Isnin, Ogos 30, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 041)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 041)

keadaan aku telah ingat apa-apa yang disampaikannya (malaikat). Kadang-kadang Malaikat itu menjelma sebagai seorang lelaki,¹⁴ lalu dia bercakap-cakap denganku dan
___________
ini Nabi s.a.w, membandingkan unta yang dinaikinya dengan gajah yang dinaiki Abrahah. Jauh sekali perbezaan di antara unta nabi al-Qashwaa' dengan gajah Abrahah.

Lebih jauh Iagi perbezaan di antara Rasulullah s.a.w. sendiri dengan Abrahah. Bukankah Abrahah dengan tentera bergajahnya telah berangkat dari Yaman menuju ke Mekah untuk merobohkan Ka'bah? Dan bukankah Baginda s.a.w. dengan para sahabatnya berangkat dari Madinah ke Mekah untuk tujuan yang suci, iaitu untuk menghormati Baitillah dan memakmurkannya dengan beribadat kepada Allah di sana? Bagaimana pula Nabi s.a.w. boleh membuat perumpamaan dan perbandingan seperti itu? Jawabnya ialah Nabi s.a.w. membuat perbandingan seperti itu semata-mata untuk menonjolkan sudut keserupaan yang telah berlaku dalam dua peristiwa berkenaan. Dalam kedua-dua peristiwa itu kehendak Allah jua yang menghentikan gajah Abrahah dan unta Nabi s.a.w. Kehendak Allah jugalah yang telah menghalang kedua-dua golongan tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh kerana sudut keserupaan di dalam perbandingan ini juga terang dan tidak ada apa-apa yang salah, maka perumpamaan di dalamnya tidak dianggap keji dan jelik.

Justeru Rasulullah s.a.w. sendiri telah membuat perumpamaan seperti itu di dalam sekian banyak hadits-haditsnya. Dengan itu dapatlah disimpulkan bahawa kekejian pada musyabbah bih (sesuatu yang diumpamakan dengannya) tidak menjejaskan keelokan musyabbah (sesuatu yang diumpamakan). 

¹⁴ Beberapa persoalan mungkin timbul di dalam kepala pembaca apabila sampai di sini.
Antaranya ialah: 
(1) Apakah itu malaikat? 
(2) Malaikat manakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di sini? 
(3) Apakah akan terjadi kepada malaikat apabila ia menjelma sebagai seorang manusia atau sesuatu benda yang lain? Para 'ulama' mutakallimin dan kebanyakan ulama' yang lain menta'rifkan malaikat dengan kata mereka:
الملانكة أجسام لطيفة نور انية تتثكل أى شكل أرادوا
Bermaksud: "Para malaikat itu adalah jisim halus daripada nuur (cahaya). Mereka boleh berupa dengan apa-apa rupa yang mereka kehendaki." 

Sesetengah 'ulama' berpendapat, perkataan di dalam hadits di atas seeloknya dipakai dengan ma'na jenis malaikat. Ini kerana berdasarkan beberapa hadits, malaikat Israfll dan malaikat bukit-bukau atau gunung-ganang juga pernah datang menemui Rasulullah s.a.w. Tetapi kebanyakan berpendapat, malaikat yang dimaksudkan di sini ialah malaikat Jibril. Kerana malaikat Jibril ditugas khusus untuk menyampaikan wahyu kepada para rasul, termasuk Rasulullah s.a.w. Sandaran mereka dalam perkara ini antara lainnya adalah firman Allah di dalam tiga ayat dari Surah asy-Syu'araa' ini:
Ash-Shu'ara' 26:193
نَزَلَ بِهِ ٱلرُّوحُ ٱلْأَمِينُ 
Ash-Shu'ara' 26:194
عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ ٱلْمُنذِرِينَ 
Bermaksud: ia (al-Qur'an) dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (malaikat Jibril yang amanah). (193). 
ke Dalam hatimu, supaya engkau (Muhammad) menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan (kepada umat manusia), (194). 
(ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang jelas. (195).

Kedatangan Israfil kepada Rasulullah s.a.w. pula kebanyakannya berlaku hanya di peringkat permulaan kenabian Baginda s.a-w. saluia. Itu pun bukanlah dengan tujuan menyampaikan wahyu, sama ada berupa al-Qur'an atau selainnya. Demikian juga dengan malaikat bukit-bukau atau gunung-ganang (ملك الجبال). la ditemui Rasulullah s.a.w. sekali sahaja setelah Baginda s.a.w, dianiayai penduduk Tha'if dengan teruk sekali. Ketika itu ia dan Jibril muncul di hadapan Rasulullah s.a.w. lalu ia meminta izin daripada Baginda s.a.w. untuk

41

Tiada ulasan:

Catat Ulasan