Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 055)
s.a.w. bertahannuts²¹ iaitu ber'ibadat (hanya) beberapa malam sebelum timbul keinginan yang kuat untuk pulang kepada ahlinya (anak isterinya), di samping berbekal
_______________
sebelum Allah s.w.t. menganugerahkan sesuatu yang amat besar di sebalik pengorbanan melalui hijrah dan penyendirian di Gua Hira'. Namun sesebuah anugerah yang baik hasil daripada tafakkur dan penyendirian hanya diberikan oleh Allah s.w.t. kepada orang-orang yang mempunyai niat dan hati suci sahaja. Sebaliknya jika seseorang yang mempunyai hati yang tidak baik bersendirian bukanlah sesuatu yang bermunafaat untuknya. Malah ada tersebut di dalam sebuah hadits bahawa syaitan akan mengambil kesempatan untuk meniupkan bisikan-bisikan jahat apabila sesaorang itu bersendirian. Antara faktor mengapa Nabi s.a.w. memilih sebuah gua yang berada di atas Bukit Hira' sebagai tempat Tahannuth Baginda ialah:
(1) Tempat yang sama juga pernah dijadikan sebagai tempat bertahannuts oleh datuk Nabi s.a.w. iaitu Abdul Mutalib.
(2) Seseorang yang inginkan ketinggian atau kelebihan dalam agama haruslah mengasingkan dirinya daripada aktiviti keduniaan, terutamanya dengan tinggal bersendirian demi merenung dan memikirkan kejadian Allah s.w.t. Setelah menyucikan diri daripada segala macam pengaruh dunia, barulah dia akan berjaya mendapat kebaikan di sebalik tindakan menyendiri seperti itu.
(3) Daripada jarak dan posisi gua tersebut Nabi s.a.w. dapat melihat bangunan Ka' bah dengan baik. Memandang Ka'bah juga merupakan satu ibadat. Ini bererti dengan berada di gua itu nabi s.a.w. dapat melakukan tiga perkara. Pertamanya ialah menyendiri.
Keduanya beribadat.
Ketiganya ialah memandang Ka'bah. Ini adalah pendapat Ibnu Abi Jamrah r.a.
(4) Jarak Gua Hira' yang berdekatan dengan Kota Mekah tidak akan menimbulkan sebarang kesangsian kepada penduduknya terhadap kebenaran yang akan dibawa oleh Nabi s.a.w. Ini kerana jika Nabi s.a.w. memilih suatu tempat yang tidak diketahui oleh penduduk Mekah, mereka pasti akan meragui sumber ajaran yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Selain daripada itu, jarak yang sederhanajauhnya itu memungkinkan Rasulullah s.a.w. pulang dengan segera jika ada sesuatu yang tidak diingini menimpa keluarga. Khadijah, isteri Baginda s.a.w. juga sekali-sekala dapat pergi ke gua iłu untuk memberikan apa-apa keperluan Baginda s.a.w.
²¹ Tahannuts mempunyai erti yang luas, tetapi perawi telah mentafsirkannya dengan وَهُوَ التَّعَبُّدُ اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ الْعَدَدِ
(beribadat beberapa malam). Tafsiran ini dibuat oleh Ibnu Shihab az-Zuhri dan disisipkan di dalam matan (teks) hadits tersebut. la bukannya tafsiran yang dibuat oleh 'Aisyah r.a. sendiri. Di dalam ilmu hadits sisipan daripada perawi seperti ini dipanggilمدرج من الراوي.
Perawi (Ibnu Shihab az-Zuhri) mentafsirkannya dengan 'beribadať supaya ma'nanya mudah difahami. Walau bagaimanapun, jika riwayat 'Aisyah r.a. yang asal dikekalkan, ma'na bagi perkataan Tahannuth akan menjadi lebih luas dan lebih fleksibel lagi. Kata akar bagi perkataan تَحَنَّث adalah حِنْث yang bermaksud dosa, keburukan, pelanggaran sumpah. kecenderungan kepada kebatilan, syirik dan perbuatan menyengutukan Allah. Dari sudut ilmu Sharf(morfologi). binaa ' atau mâna bagi perkataan ialah Izalah, salb atau Khuruj yang bermaksud menghilangkan, membuang, menjauhi atau keluar. Jadi maksud asal perkataan Tahannuth ialah menghilangkan. membuang, menjauhi atau keluar daripada ma'na kata akarnya iaitu dosa, keburukan dan sebagainya. Seperti perkataanتَأَثَّمَ yang juga bererti menghilangkan, membuang, menjauhi atau keluar daripada dosa. Kata akarnya ialah إِثْم (dosa). Namun di dalam sesetengah riwayat di tempat lafaz Tahannuth itu tersebut lafaz Tahannuf yang bermaksud cuba beribadat mengikut agama Hanif(agama tauhid) iaitu agama Nabi Ibrahim a.s. Orang-orang 'Arab sering juga menukarkan
55
Tiada ulasan:
Catat Ulasan