Daurah tafsir 2019 sesi 29(100)nota 16(458-459)s
100.Surah Al Adiyat
Tertib surah 100
Bilangan ayatnya 11
Bilangan rukuk
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 14
Bilangan paragraf 2
Paragraf 1 ayat 1-8 Makhluk taat kepada sesama makhluk tetapi terdapat sekian manusia yang tidak bersyukur kepada خالق(penciptanya) dan mereka cintakan dunia.
Paragraf 2 ayat 9-11 Dengan adanya kepercayaan kepada hari akhirat dan kepercayaan kepada tuhan yang benar, manusia boleh menjadi makhluk yang bersyukur.
Mesej utama
Makhluk setia kepada sesama makhluk tetapi sekian ramai tidak bersyukur(ٌكَنود) kepada penciptanya.
Hai manusia ! Berimanlah kepada hari akhirat! Jadilah kamu hamba yang bersyukur.
Zaman Diturunkan
Surah al-'Aadiyaat juga termasuk dalam surah yang diturunkan pada peringkat permulaan kehidupan
Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-1 hingga tahun ke-3 Kenabian. Pada ketika itu kebanyakan surah-surah yang diturunkan kepada Rasulullah mempunyai nilai kesusasteraan yang sangat tinggi, ringkas, kemas dan padat.
Perkaitan Surah Al-'Aadiyaat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah az-Zilzaal menyebutkan tentang bagaimana amalan baik dan buruk manusia ditunjukkan pada
hari kiamat, di dalam Surah al-'Aadiyaat ini pula dinyatakan bahawa manusia janganlah bersikap كَنُودٌ (tidak bersyukur). Amalan-amalan yang baik boleh dilakukan oleh manusia jika ia mahu, manusia juga boleh menghindarkan dirinya daripada sifat bakhil, tamakkan harta dunia dan cintakan dunia.
2. Di dalam Surah al-Qari'ah akan datang diberi galakan supaya memperbanyakkan amalan-amalan yang baik supaya di dalam timbangan di akhirat nanti daun neraca amalan-amalan yang baik lebih berat daripada daun neraca amalan-amalan yang buruk.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1.Perkataan ٱلْعَٰدِيَٰتِ bererti kuda-kuda yang berlari dengan pantas.
2.Perkataan ضَبْحًا Bunyi suara kuda yang berlari.
3.Perkataan ٱلْمُورِيَٰتِ Kuda-kuda yang memercikkan bunga api dengan pukulan kuku kakinya.
4.Perkataan قَدْحًا batu api yang digunakan untuk mengeluarkan api.
5.Perkataan ٱلْمُغِيرَٰتِ kuda-kuda yang menyerbu kumpulan musuh dengan tiba-tiba.
6.Perkataan نَقْعَ debu-debu yang berkilat-kilat. فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًا maksud به ialah بِعَوٍ (dengan larinya yang laju itu ia
menerbangkan debu-debu yang berkilat-kilat). فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا yang dimaksudkan dengan به ialah dalam
keadaan berdebu dan berasap itu ia merempuh pihak musuh.
7.Perkataan كَنُودٌ tidak bersyukur.
8.Perkataan خَيْرِ harta kekayaan.
Al-'Adiyat 100:1 وَٱلْعَٰدِيَٰتِ ضَبْحًا
Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah,
Al-'Adiyat 100:2 فَٱلْمُورِيَٰتِ قَدْحًا
dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya),
Al-'Adiyat 100:3 فَٱلْمُغِيرَٰتِ صُبْحًا
dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi,
Al-'Adiyat 100:4 فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًا
sehingga menerbangkan debu,
Al-'Adiyat 100:5 فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا
lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,
Al-'Adiyat 100:6 إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌ
sungguh, manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya,
Al-'Adiyat 100:8 وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ
dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.
459
Tiada ulasan:
Catat Ulasan