Selasa, Ogos 24, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 29(100)nota 16(459)

Daurah tafsir 2019 sesi 29(100)nota 16(459)

Zaman Diturunkan
Surah al-'Aadiyaat juga termasuk dalam surah yang diturunkan pada peringkat permulaan kehidupan
Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-1 hingga tahun ke-3 Kenabian. Pada ketika itu kebanyakan surah-surah yang diturunkan kepada Rasulullah mempunyai nilai kesusasteraan yang sangat tinggi, ringkas, kemas dan padat.

Perkaitan Surah Al-'Aadiyaat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah az-Zilzaal menyebutkan tentang bagaimana amalan baik dan buruk manusia ditunjukkan pada
hari kiamat, di dalam Surah al-'Aadiyaat ini pula dinyatakan bahawa manusia janganlah bersikap كَنُودٌ (tidak bersyukur). Amalan-amalan yang baik boleh dilakukan oleh manusia jika ia mahu, manusia juga boleh menghindarkan dirinya daripada sifat bakhil, tamakkan harta dunia dan cintakan dunia.

2. Di dalam Surah al-Qari'ah akan datang diberi galakan supaya memperbanyakkan amalan-amalan yang baik supaya di dalam timbangan di akhirat nanti daun neraca amalan-amalan yang baik lebih berat daripada daun neraca amalan-amalan yang buruk.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1.Perkataan  ٱلْعَٰدِيَٰتِ bererti kuda-kuda yang berlari dengan pantas.
2.Perkataan  ضَبْحًا  Bunyi suara kuda yang berlari.
3.Perkataan ٱلْمُورِيَٰتِ Kuda-kuda yang memercikkan bunga api dengan pukulan kuku kakinya.
4.Perkataan قَدْحًا batu api yang digunakan untuk mengeluarkan api.
5.Perkataan ٱلْمُغِيرَٰتِ kuda-kuda yang menyerbu kumpulan musuh dengan tiba-tiba.
6.Perkataan  نَقْعَ debu-debu yang berkilat-kilat.  فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًا maksud به ialah بِعَوٍ (dengan larinya yang laju itu ia
menerbangkan debu-debu yang berkilat-kilat). فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا yang dimaksudkan dengan به  ialah dalam
keadaan berdebu dan berasap itu ia merempuh pihak musuh.
7.Perkataan  كَنُودٌ tidak bersyukur.
8.Perkataan خَيْرِ harta kekayaan.


Al-'Adiyat 100:1 وَٱلْعَٰدِيَٰتِ ضَبْحًا 
Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah,

Al-'Adiyat 100:2 فَٱلْمُورِيَٰتِ قَدْحًا 
dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya),

Al-'Adiyat 100:3 فَٱلْمُغِيرَٰتِ صُبْحًا 
dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi,

Al-'Adiyat 100:4 فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًا 
sehingga menerbangkan debu,

Al-'Adiyat 100:5 فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا
lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,


Al-'Adiyat 100:6 إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌ 
sungguh, manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya,


Al-'Adiyat 100:8  وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ 
dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.


459

Tiada ulasan:

Catat Ulasan