkaitan Surah Az-Zilzaal,Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Di dalam Surah al-Bayyinah sebelum ini orang-orang yang menerima rasul terakhir dikatakan خَيْرُ ٱلْبَرِيَّةِ, orang-orang yang menolaknya pula dikatakan شَرُّ ٱلْبَرِيَّةِ mereka diancam dengan azab neraka. Di dalam Surah az-Zllzaal ini dinyatakan sebelum menghadapi azab neraka, manusia akan melalui suatu zaman di mana segala amalannya akan dikira dan dihisab. Pada ketika itu setiap yang beriman dan yang kafir akan melihat segala amalan baik dan amalan buruknya tercatat dalam suratan amalannya.
2.Di dalam Surah al-Bayyinah sebelum ini disebutkan bahawa hujjah yang lengkap telah pun diberikan kepada Ahli Kitab dan juga orang-orang musyrikin Mekah dengan datangnya nabi terakhir membawa kitab suci terakhir daripada Allah, di dalam Surah az-Zilzaal ini dinyatakan bahawa suratan amalan yang akan mengemukakan segala amalan manusia sebelum mereka dihukum juga dengan maksud menyempurnakan hujjah dan alasan dari pihak Allah.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan أَشْتَاتًا menjelaskan suatu hakikat bahawa manusia akan menghadap Allah pada hari kiamat
nanti bersama-sama dengan bermacam-macam aqidah dan amalan-amalan mereka sama ada baik atau buruk (Ayat:6).
Az-Zalzalah 99:6يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ
Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya.
2. Setelah mengemukakan pemandangan hari kiamat, surah ini menyebutkan bahawa manusia akan
ditunjukkan suratan amalannya yang mencatat segala amalan baik dan buruknya لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ diperlihatkan
(Ayat: 6),يَرَهُ (Ayat: 7 dan 8).
Az-Zalzalah 99:6يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا۟ أَعْمَٰلَهُمْ
Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya.
Az-Zalzalah 99:7فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Az-Zalzalah 99:8وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
457
Tiada ulasan:
Catat Ulasan