Selasa, Ogos 31, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 042)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 042)
____________
membinasakan mereka dengan menghempapkan dua buah bukit ke atas mereka. Tetapi  Nabi s.a.w. tidak mengizinkannya. Bukhari dan Muslim adalah antara tokoh hadits yang di dalam kitab mereka masing-masing. Lihatlah teksnya ini:
 حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُرْوَةُ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَتْهُ أَنَّهَا قَالَتْ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَلْ أَتَى عَلَيْكَ يَوْمٌ كَانَ أَشَدَّ مِنْ يَوْمِ أُحُدٍ قَالَ لَقَدْ لَقِيتُ مِنْ قَوْمِكِ مَا لَقِيتُ وَكَانَ أَشَدَّ مَا لَقِيتُ مِنْهُمْ يَوْمَ الْعَقَبَةِ إِذْ عَرَضْتُ نَفْسِي عَلَى ابْنِ عَبْدِ يَالِيلَ بْنِ عَبْدِ كُلَالٍ فَلَمْ يُجِبْنِي إِلَى مَا أَرَدْتُ فَانْطَلَقْتُ وَأَنَا مَهْمُومٌ عَلَى وَجْهِي فَلَمْ أَسْتَفِقْ إِلَّا وَأَنَا بِقَرْنِ الثَّعَالِبِ فَرَفَعْتُ رَأْسِي فَإِذَا أَنَا بِسَحَابَةٍ قَدْ أَظَلَّتْنِي فَنَظَرْتُ فَإِذَا فِيهَا جِبْرِيلُ فَنَادَانِي فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ سَمِعَ قَوْلَ قَوْمِكَ لَكَ وَمَا رَدُّوا عَلَيْكَ وَقَدْ بَعَثَ إِلَيْكَ مَلَكَ الْجِبَالِ لِتَأْمُرَهُ بِمَا شِئْتَ فِيهِمْ فَنَادَانِي مَلَكُ الْجِبَالِ فَسَلَّمَ عَلَيَّ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ فَقَالَ ذَلِكَ فِيمَا شِئْتَ إِنْ شِئْتَ أَنْ أُطْبِقَ عَلَيْهِمْ الْأَخْشَبَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

Bermaksud: 'Aaishah isteri Nabi s.a.w. meriwayakan bahawa beliau pernah bertanya Nabi s.a.w.: "Pernahkah berlalu kepadamu suatu hari yang lebih dahsyat daripada hari Uhud?" Jawab Nabi s.a.w.: Sesungguhnya aku telah menderita bermacam-macam kesusahan kerana kaummu. Tetapi (gangguan mereka) yang paling dahsyat pernah aku alami ialah pada hari 'Aqabah, ketika aku mengemukakan diriku (sebagai pesuruh Allah) di hadapan Ibni  Abdi Yaalil bin  Abdi Kulaal. Dia tidak menyambut baik seruanku. Setelah meninggalkannya aku keluar dalam keadaan sedih dan tidak tahu ke mana harus dituju. Aku baru sedar setelah berada di Qarni ats-Tsaalib. Di situ aku mendongak ke atas, lalu aku nampak segumpal awan telah pun menaungiku. Rupa-rupanya Jibril ada di dalamnya. Dia menyeru daku dengan katanya: "Sesungguhnya Allah telah mendengar apa kata kaummu kepadamu dan apa pula reaksi mereka terhadap seruanmu. Sekarang Dia mengutuskan malaikat bukit-bukau kepadamu. Engkau boleh menyuruhnya melakukan apa yang engkau mahu terhadap mereka. Malaikat buk'it-bukau itu lalu bersuara dengan memberi salam kepadaku (terlebih dahulu), kemudian dia berkata: Wahai Muhammad! Terpulang kepadamu. aku akan menurut saja apa kehendakmu. Kalau engkau mahu aku hempapkan dua buah bukit ini ke atas mereka, niscaya akan ku lakukannya,” Maka sahut Nabi s.a.w.: "Jangan, aku bahkan mengharapkan agar Allah mengeluarkan daripada sulbi-sulbi mereka orang-orang yang akan menyembah Allah se:nata-mata, orang-orang yang tidak akan menyengutukanNya dengan sesuatu apa pun. (Hadits riwayat Bukhari. Muslim, Ahmad. an-Nasaa'i. Abu dan at-Thabaraani di dalam alMuțjam al-Ausathnya).

Kemusykilan ketiga timbul memandangkan banyak sekali hadits Rasulullah s.a.w. łnenggambarkan saiz tubuh asal Jibra'il adalah sangat besar. Kedatangannya menyebabkan ufuk langit terlindung! Kalau begitu bagaimana pula dia boleh datang dalam rupa sekecil rupa manusia? Beberapa jawapan telah diberikan oleh para 'ulamak. Sebahagian daripadanya adalah seperti berikut: (1) Imamul Haramain berrpendapat. Jibril boleh menjelma dalam rupa sekecil rupa manusia itu setelah zawaa'idnya (bahagian-bahagian bukan utama daripada tubull asal) dilenyapkan. Setelah selesai menjalankan tugasnya, Allah akan menjadikan semula zawaa'idnya itu. Atau pun zawaa'id jibrail tidaklah dilenyapkan terus, ia cuma dipisahkan sahaja buat sementara waktu. Setelah selesai menjalankan tugas, Allah menyambung kembali apa yang telah dipisahkan sebelumnya. (2) Syeikh  Izzuddin bin Abdis Salaam berpendapat, zawaaa'id Jibril tidak dilenyapkan terus. Ia dipisahkan buat sementara ssaktu sahaja. (3) Hafiz Ibnu Hajar menukilkan pendapat gurunya Syekhul Islam al-Bulqiini. Kata beliau gurunya itu berpendapat  apabila Jibril menjelma dalam rupa seorang manusia,  dia sebenarnya masih kekal dengan dan kejadian asalnya. Bezanya ialah pada ketika itu dia mengecilkan tubuh asalnya sehingga kelihatan sebesar seorang rnanusia biasa sahaja. Setelah

42





Tiada ulasan:

Catat Ulasan