Ahad, Oktober 31, 2021

Sahih bukhari kitab iman sesi 72 @32sssbBahagian 1

Sahih bukhari kitab iman sesi 72 @32sssb
Bahagian 1

باب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لاَ يَشْعُرُ: 
وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ مَا عَرَضْتُ قَوْلِي عَلَى عَمَلِي إِلاَّ خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ مُكَذَّبًا. 
وَقَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ أَدْرَكْتُ ثَلاَثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ، مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ.  
وَيُذْكَرُ عَنِ الْحَسَنِ مَا خَافَهُ إِلاَّ مُؤْمِنٌ، وَلاَ أَمِنَهُ إِلاَّ مُنَافِقٌ. وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ(ada yang kata taqwa) وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ}

Bab Kebimbangan  orang mu'min akan terhapus amalannya  dalam keadaan tidak sedar .  
 

Ibrahim Al Taimi³³⁰ berkata; Tidak aku rentangkan kata-kataku atas amalanku melainkan aku bimbang aku menjadi pendusta³³¹(atau didustakan). 

Ibnu Abi Mulaikah³³² berkata:
Aku bertemu  dengan  30 orang  sahabat Rasullah saw , semua mereka bimbang berlaku nifaq pada diri mereka.³³³ Tidak ada sesiapa pun dari mereka mengatakan bahawa dia berada diatas iman  Jibrail dan Mikail³³⁴. 

Dan  disebutkan  daripada Hasan bahawa beliau berkata tidak takut kepadanya (nifaq/Allah) kecuali orang mukmin. Dan tidak akan berasa aman (terhadap  nifaq dan Allah) kecuali orang  munafik³³⁵.

Dan³³⁶  bab ancaman daripada terus berperang dan melakukan kederhakaan tanpa bertaubat³³⁷ kerana firman Allah"وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Bermaksud dan mereka tidak berterusan atas apa yang mereka lakukan³³⁸ dalam keadaan mereka sedar"³³⁹.



48» حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا وَائِلٍ عَنِ الْمُرْجِئَةِ، فَقَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: سِباب الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ، وَقِتَالُهُ كُفْرٌ. 
48. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Ar'arah berkata, Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Zubaid berkata: Aku bertanya kepada Abu Wa'il tentang Murji`ah, maka dia menjawab: Telah menceritakan kepadaku Abdullah(bin Masud) bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "mencerca orang muslim adalah fasiq dan memeranginya adalah kufur".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan