Isnin, Ogos 30, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 29(102)nota 16(463)

Daurah tafsir 2019 sesi 29(102)nota 16(463)

Zaman Diturunkan
Besar kemungkinan ia diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian, ketika itu da'wah secara terbuka telah pun bermula. Di dalam Surah at-Takatsur pemimpin-pemimpin Quraisy yang begitu materialistik dan cintakan dunia dikecam dengan teruk.

Perkaitan Surah At-Takatsur Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Qari'ah telah disebutkan bahawa amalan baik dan buruk manusia akan ditimbang, di dalam Surah at-Takatsur ini pula dinyatakan apa itu amalan baik dan amalan buruk. Dengan mengetahuinya manusia akan terhindar daripada neraka dan dapat masuk syurga.

2. Di dalam Surah al-'Asr akan datang selepas ini manusia diperintah supaya melakukan secepat mungkin 4 perkara supaya ia tidak kerugian.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan إلها، يُلهي ،ألهَى melekakan, melalaikan, melupakan, mengalihkan  perhatian.

2.Perkataan تَكَاثُر daripada bab تَفَاعُل  bererti berlumba-lumba memperbanyakkan harta dunia.

3.Perkataan عِلم اليَقِين  bererti ilmu yang penuh dengan keyakinan, tidak ada sebarang syak dan keraguan padanya,ilmu yang penuh dengan keyakinan hanya adapada orang-orang yang takut kepada Allah. عِلم اليَقِين boleh dicapai dengan memikirkan dan merenungi tanda-tanda dan dalil-dalil al-Qur'an, juga dalil-dalil آفاقي dan أنفسي.


4.Perkataan عِينُ اليَقِين keyakinan yang diperolehi seperti dilihat dengan mata kepala atau suatu hakikat yang telah disaksikan dan terbukti benar. Ilmu عِينُ اليَقِين akan diperolehi manusia setelah menyaksikan hari kiamat dengan mata kepalanya sendiri.

5. Manusia dalam kelekaannya hidup di dunia seringkali lupa, ia hanya tahu berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda dunia. Salah satu sebab utama manusia menjadi begitu ialah kerana tidak adanya kepercayaan kepada hari akhirat dan balasan baik dan buruk di hari akhirat.

6. Jika manusia mengetahui tentang neraka jahanam dengan ilmu yang penuh yakin nescaya ia tidak akan leka dalam  تَكَثُر berlumba-lumba memperbanyakkan harta kekayaan dunia.

7. Setelah mati, manusia akan disoal tentang ni'mat-ni'mat yang telah dikumiakan Allah kepadanya, neraka juga akan dapat dilihat dengan mata kepala عِينُ اليَقِين

463

Tiada ulasan:

Catat Ulasan