Rabu, Ogos 25, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 037)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 037)

_____
malaikat tertentu. Setelah memahaminya mereka akan mengolahnya dalam bahasa masing-masing, (2) Gemercing loceng yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. bukanlah wahyu itu sendiri, sebaliknya ia merupakan alamat atau tanda untuk menarik perhatian sebelum kedatangan wahyu, Gambaran yang paling mudah untuk memahaminya ialah suara deringan telefon yang berbunyi sebelum gagangnya diangkat. Perbualan sebenar hanya berlaku selepas deringan tersebut. Hal itu disifatkan oleh Nabi s.a.w. sebagai sama seperti suara gemercing loceng. Antara tokoh yang berpendapat begini ialah Syeikhul Islam Pakistan Maulana Syabbiir Ahmad 'Utsmaani, Tetapi pendapat ini disangkal oleh 'ulama'-'ulama' yang berpendapat bahawa suara tersebut sebenarnya adalah kandungan wahyu itu sendiri. Kerana menurut mereka Nabi s.a.w. telah mcnggambarkan bahawa bunyian tersebut sebagai bentuk yang paling berat diterima Baginda, jadi kalaulah ia bukannya kandungan wahyu, kenapakah ia turut mengandungi sesuatu yang berat?! (3) Gemercing loceng yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. adalah suara Jibril a.s. Nabi s.a.w. mendengarnya dalam suatu bahasa yang hanya mampu Baginda sifatkan sebagai suara loceng. Namun Baginda dapat mengingati dan memahaminya dengan baik di samping dapat pula mengolahnya dalam bahasa Baginda sendiri. Suara ataupun bentuk fizikal Jibril hanya mampu didengar dan dilihat oleh para nabi a.s. sahaja, pancaindera manusia biasa di dunia ini tidak akan tertanggung menerima impaknya. (4) Gemercing loceng yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. di dalam hadits ini adalah suara derapan sayap-sayap Jibril a.s. atau bunyi yang terhasil daripada kedatangan Jibril a.s. Di dalam sebuah hadits, Nabi s.a.w. pernah menggambarkan rupa asal Jibril a.s. yang pernah dilihat Baginda. la adalah malaikat yang mempunyai enam ratus sayap. Dan setiap sayapnya bagai bertatahkan permata-permata yang bergemerlapan. Jadi setiap kali Jibril mengepakkan sayapnya, ia akan menghasilkan bunyi gemercing seumpama itu. Ini adalah pendapat Syeikhul Hadits Darul Uloom Deoband Maulana Husain Ahmad Madani r.a. (5) Gemercing loceng yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w, adalah suara deruan gerombolan malaikat yang mengiringi Jibril a.s. Oleh kerana jumlah para malaikat yang mengiringi rombongannya amat besar, ia menghasilkan satu bunyian. sama seperti kumpulan lebah yang juga menghasilkan bunyi deruan yang tersendiri. Keadaan ini juga menggambarkan bahawa kedatangan wahyu adalah melalui suatu kawalan yang amat ketat. Jadi tidak mungkin sama sekali wahyu boleh diganggu atau kesuciannya dapat dicemari oleh tangan-tangan kotor syaitan dan kuncu-kuncunya. Lebih-lebih lagi malaikat Jibra'il yang menyampaikannya disifatkan oleh Allah s.w.t. sebagai malaikat yang gagah perkasa melalui firmanNya: عَلَّمَهُ شَدِيدُ القُوى Bermaksud: "Dia (Muhammad) diajar oleh (Jibril) yang gagah perkasa." (6) Menurut sesetengah 'ulamak, ia merupakan bunyi yang dicipta khusus oleh Allah dengan kekuasaanNya di dalam wahyu terlentu yang disampaikan kepada Nabi s.a.w. (7) Ada juga ulama hadits berpendapat, bunyi itu adalah suara sebenar para malaikat. (8) Menurut Syah Waliyyullah r.a. bunyi seperti itu terhasil akibat daripada terhentinya fungsi panca indera terutamanya deria pendengaran Iahir. Pada masa yang sama ia diganti oleh deria pendengaran batin. Sepertimana apabila deria penglihatan terganggu, pada ketika itu akan kelihatanlah kepada mata bermacam-macam warna yang tidak menentu. Kadang-kadang kelihatan merah. kadang-kadang pula kelihatan kuning, biru, hitam gelap dan  sebagainya.Bagi Syah Waliyyullah bunyi seperti gemercing loceng itu kinayah kepada terhentinya fungsi deria pendengaran Iahir daripada mendengar apa-apa bunyi atau suara di alam musyahadahm supaya jiwa Rasulullah s.a.w. tertumpu sepenuhnya kepada wahyu yang disampaikan dan Baginda s.a.w. (9) Wahyu yang datang  dalam

37

Tiada ulasan:

Catat Ulasan