Selasa, September 28, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 062)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 062)

__________
Bukhari di dalam Tarikh Kabirnya, Baihaqi di dalam Syu'ab al-Imannya, at-Thabaraani. alHakim dan Abu Nu'aim di dalam Ma'rifatu as-Shahaabahnya). Adakah anda fikir orang yang telah menyebut huruf-huruf Alif, Laam dan Mim itu hanya tahu menyebutnya sahaja? Sementara rupa huruf-huruf itu tidak dia kenal pun?! Anda seorang yang sangat naif sekiranya berfikir begitu!! Bagaimana pula dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Anas r.a. dan dikemukakan Oleh Muslim ini? 
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدَّجَّالُ مَمْسُوحُ الْعَيْنِ مَكْتُوبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ ثُمَّ
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dajjaal itu cacat matanya. Tertulis di antara dua matanya "kafir". Kemudian Beliau s.a.w. mengejanya ك ف ر . Apa yang tertulis itu dapat dibaca oleh setiap orang muslim." Bolehkah seorang buta huruf mengeja sesuatu perkataan dengan menyebut huruf-huruf yang membentuk perkataan tertentu, padahal dia tidak tahu pun bagaimana rupa huruf-huruf itu kalau ditunjukkan kepadanya?! Sekiranya timbul pula persoalan dan kemusykilan tentang kenapakah Nabi s.a.w. tidak menulis sendiri al-Qur'an dan surat-surat Baginda, kalau Baginda s.a.w. memang pandai menulis. Bukankah Beliau s.a.w. sebaliknya melantik penulis-penulis Iain untuk mencatit surat-surat mahupun wahyu yang diterima dari Jibril? Persoalan ini sebenarnya tidak patut menimbulkan kemusykilan. Kerana bukankah raja-raja dan ketua-ketua negarajuga tidak menulis sendiri surat-surat mereka? Apakah itu bererti mereka tidak pandai menulis? Soal kenapa Rasulullah s.a.w. tidak menulis sendiri alQur'an, sama juga jawapannya dengan jawapan kepada kenapa Nabi s.a.w. tidak menulis suratsurat Baginda sendiri. Selain itu jika diperhatikan dua ayat yang akan penulis bawakan nanti, niscaya anda akan percaya bahawa Rasulullah s.a.w. memang telah pandai menulis selepas menerima wahyu pertama dan Baginda sendiri juga ada menulis al-Qur'an. Berdasarkan ayat-ayat itu orang-orang kafir juga telah mengetahui tentang perkara ini. Perhatikan betul-betul dua ayat Yang dimaksudkan itu di bawah ini: 
Al-Furqan 25:4
وَقَالَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِنْ هَٰذَآ إِلَّآ إِفْكٌ ٱفْتَرَىٰهُ وَأَعَانَهُۥ عَلَيْهِ قَوْمٌ ءَاخَرُونَۖ فَقَدْ جَآءُو ظُلْمًا وَزُورًا 
Al-Furqan 25:5
وَقَالُوٓا۟ أَسَٰطِيرُ ٱلْأَوَّلِينَ ٱكْتَتَبَهَا فَهِىَ تُمْلَىٰ عَلَيْهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا 
Bermaksud: dan orang-orang kafir berkata: "Al Quran ini tidak Iain hanyalah kebohongan yang diada-adakan Oleh Muhammad dan dia dibantu oleh kaum yang Iain"; Maka (dengan menuduh begitu) sesungguhnya mereka telah berbuat suatu kezaliman dan dusta yang besar(4). 
dan mereka berkata lagi: "(Al-Qur'an itu adalah) Cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala,  [ditulisnya dengan baik. la direncanakan (diimla'kan) kepadanya] pagi dan petang(5)
(Al-Furqaan:4-5). 

Bahagian yang bergaris di bawahnya atau [•••] itu bererti al-Qur'an itu direncanakan kepadanya supaya ditulisnya pagi dan petang. Bahagian yang bergaris di bawahnya itu boleh juga diterjemahkan begini: "dituliskannya, lalu direncanakan di hadapannya setiap pagi dan petang." Maksud "lalu direncanakan di hadapannya setiap pagi dan petang" ialah al-Qur'an itu direncanakan (diimla'kan) supaya ditulis para sahabat di bawah pengawasan Baginda s.a.w. Penulis sedar bahawa kebanyakan terjemahan al-Qur'an yang ada, berbeda terjemahannya dengan terjemahan yang dibuat penulis, terutamanya di bahagian yang bergaris di bawahnya itu. Tetapi jika direnungi dengan cermat tanpa terpengaruh dengan kefahaman yang tersebar dengan meluas di kalangan masyarakat, bahawa Nabi s.a.w. itu seorang buta huruf, anda insya' Allah akan mengutamakan terjemahan penulis. Ya. masing-masing terjemahan tetap memakai qaedah tertentu dan punya sandarannya sendiri. Cuma qaedah dan sandaran yang manakah lebih sesuai dan Iebih relevan untuk diguna pakai di sini. Itu saja masalahnya. Sebagai contoh dan untuk

62


Tiada ulasan:

Catat Ulasan