Ahad, Ogos 29, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 040)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 040)

______
didengari dari jauh juga boleh menyedarkan musuh dan membuatkan mereka berwaspada atau bertindak menyerang pihak lawannya dengan lebih terancang dan tersusun sebelum ketibaan mereka lagi. Pendek kata kedua-duanya boleh meletakkan tentera Islam dalam situasi bahaya. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. mengungkapkan kedua-dua hadits tersebut. Dan itulah juga antara situasi yang menyebabkan loceng dipandang Baginda s.a.w. sebagai sesuatu yang tidak baik dan tercela. la tidak bermaksud menghukum semua jenis loceng tidak baik dan tercela dalam semua keadaan dan di semua tempat. (2) Hafiz Ibnu Hajar berkata, di dalam sesuatu perumpamaan tidak semestinya terdapat segala sifat musyabbah bih (sesuatu yang diumpamakan dengannya) pada musyabbah (sesuatu yang diumpamakan). Perkongsian dalam sifat khususnya juga tidak mesti. Yang mesti ada hanyalah perkongsian kedua-duanya dalam sesuatu sifat. Perbandingan dan perumpamaan yang dibuat di dalam hadits al-Haarits bin Hisyaam hanyalah daripada sudut jenis bunyi loceng semata-mata. laitu sejenis bunyi yang dima'lumi semua orang. Rumusan jawapan Hafiz Ibnu Hajar ialah bunyi loceng mungkin bersifat keras dan mendesing atau mungkin juga bersifat menyeronokkan dan enak didengar sehingga boleh mengkhayalkan seseorang. Perumpamaan yang dibuat Rasulullah s.a.w. di dalam hadits itu adalah daripada sudut kekerasan dan desingannya, bukan sudutnya yang enak didengar dan menyeronokkan itu. (3) Mengumpamakan sesuatu yang baik atau mulia dengan sesuatu yang tercela atau hina (تشنه المحمود بامذموم) tidak salah jika sudut keserupaannya (وجه شبه) jelas dan ma'lum. Sudut keserupaan di antara wahyu atau suara malaikat dengan loceng yang tersebut di dalam hadits al-Haarits bin Hisyaam itu adalah bunyi yang berterusan, bertubi-tubi dan tidak dapat dibezakan sebahagiannya daripada sebaghagian yang lain. Bunyi yang tidak mempunyai huruf dan makhraj yang berbeza dan berlainan. Hadits itu seolah-olahnya mengumpamakan wahyu atau suara malaikat dengan suatu bunyi yang sifatnya adalah seperti sifat loceng yang tersebut tadi. Sudut keserupaan seperti itu jelas dan dima'lumi, kerana itu ia tidak salah dan tidak juga jelik. Di dalam hadits-hadits lain juga sering kali terdapat perumpamaan dan perbandingan sebegini. Lihat saja misalnya hadits berikut: إِنَّ الْإِيمَانِ لَيَأّرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا  تَأْرِز؟ الْحَيَّة؟ إِلَى جُحْرِهَا 
Bermaksud: Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah seperti ular kembali ke lubangnya. 
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan, Ibnu Abi Syaibah, Abu 'Awaanah dan lain-lain).

 Lihat bagaimana Nabi s.a.w. mengumpamakan iman dengan ular. Di satu pihak iman yang begitu mulia dan memberi keamanan kepada jiwa manusia. Di satu pihak yang lain pula ular yang begitu berbisa dan menakutkan sehingga diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya dibunuh walaupun di tanah Haram. Tentu sekalilah Rasulullah s.a.w. tidak mengumpamakan iman dengan ular daripada segi sifatnya yang menyakiti. Sudut keserupaan di antara iman dan ular yang Baginda s.a.w. maksudkan dengan membuat perumpamaan itu ialah daripada segi kedua-duanya akan kembali ke tempat selamat masing-masing akhirnya, walaupun sebelum itu ia pergi dan sampai entah ke mana-mana. Dalam peristiwa Hudaibiah, apabila sampai di satu tempat (Tsaniyyah) unta Nabi s.a.w. yang bernama Qashwaa' duduk dan tidak mahu berjalan. Walaupun didorong para sahabat supaya bangkit berjalan,خَلَأَتْ الٌقَصْوَاءُ خَلَأَتْ الْقَصْوَاءُ ia tetap tidak bangun. Ketika itu berkatalah para sahabat Bermaksud: "Qashwaa' telah berdegil, Qashwaa' telah berdegil." Nabi s.a.w. pula berkata:  Bermaksud: "Qashwaa' tidak berdegil dan bukan begitupun perangainya. Tetapi ia dihentikan oleh Tuhan yang telah menghentikan (tentera bergajah (dahulu). (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ahmad, Ibnu Abi Syaibah, 'Abdur Razzaaq, Thabaraani. Baihaqi dan lain-lain). Di dalam hadits

40

Tiada ulasan:

Catat Ulasan