Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 033)
s.a.w. menjawab; "Kadang-kadang ia datang kepadaku seperti gemercing loceng, itulah (cara kedatangan wahyu) yang paling berat bagiku.¹³ Kedatangan wahyu selesai dalam
______________________
suatu cara yang luar biasa. Kadang-kadang pula malaikat pembawa wahyu itu datang dalam rupa yang biasa, iaitu rupa manusia. Keadaan ini digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan kata Baginda وَأَحْيَانًا يتمثل المك رجلا Mungkin juga al-Haarits bin Hisyaam memaksudkan kedua-dua kaifiat tadi dengan pertanyaannya كيف يأتيك الوحي؟. Kalau begitu patut sekalilah Rasulullah s.a.w. membahagikan jawapannya kepada dua bahagian. Yang pertamanya berkenaan dengan kaifiat kedatangan wahyu dan yang keduanya pula berkenaan dengan kaifiat pembawa wahyu. Bagi penulis, berpandukanjawapan Rasulullah s.a.w. yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian itu, Rasulullah s.a.w. sebenamya menceritakan tentang kaifiat pembawa wahyu. Seolah-olahnya itulah yang difahami Baginda s.a.w. daripada pertanyaan al-Haarits bin Hisyaam كيف يأتيك الوحي؟
Apa yang difahami Rasulullah s.a.w. itu seharusnya diterima sebagai benar, kerana al-Haarits bin Hisyaam tidak membetulkan apa yang difahami Rasulullah s.a.w. tadi jika ia tersalah. Riwayat di dalam كتاب بدء الخلق di bawah باب ذكر الملائكة adalah penentu kepada kaifiat apa yang ditanyakan oleh al-Haarits bin Hisyaam. Jika diperhatikan dengan saksama, niscaya kaifiat pembawa wahyulah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. bukan kaifiat wahyu itu sendiri. Cuba perhatikan jawapan penuh Rasulullah s.a.w. di bawah
حَدَّثَنَا فَرْوَةُ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ قَالَ كُلُّ ذَاكَ يَأْتِينِي الْمَلَكُ أَحْيَانًا فِي مِثْلِ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ فَيَفْصِمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ مَا قَالَ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ وَيَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ أَحْيَانًا رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ
Bermaksud: 'Aaishah meriwayatkan, katanya: Al-Haarits bin Hisyaam pernah bertanya Nabi s.a.w. Bagaimanakah wahyu datang kepadamu? Jawab Nabi s.a.w.: "Semuanya dengan malaikat datang kepadaku. Kadang-kadang malaikat datang kepadaku seperti gemercing loceng. Aku telah ingat apa-apa yang disampaikannya (malaikat) sebaik saja kedatangannya selesai. Itulah (cara kedatangan malaikat) yang paling berat bagiku. Malaikat itu kadang-kadang menjelma sebagai seorang lelaki, lalu dia bercakap-cakap denganku dan aku pula mengingati apa yang diucapkannya. Maka bunyi seperti gemercing loceng itu sepatutnya tidak dianggap sebagai wahyu itu sendiri atau suara Allah, walaupun yang tidak menyerupai mana-mana suara makhluq.Apa yang kedengaran kepada Rasulullah s.a.w. itu sebenarnya tidak lebih daripada bunyi kedatangan Jibra'il sahaja.
¹³ Cara Penyampaian Dan Penerimaan Wahyu. Al-Halimi (Abu Abdillah a-Husain bin alHasan bin Muhammad bin Halim. Seorang faqih Syaffe. m.403H) menyebutkan bahawa wahyu yang diterima Rasulullah s.a.w. itu datangnya dalam empat puluh enam bentuk semuanya. Demikianlah nukil Hafiz Ibnu Hajar. Hafiz Ibnu Hajar kemudiannya mengulas dengan berkata: "Kebanyakan yang disebut al-Halimi itu adalah berkenaan dengan sifat-sifat pembawa wahyu." Menurut as-Suhaili (Abu al-Qasim 'Abdur Rahman bin Abdillah m.581H), penurunan atau penyampaian wahyu kepada Nabi s.a.w. berlaku menerusi tujuh cara berikut: (1) الوحي المنامي iaitu wahyu yang datang di dalam mimpi Nabi s.a.w. Kata-kata Aaishah bahawa:
أَوَّلُ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الْوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِي النَّوْمِ
(Wahyu yang mula-mula diberikan kepada Rasulullah
ialah berupa mimpi yang baik)
di permulaan hadits ketiga nanti adalah salah satu contohnya. Wahyu seperti ini tidak khusus dengan nabi kita Muhammad s.a.w. sahaja, nabi-nabi yang lain juga mengalaminya. Antaranya ialah apa yang diceritakan oleh Allah tentang Nabi Ibrahim a.s. di dalam firmanNya ini:
33
Tiada ulasan:
Catat Ulasan