Ahad, Ogos 29, 2021

Bahasa Arab Video YB 06ss

Bahasa Arab Video YB 06ss

#6 Jumlah filiyyah (lazim)| belajar nahu

Jumlah filiyyah (lazim)

Disini perbahasan jumlah fiiliyah secara lebih mendalam.
Jumlah fiiliyyah adalah kelompok kalimat yang diawali oleh fiil pada susunan kalimatnya. Dari sisi terkait dengan objek, fiil terbahagi dua:Satu fiil lazimKedua fiil mutaaddy

satu فعل لازم
Dua فعل متعدِّى

Dengan pola kalimah fiilliyah juga ada dua iaitu
Fiil lazim = Fiil (predikat)+ fail(subjek)
Fiil mutaaddy= Fiil (predikat)+ Fail (subjek)+mafulbih(objek)

Fiil lazim = Fiil (predikat)+ fail(subjek)
Contoh
Zaid telah duduk  جَلَسَ زَيْدٌ
Kata kerja جَلَسَ disebut terlebih dulu daripada pelaku.
Fiil فعل  ialah  جَلَسَ
Fail فاعل ialah زَيْدٌ

Fiil mutaaddy فعل متعدِّى
=Fiil فعل (predikat)+ Fail فاعل(subjek)+مفعل به mafulbih (objek)
Contoh 
Zaid sedang membaca quran يَقْرِأُ زَيْدٌ القُرْءَانَ
Fiil فَعِلْ  ialah يَقْرِأُ
Fail فَاعِل  ialah زَيْدٌ
mafulbih  مفعل به  ialah القُرْءَانَ
Kata untuk فعل dan مفعل به boleh diambil dari isim yang sesuai dengan konteks pembicaraan.

Kali ini akan dibincangkan fii lazim فعل لازم terlebih dahulu
Fiil lazim adalah fiil yang tidak memerlukan mafulbih
Olehkerana itu  dalam fiil lazim kita cukup menyebut fiil dan fail sahaja
Cukup Fiil فعل dan fail فاعل .
Contoh 
Zaid telah berdiri قَامَ زَيْدٌ 
Zaid sedang berdiri  يَقُومُ زَيْدٌ

Kaedah yang berlaku untuk jumlah fiiliyyah dengan pola yang lazim adalah fiil فعل harus sesuai dengan fail  فاعل nya 
Bila fail فاعل nya   muzakkar maka wajib fiil فعل nya muzakkar
Sebaliknya jika fail فاعل nya muannas maka fiil غعل nya  wajib muannas

Kaedah pertama fiil kena sama fail فعل=فاعل
Jika fail muzakkar fiil kena muzakkar فاعل مذكر= فعل مذكر 
Jika fail muannas fail kena muannas فاعل مؤنث=فعل مؤنث

Contoh
Failnya muzakkar زَيْدٌ maka  ذَهَبَ زَيْدٌ 
Polanya demikian kerana subjek/زَيْدٌ  فاعل  muzakkar مذكر
Failnya muannas زَيْنَبُ maka ذَهَبَتْ زَيْنَبُ
Apabila sujek/فاعلnya muannas مؤنث  iaitu زَيْنَبُ maka 
menjadi ذَهَبَتْ زَيْنَبُ


Kemudian fiil فعل harus dalam bentuk mufrad مفرد
Contoh 
Fail Mufrad  ذَهَبَ الطَّالِبُ (siswa telah pergi)
Fail musanna ذَهَبَ الطَّالِبَانِ
Fail jamak  ذَهَبَ الطُّلَّابُ

Perhatikan sekalipun failnya mufrad , musanna, jamak, 
fiil فعل yang digunakan tetap ذَهَبَ

Selanjutnya fail  harus dalam keadaan rafa' atau marfuk
Rafa' adalah salah satu keadaan kata sebuah kalimat.

Berikut adalah penjelasan/penerangan tentang rafa'
Bentuk kata yang jenis 
Mufrad
Musanna مثنى
Jamak muzakkar salim
Jamak muannas salim
Jamak taksir 
Isim yang lima

Bentuk kata yang jenis mufrad ketika rafa' dibaca dhommah contoh ذَهَبَ الطَّالِبُ
Bukan ذَهَبَ الطَّالِبَ 
Atau ذَهَبَ الطَّالِبِ.

Musanna
Ketika rafa' dibaca alif contoh ذَهَبَ الطَّالِبَانِ
Bukan ذَهَبَ الطَّالِبَينِ

Jenis Jamak muzakkar salim
Ketika rafa' adalah dibaca dengan waw contoh ذَهَبَ الطَّالِبُونَ
Bukan ذَهَبَ الطَّالِبِينِ

Jenis Jamak muannas salim
Ketika rafa' dibaca dhammah contoh ذَهَبَتِ الطَّالِبَاتُ
Bukan ذَهَبَتِ الطَّالِبَاتِ
Atau ذَهَبَتِ الطَّالِبَاتَ

Selanjut untuk jenis jamak taksir.
Keadaannya ketika rafa' 
dibaca dhammah contoh   ذَهَبَ الطُّلَّابُ
Bukan   ذَهَبَ الطُّلَّابَ
Atau   ذَهَبَ الطُّلَّابِ

Selanjutnya kata jenis isim yang lima
Keadaannya ketika rafa' adalah  
dibaca waw contoh ذَهَبَ أَبُوكَ
Bukan ذَهَبَ أَبَاكَ
Atau ذَهَبَ أَبِيكَ

Untuk memudah hafal 3 kaedah jumlah filiyyah (fiil lazim)
Fiil sejenis dengan fail
Fiil berbentuk mufrad
Fail berbentuk rafa'

Fira dan fara itu manis.
FIRA:Fiilnya harus mufrad
FARA:Failnya harus rafa'

MANIS:fiil dan fail itu harus saMA jeNIS nya

Agar kita lebih memahami pola kalimat  fiil lazim mari kita lihat  contoh fiil lazim untuk  fail jenis mufrad, kemudian musanna dan jamak

{Apabila fail dalam keadaan rafa'
Jenis mufrad  ketika rafa' dhammah
Jenis musanna ketika rafa' alif
Jenis muzakkar salim ketika rafa' waw
Jenis muannasa salim ketika rafa' dhammah
Jenis taksir ketika rafa' dhammah}

Fiil lazim untuk Fail yang mufrad
Muannas جَلَسَتْ فَاطِمَةٌ
Muzakkar جَلَسَ عَلِيٌّ 
Muannas نَامَتْ هِنْدٌ
Muzakkar نَامَ زَيْدٌ
Muannas لَعِبَتْ البِنْتُ
Muzakkar لَعِبَ الوَلَدُ 

###Semua  fail dalam contoh ini berharakat dhammah atau dhammatain , ini disebabkan fail itu wajib rafa' dan tanda asli rafa' adalah dhammah.

■Jadi Isim mufrad أسم مفرد termasuk ketika rafa' kata wajib berharakat dhommah.

Kemudian Fail yang musanna فعل مثنى
Perhatikan contoh berikut:
Muannas   جَائَتْ الأُسْتَاذَتَانِ kedua guru telah datang
Muzakkar  جَاءَ الأُسْتَاذَانِ 
Muannas تَجْلِسُ الطَّبِيْبَتَانِ kedua doktor sedang duduk
Muzakkar  يَجْلِسُ الطَّبِيْبَانِ
Muannas صَلَّتْ الْمُسْلِمَتَانِ kedua orang muslimah telah solat
Muzakkarصَلَّى الْمُسْلِمَانِ
##Dalam kaedah telah disebutkan ini sekalipun fail فاعل nya musanna مثنى fiilnya harus tetap mufrad

Selanjutnya fail yang jamak
Sama dengan tasniyah  berdasarkan kaedah jumlah filiyah yang failnya yang jamak , tetap menggunakan fiil dalam bentuk mufrad contohnya
Muannas salim صَلَّتْ الْمُسْلِمَاتُ orang-orang muslimah telah solat
Muzakkar salim صَلَّى الْمُسْلِمُوْنَ orang-orang muslim telah solat
Muannas salim تَصُوْمُ المُؤْمِنَتُ orang-orang mukminah telah berpuasa
Muzakkar salim يَصُوْمُ المُؤْمِنُوْتُ orang-orang mukmin telah berpuasa
Muannas salim قَامَتْ المُدَرِّسَاتُpara guru telah berdiri
Muzakkar salim  قَامَ المُدَرِّسُوْنَ

Ini berlaku baik untuk baik jamak muzakkar salim dan jamak muannas salim  maupun jamak taksir

Kemudian fail dalam bentuk jamak taksir
Sebagaimana telah dijelaskan dalam bab satu jamak taksir terbahagi kepada 2 jenis
1.jamak taksir lil aqil
2.jamak taksir lighairil aqil

Ada perbezaan  kaedah antara dua jenis jamak taksir ini ketika menjadi fail atau subjek

Kaedahnya adalah seperti berikut
Bila failnya jamak taksir lighairil aqil  maka fiilnya wajib dalam keadaan mufrad muannas.
Kemudian bila failnya jamak taksir lil aqil maka fiilnya , menyesuaikan jenis fail tersebut
Misalnya 
Bila jamak taksirnya untuk muzakkar , maka hukum asal fiilnya wajib mufrad muzakkar
Sebaliknya bila jamak taksirnya untuk muannas , maka fiilnya wajib mufrad muannas

👉contoh2
Untuk lebih memahami kaedah ini perhatikan contoh2 dalam perbahasan berikut;

Contoh jamak taksir lighairil aqil
Ketika dalam bentuk mufrad beberapa kata benda ada yang muzakkar dan ada yang muannas.
Namun ketika kata benda tersebut berubah menjadi bentuk  jamak taksir  maka semua dianggap muannas kerana kaedahnya semua jamak taksir seperti kata benda  atau ghairil aqil dihukumi muannas.

Perhatikan yang berikut untuk memahaminya jumlah filiyah  jamak taksir ligharil aqil.

Buku telah hilang
Jamak taksir  ضَاعَتْ الكُتُابُ
Mufrad  ضَاعَ الكِتَابُ

Masjid telah banyak
Jamak taksir  كَثُرَتْ المَسَجِدُ
Mufrad كَثُرَ المَسْجِدُ

Pohon telah tumbuh
Jamak  نَبَتَتْ الشَّجَارُ
Mufrad نَبَتَتْ الشَّجَارُةُ

Jamak taksir lil aqil 
Berbeza dengan jamak taksir lilghairil aqil yang dihukumi muannas , jamak taksir lil aqil pula ada yang dihukumi muzakkar dan ada yang dihukumi muannas  tergantung kepada tersebut adakah digunakan untuk lelaki atau wanita.

Perhatikan contoh yang berikut untuk memahami fiiliyah jamak taksir lil aqil baik untuk muzakkar atau pun muannas.

Seorang siswa telah duduk
Jamak taksir  جَلَسَ الطُّلَابُ
Mufrad جَلَسَ الطَّالِبُ 

Seorang pedagang telah tersenyum
Jamak taksir  تَبَسَّمَ التُّجَارُ
Mufrad  تَبَسَّمَ التَّاجِرُ

Orang kaya itu telah mulia
Jamak taksir  ُكَرُمَ الغَنِيَاء
Mufrad كَرُمَ الغَنِيُّ

Bila  kita perhatikan contoh diatas tiada perbezaan fiil yang digunakan baik ketika dalam bentuk mufrad maupun  dalam bentuk jamak taksir kerana memang jamak taksir untuk muzakkar tetap dianggap muzakkar dan untuk muannas  tetap dianggap muannas.

Berbeza dengan jamak taksir lilghairil aqil semua bentuknya yang dihukumi muannas , 




😁😁😁
Video animasi 06(e2)

Isim Muzakkar dan Muanas.yakni pembahagian isim berdasarkan jenisnya.

Pengelompokkan kata mengikut jenis
Muzakkar/ Masculine atau Muanas/Feminin
Atau orang Arab hendak mengatakan 
Zaid itu pintarزَيْدٌ  مَاهِرٌ  
Ada pun jika ingin mengatakan
Fatimah itu pintar  فَطِمَةُ مَاهِرَةٌ
Lihat,Ada ة untuk wanita.
Berbeza dgn bahasa indonesia,yg tidak membezakan kata pintar untuk laki2 maupun perempuan .
Kita tak kata ,Zaid itu pintar dan Fatimah itu pintarah.
Lalu apa yg termasuk dlm isim muzzakkar dan isim muanas?
Berikut adalah perbahasannya.

Perbahasan isim muzakkar.
Secara bahasa isim muzakkar ertinya adalah laki2.
Sedangkan menurut istilah  isim muzakkar adalah istilah atau terminologi untuk kata2 yg masuk kedalam  jenis laki2 atau gentle .
Ada dua kelompok yg masuk isim muzakkar.
1.laki-laki sungguhan.
Nama yg digunakan untuk laki-laki.
Seluruh nama yg digunakan untuk laki-laki muzakkar contoh زَيْدٌ    أحْمَدُ   يُوْسُفُ     نُوْحٌ
Begitu juga untuk أُسَامَةُ    طَلْحَةُ
Meskipun dibelakang ada ة tetapi sebab nama ini digunakan untuk lali-laki makaأُسَامَةُ    طَلْحَةُ  termasuk muzakkar.

2.Dianggap laki-laki
Iaitu semua kata bahasa arab yg tidak mengandungi ة  hukum asalnya muzakkar.
Contoh
buku كِتَابٌ
pena  قَلَمٌ
baju  ثَوْبٌ

Kerana 3 kata diatas tidak mengandungi kata ة maka kata tersebut lah muzakkar.
Inilah definasi sederhana  isim muzakkar.

Perbahasan isim muanas.
Muanas secara bahasa adalah perempuan.

Jadi pada dasarnya isim muanas adalah kata  masuk kategori perempuan.
Sama seperti isim muzzakkar ,secara umum kita bisa menjadi 2 kelompok.
1.Perempuan sungguhan iaitu nama yg digunakan untuk perempuan.عَائِشَةُ      خَدِيجَةُ     فَاطِمَةُ

Begitu juga nama perempuan ini sekalipun tak diakhir
dgn ة.
Contoh هِنُدٌ    زَيْنَبُ  مَرَيْمُ
  
2.Dianggap perempuan.
Iaitu seluruh isim bahasa arab yg diakhir dgn ة  maka isim tersebut  hukum asalnya muanas.
Contohnya
sekolah  مَدْرَسَةٌ
universiti جَامِعٕةٌ 
kipas angin  مِرْوَحَةٌ
jendela  نَافِذَةٌ

Seluruh kata ini mengandung ة maka ini terkandung muanas.

Pengecualian,bila kata tidak diakhiri ة  maka muzakkar.
Sebaliknya bila diakhiri dgn ة maka ia muanas.
Namun ada beberapa kata yg masuk pengecualian.
Diantaranya yg masyhur adalah:
1.Anggota tubuh tubuh manusia yg berpasangan dihukumi muanas sekalipun tidak ada ة nya.
mata  عَيٌنٌ
telinga  أُذُنٌ
kaki  رِجْلٌ
tangan  يَدٌ

2.Nama kota /negara seluruhnya dihukumi muanas.جَاكَرْتَا
Contoh جَاكَرْتَا  مِصْرَ  إِنْدُوْنِيْسِيَا





Tiada ulasan:

Catat Ulasan