Selasa, September 28, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 30(110)nota 16(482)

Daurah tafsir 2019 sesi 30(110)nota 16(482)


Zaman Diturunkan
Surah an-Nashr diturunkan selepas hijrah, kerana itu ia disebut sebagai Surah Madaniyyah, padahal ia
diturunkan di Mina ketika Nabi s.a.w. mengerjakan haji wada'nya. Surah an-Nashr adalah surah lengkap
yang terakhir, ia diturunkan pada tahun ke-10 Hijrah sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w. Shahih
Muslim, Kitab at-Tafsir, hadits 7,731. Selepas itu ayat al-Qur'an yang turun kepada Rasulullah hanyalah
dalam bentuk beberapa ayat yang terpisah-pisah surahnya.
Di dalam surah ini Rasulullah s.a.w. diberitahu bahawa misi beliau sudah pun sempuma dan dalam masa yang hampir saja Baginda perlu bersiap sedia untuk meninggalkan dunia.

Perkaitan Surah An-Nashr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Kautsar, kebinasaan musuh-musuh Rasulullah telah pun diramalkan, di dalam Surah an-Kafirun pula Baginda diperintah supaya memutuskan terus hubungan dengan orang-orang kafir Quraisy, Surah an-Nashr ini pula membenarkan apa yang diramalkan sebelum itu, kemenangan yang dicapai adalah hasil daripada memutuskan hubungan dengan orang-orang kafir Quraisy. Perintah supaya tidak berkompromi dan bertolak ansur dengan orang-orang kafir Quraisy dalam perkara-perkara yang membabitkan aqidah itulah sebenarnya yang membawa kepada kemenangan Islam.

2. Di dalan Surah al-Lahab akan datang pula terdapat ramalan tentang kebinasaan dan kemusnahan salah seorang musuh utama Rasulullah iaitu Abu Lahab dan-isterinya.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan نَصْرٌ الله bererti kemenangan, ia hanya tercapai dengan pertolongan Allah, manusia tidak seharusnya
berlagak sombong dan takabbur apabila mendapat kemenangan.
2. Pembukaan Mekah berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-8 Hijrah, pada tahun ke-9 Hijrah ramai
sekali manusia telah masuk Islam. Tahun ke-9 Hijrah dipanggil عَامُ الوُفُود iaitu tahun Rasulullah s.a.w. dikunjungi oleh berbagai-bagai rombongan. Berbagai-bagai qabilah dalam bentuk rombongan-rombongan telah datang ke Madinah dan berbai'ah kepada Rasulullah. Dengan begitu, apa yang diramalkan 20 tahun sebelum itu di Mekah menjadi kenyataan di Madinah, Baginda dikurniakan الكَوثر
sekalian musuh-musuhnya pula telah binasa.
3. Surah ini menyatakan misi Baginda telah pun sampai ke kemuncak dan ke tahap kesempurnaannya,
oleh itu dalam masa yang hampir Baginda perlu meninggalkan dunia, kerana itu surah ini juga dipanggil
Surah  التّودِيع iaitu surah selamat tinggal.

482

Tiada ulasan:

Catat Ulasan