Jumaat, Oktober 01, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 423)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 423)

باب فَضْلِ مَنِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ: 
40 Bab: Kelebihan Orang yang menjaga Kesucîan Agamanya.³⁶⁵

___________________
tentulah di sana juga Ibrahim bin Hamzah meriwayatkannya dengan ringkas seperti di sini. Maka tidak benar sama sekali mengatakan az-Zuhri melakukannya. Sebenarnya yang melakukan kharm terhadap hadits Hiraql itu di sini ialah Imam Bukhari Bukhari sendiri.

³⁶⁵ Kesinambungan bab ini dengan bab sebelumnya menurut Hafiz al-Aini, terletak pada bab sebelum ini berbicara tentang iman, Islam, ihsan, kiamat dan alamat-alamatnya, bahawa semua Yang tersebut iłu termasuk dałam "Diin" iaitu ugama. Menjaga kesucian agama juga merupakan sebahagian daripada urusan agama dan ia juga melibatkan iman, Islam, ihsan dan lain-lain. Kalau begitu tidak syak lagi menjaga kesucian agama itu termasuk sebahagian daripada agama.

Para 'ulama' berbeda pendapat tentang maksud Bukhari mengadakan bab ini:
(1) Hafiz Ibnu Hajar berpendapat, "Imam Bukhari semacam hendak menyatakan bahawa sifat warak itu merupakan salah satu penyempurna dan pelengkap iman. Kerana itu beliau menjadikan bab ini sebagai salah satu bab di bawah Kitab al-lman.

(2)  Syeikhul Hind Maulana Mahmudul Hasan berkata, "Imam Bukhari melalui bab ke-37 iaitu:  باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ:  telah mengancam orang-orang Islam daripada terusmenerus melakukan mâshiat dan dosa. Melalui bab ini beliau naik setingkat lagi dengan menyatakan bahawa dalam usaha menjaga kesucian agama, kita semua perlu mengelak diri daripada perkara-perkara syubahat. Beliau juga secara halus mengingatkan bahawa jangan sekali-kali seseorang iłu berasa sedap hati melakukan ma'shiat, lantaran masih ada peluang untuk bertaubat. Ini kerana maîshiat, lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berterusan boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapat taufiq daripada Allah s.w.t. Termasuk juga tidak mendapat taufiq untuk bertaubat. Oleh itu, orang-orang Islam hendaklah sentiasa menjaga diri daripada melakukan dosa-dosa dan perkara-perkara syubahat demi menjaga kesucian agama dan kehormatannya."

(3)  Menurut Maulana Rasyid Ahmad Ganggohi, Imam Bukhari  melalui bab ini hendak menyatakan tahap dan darjat iman manusia itu tidak sama. Ini dapat dilihat pada sikap mereka yang berbeda-beda dałam menjaga kesucian agamanya. Dari itu dapatlah disimpulkan bahawa tahap dan darjat keimanan seseorang iłu memang berbeda-beda.

(4)  Syeikhul Hadits Maulana Zakariya berpendapat, melalui bab ke-37 iaitu:   باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ:    
Al Imam Bukhari telah mengancam orang-orang Islam daripada perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan mereka dalam keadaan mereka tidak sedar. Menerusi bab ini pula beliau mahu menunjukkan satu jalan ikhtiar supaya pahala amalan yang dibuat tidak terhapus. Jalannya ialah menjaga kesucian agama dengan mengelak diri daripada parkara-perkara syubahat.

(5)  Maulana Zakariya mengemukakan satu lagi pendapatnya bahawa mungkin juga bab ini diadakan Bukhari sebagai pelengkap bagi bab ke-39 sebelumnya. Di dalam hadits Jibril yang dikemukakan di bawah bab itu tersebut pertanyaan Jibril tentang ihsan dan jawapan Nabi s.a.w. kepada soalannya iłu. Bab ke-40 ini pula diadakan untuk memberi tahu jalan yang membawa

423

Tiada ulasan:

Catat Ulasan