Sabtu, Oktober 30, 2021

Tafsir quran dgn quran sesi 005s

Tafsir quran dgn quran sesi 005s

Ayat ke 5

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah ⁷dan hanya kepada
Hanya Engkaulah kami memohon pertolongan.⁸ [5]

⁸ Maksud وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ialah hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan berhubung dengan perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan makhlukMu dan hanya Engkau jualah yang berkuasa melakukannya. Beberapa firman Allah di dalam Al-Qur'an menyatakan apakah perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan makhluk dan hanya Allah jualah yang berkuasa melakukannya.

-Perbincangan وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
-pertolongan disini ialah pertolongan yg diluar kemampuan makhluk.
-ada pertolongan yg boleh diminta dengan manusia contoh minta air.ini bukan وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
-minta dapat  anak dan minta kesihatan contoh yang hanya boleh minta kepada Allah

-firman2 Allah yg memberitahu apakah perkara2 yg diluar kemampuan mahkluk  dan hanya Allah yg berkuasa  melakukannya
1.as syuara Ayat 79,80,81
2. Asy-Syura 42:28,49,50
3.Ar-Rum 30:37

Antaranya ialah firman Allah berikut;
Asy-Syu'ara' 26:79وَٱلَّذِى هُوَ يُطْعِمُنِى وَيَسْقِينِ
Asy-Syu'ara' 26:80وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
Asy-Syu'ara' 26:81وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحْيِينِ
Asy-Syu'ara' 26:82وَٱلَّذِىٓ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوْمَ ٱلدِّينِ

Bermaksud: Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum, (79)
- walau zahirnya manusia yang memberik makan
Apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)
(Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; (81)
- mematikan yang hidup, ambil sorang hidup boleh tetapi menghidupkan yang dah mati tidak boleh kelentung
Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; (82).
(asy-Syu'araa' :79-82).

Asy-Syura 42:49
لِّلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُۚ يَهَبُ لِمَن يَشَآءُ إِنَٰثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَآءُ ٱلذُّكُورَ
Asy-Syura 42:50
أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَٰثًاۖ وَيَجْعَلُ مَن يَشَآءُ عَقِيمًاۚ إِنَّهُۥ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Bermaksud: Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki (49)
atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa (50).
(asy-Syura:49-50).

Ar-Rum 30:37
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Bermaksud: Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
(ar-Ruum:37).

Asy-Syura 42:28
وَهُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ ٱلْغَيْثَ مِنۢ بَعْدِ مَا قَنَطُوا۟ وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُۥۚ وَهُوَ ٱلْوَلِىُّ ٱلْحَمِيدُ
Bermaksud: Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dialah Yang Maha Pelindung lagi MahaTerpuji.
(asy- Syura: 28).
-banyak dah berlaku tiba2 hujan selepas solat istisqaq

Adapun perkara-perkara yang pada adat(zahir)nya berada dalam kemampuan hamba-hamba Allah, maka tidaklah menjadi kesalahan memohon pertolongannya, kerana Allah berfirman:
Al-Ma'idah 5:2وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰۖ
Bermaksud: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa.
(al-Maa'idah:2).

Minit 18
Sir Sheik Ahmad Khan ...tafsir quran dengan quran yang salah

Kitab syalkid..
Ayat وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ adalah bahagian kedua ayat ke-5 Surah al-Fatihah.
-kenapa Ia disebutkan selepas' إِيَّاكَ نَعْبُد . Ini untuk mengisyaratkan bahawa manusia hendaklah bertawakkal hanya kepada Tuhan yang layak disembah, kerana Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar.
- bertawakal kepada yang tidak layak disembah tidak boleh.

Di tanganNya jua berada segala perkara dan urusan alam semesta.Hakikat ini dijelaskan oleh Allah pada beberapa tempat yang lain di dalam KitabNya(Al-Qur'an).

Di bawah ini juga sebahagian daripada ayat-ayat berkenaan:
1.Hud 11:123
وَلِلَّهِ غَيْبُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ ٱلْأَمْرُ كُلُّهُۥ فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Bermaksud: Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepadaNya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu lakukan.
(Huud: 123).
-bila sebut sembah tuhan terus disebut tawakal.فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ
- tawakal satu bentuk minta tolong dengan Allah.

2.At-Taubah 9:129
فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ
Bermaksud: Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "CukuplahAllah bagiku; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung."
- iniلَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُۖ

3.Al-Muzzammil 73:9
رَّبُّ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱتَّخِذْهُ وَكِيلًا
(Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung.
-tawakkal وَكِيلًا
Minit 31

4.Al-Mulk 67:29
قُلْ هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَاۖ فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ
Katakanlah, “Dialah Yang Maha Pengasih, kami beriman kepada-Nya dan kepada-Nya kami bertawakal. Maka kelak kamu akan tahu siapa yang berada dalam kesesatan yang nyata.”
-dalam quran banyak ditempat وَإِيَّاكَ diguna تَوَكَّلْنَاۖ

Ayat 6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Pimpinlah kami ke jalan yang lurus ⁹ [6]

Tafsiran jalan lurus.
Inilah jalanku yg lurus, Iaitu ajaran tuhan.

⁹ Jalan lurus yang dipinta supaya Allah memimpin kita kepadanya tersebut di dalam beberapa ayat di bawah ini.:

Al-An'am 6:151
قُلْ تَعَالَوْا۟ أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْۖ أَلَّا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔاۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًاۖ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُم مِّنْ إِمْلَٰقٍۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْۖ وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلْفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَۖ وَلَا تَقْتُلُوا۟ ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Bermaksud: Katakanlah: "Marilah ku bacakan apa yang diharamkan oleh Tuhanmu iaitu jangan mempersekutukan Nya dengan apa pun, berbuat baiklah kepada ibu bapa, janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka, janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak daripadanya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (menurut syari'at Islam). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.(151)
- jalan pertama: jangan sekutukan Allah.
-jalan kedua:berbuat baik kepada Ibubapa.
- jangan bunuh anak2
- jangan membunuh nyawa
-seperti wasiat.bercakap betul dan penting. Tuhan kata wasiat kerana ini perkara besar dan penting.

Al-An'am 6:152
وَلَا تَقْرَبُوا۟ مَالَ ٱلْيَتِيمِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُۥۖ وَأَوْفُوا۟ ٱلْكَيْلَ وَٱلْمِيزَانَ بِٱلْقِسْطِۖ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۖ وَإِذَا قُلْتُمْ فَٱعْدِلُوا۟ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰۖ وَبِعَهْدِ ٱللَّهِ أَوْفُوا۟ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik(untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri). Dan sempurnakanlah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesaorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil,sekalipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya).(152)
-Jgn hampiri atau ambil anak yatim kecuali cara yg baik.
-mesti berlaku adil atau buat keputusan dengan adil.
-Sempurnakan sukatan dan timbangan.
-Tunaikan janji dgn Allah. Inilah jln siroltalmustaqim.

Al-An'am 6:153
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.(153).
- Allah menyebutkan jalan yang lurus itu sebagai jalanKu. Ia pada hakikatnya adalah ajaran Islam.
-jalan lain seperti kapitalis atau sosialis.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka ¹⁰ bukan (jalan)mereka yang dimurkai ¹¹ dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat ¹² [7]

¹⁰ Siapakah orang-orang yang Allah telah kurniakan ni'mat kepada mereka? Di dalam Surah an-Nisaa' Allah menjelaskan siapa mereka.

Lihat ayat berkenaan di bawah ini:
An-Nisa' 4:69
وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِينَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَٰٓئِكَ رَفِيقًا
Bermaksud: Orang-orang yang taat kepada Allah dan RasulNya, mereka akan(ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan ni'mat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, orang-orang Shiddiqiin, orang-orang yang Syahid dan orang-orang yang saleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
(an-Nisaa':69)."

-siddiqin adalah  orang2 yang mengemaskan ajaran nabi2, menghidupkan,
menjadikan ajaran yang realistik.
Manakala syuhada adalah orang2 yg sanggup memperjuangkan ajaran nabi2  sampai sanggup tumpah darah.
Solehin pun juga ikut nabi tapi yang biasa2 tetapi masih selamat,
Kesimpulannya orang2 taat kepada Allah.

-tak mahu jalan orang tuhan murka .
-siapakah orang yang dimurkai itu,
-Jika diperhatikan ayat2 ini sememangnya mengenai orang yahudi.
- orang Yahudi dan orang berkelakuan seperti orang Yahudi.
-dalam sejarah banyak buat kesalahan. Bukan Bani Israel tetapi Yahudi atau yang berkelakuan seperti mereka.

¹¹ Yang dimaksudkan dengan mereka yang dimurkai ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang berkelakuan seperti mereka. Walaupun tidak disebutkan dengan jelas di sini siapa mereka, tetapi melalui sekian banyak ayat-ayat Al-Qur'an dapat dipastikan merekalah golongan yang paling menepatinya.

Ayat-ayat berikut adalah sebahagian contohnya:
Al-Baqarah 2:90
بِئْسَمَا ٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ أَن يَكْفُرُوا۟ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بَغْيًا أَن يُنَزِّلَ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦۖ فَبَآءُو بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍۚ وَلِلْكَٰفِرِينَ عَذَابٌ مُّهِينٌ
Bermaksud: Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengkufuri (mengingkari) apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari kalangan hamba-hambaNya. Maka mereka mendapat kemurkaan demi kemurkaan.Dan untuk orang-orang kafir ada azab siksaan yang menghinakan.
-di murkaiغَضَبٍۚ

Al-Ma'idah 5:60
قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ ٱلْقِرَدَةَ وَٱلْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ ٱلطَّٰغُوتَۚ أُو۟لَٰٓئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ
Bermaksud: Katakanlah: Mahukah aku khabarkan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya di sisi Allah daripada (orang-orang fasik) itu? Iaitu orang-orang yang dila'nat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang lurus.
-ini pun وَغَضِبَ

Al-A'raf 7:152
إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ ٱلْعِجْلَ سَيَنَالُهُمْ غَضَبٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَذِلَّةٌ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُفْتَرِينَ
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu,akan mendapat kemurkaan Tuhan dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar.
-ini pun غَضَبٌ

Ketiga-tiga ayat yang dikemukakan ini sememangnya mengenai orang-orang Yahudi.
-siyaq dan sibaqnya.
-dengkikan Nabi saw seorang Arab.
- sedangkan Yahudi sudah diberi nikmat oleh Allah
- dimurkaiغَضَب
- jika ada qamus quran
-cari perkataan غَضَبٌ dan pecahan2nya.

¹² Yang dimaksudkan dengan mereka yang sesat pula ialah orang-orang Nashara(Kristian). Buktinya dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini sebagai contohnya:

-juga tak mau jln sesat.
-yg dimaksudkan sesat pula adalah orang2 nasora.
Yakni kristian, buktinya boleh dilihat pada firman Allah sebagai contoh..

Al-Ma'idah 5:77
قُلْ يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ لَا تَغْلُوا۟ فِى دِينِكُمْ غَيْرَ ٱلْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓا۟ أَهْوَآءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا۟ مِن قَبْلُ وَأَضَلُّوا۟ كَثِيرًا وَضَلُّوا۟ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ
Bermaksud: Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu berlebih-lebihan(melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan ramai manusia, dan juga (sekarang)mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang lurus.

-contoh melampau dalam agama, contoh nak solat malam tak mahu tidur, pandai2 tambah..
-putus hubungan dengan  dunia.
-paling ramai penganut kristian didunia..
Nasora ini melampau dlm beragama ,nak kepada arah yg lebih.Dia nak lebih..
Contoh melampau dlm beribadah
Sahabat ada nak lebih beribadat.
Puasa tak mau buka
Solat tak mau tidur
Ini adalah cara nasoro.
Sampai tak bernikah..ini sudah terlajak..ini melampau...jgn ikut hawa nafsu dan sesat.
- kristian nombor satu paling ramai di dunia ini.
- tetapi sesat bukan nasoro shj.

Termasuk juga dalam firman Allah "mereka yang sesat" itu orang-orang kafir seumumnya dan orang-orang yang menyeleweng dan tersasul daripada jalan yang lurus.
Lihat firman Allah di bawah ini:
An-Nisa' 4:167
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ قَدْ ضَلُّوا۟ ضَلَٰلًۢا بَعِيدًا
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (agama Islam), benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya.
- ini bukan Nasora sahaja yang halang dari jalan Allah.

Aali-Imran 3:90
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَٰنِهِمْ ثُمَّ ٱزْدَادُوا۟ كُفْرًا لَّن تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلضَّآلُّونَ
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman,kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat merekadan mereka itulah orang-orang yang sesat.
- yang murtad pun sesat

An-Nisa' 4:116
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَٰلًۢا بَعِيدًا
Bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan(sesuatu) denganNya (syirik) dan dia mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Sesiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.
-syirik bukan Kristian sahaja.

Al-Ahqaf 46:5
وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّن يَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَن لَّا يَسْتَجِيبُ لَهُۥٓ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ وَهُمْ عَن دُعَآئِهِمْ غَٰفِلُونَ
Bermaksud: Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah (sembahan-sembahan) selain Allah, yang tiada dapat memperkenankan (doa)nya sampai hari kiamat, dan apa yang mereka sembah itu tidak sedar (tahu) pun tentang doanya.
- meminta kepada selain Allah.

Al-An'am 6:140
قَدْ خَسِرَ ٱلَّذِينَ قَتَلُوٓا۟ أَوْلَٰدَهُمْ سَفَهًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍ وَحَرَّمُوا۟ مَا رَزَقَهُمُ ٱللَّهُ ٱفْتِرَآءً عَلَى ٱللَّهِۚ قَدْ ضَلُّوا۟ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ
Bermaksud: Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anaknya kerana kebodohan lagi tidak berpengetahuan, dan mereka mengharamkan rezeki yang diberikan Allah, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.
- orang yang bunuh anak...pun termasuk
- sesiapa yang halang dari dapat anak
- gugurkan anak perempuan..sesat..

Minit 1jam 05minit

Al baqarah(lembu betina), surah yang ke2 diturunkan  di Madinah.

Ayat 1الم
Ayat 2ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Ayat 3الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Ayat 4وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Ayat 5أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Alif laam miim [1]
Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada sebarang keraguan padanya¹³(ia) petunjuk¹⁴ bagi mereka yang bertaqwa¹⁵ [2]
Iaitu orang-orang yang beriman (percaya)kepada perkara ghaib¹⁶ dan  mendirikan shalat¹⁷ serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan  kepada mereka¹⁸ [3]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu(Wahai Muhammad berupa al-Qur'an)¹⁹ dan apa yang diturunkan sebelummu²⁰  serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)²¹ [4]
Mereka²² itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya²³ [5]

1jam 12 65minit

Ayat 2ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada sebarang keraguan padanya¹³(ia) petunjuk¹⁴ bagi mereka yang bertaqwa¹⁵ [2]

- jika berhenti pada tempat berlainan maka makna juga berlainan.
- boleh selagi tidak salah

¹³ tentang ia adalah wahyu (kitab) yang diturunkan daripada Allah s.w.t. Hakikat ini disebutkan di tempat lain di dalam Al-Qur'an begini:.

As-Sajdah 32:2
تَنزِيلُ ٱلْكِتَٰبِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Bermaksud: Turunnya Al-Qur'an yang tidak ada sebarang keraguan di dalamnya,(adalah) dari Rabb (Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan) semesta alam.
-tiada keraguan dari segi turunnya.

Yunus 10:37
وَمَا كَانَ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانُ أَن يُفْتَرَىٰ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ ٱلَّذِى بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ ٱلْكِتَٰبِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Bermaksud: Dan bukanlah Al-Qur'an ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang keraguan pada Al-Qur'an itu tentang datangnya dari (Allah), Rabb (Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan) sekalian alam.
-tiada keraguan datang daripada Allah atau bukan direka oleh manusia.

¹⁴ Maksud petunjuk di sini ialah petunjuk khusus yang berguna dan berfaedah. Ia hanya berguna dan berfaedah kepada orang-orang yang bertaqwa.

Di tempat lain Allah berfirman begini:
Al-Ma'idah 5:16
يَهْدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِهِۦ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Bermaksud: Dengan kitab (Al-Qur'an) itulah Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan kepada sesiapa yang mengikuti keredhaanNya, dan (dengannya) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (keimanan) yang terang benderang dengan izinNya, dan (dengannya juga) Allah memimpin mereka kejalan yang lurus.

Memanglah Al-Qur'an itu diturunkan sebagai petunjuk bagi sekalian   manusia هُدَى لِّلِنَّاسِ seperti tersebut di dalam ayat 185 Surah al-Baqarah, tetapi yang benar-benar dapat mengambil menafa'at daripadanya hanyalah orang-orang yang bertaqwa. Sifat-sifat orang-orang bertaqwa yang berguna dan berfaedah Al-Qur'an kepadanya dikemukakan oleh Allah dalam dua ayat seterusnya.
- petunjuk hanya untuk orang-orang yang bertaqwa sahaja.
- tak kena baca atau tak ikut cara  juga tak dapat sebab itu kena belajar.

¹⁵ Di sini dengan jelas disebutkan bahawa Al-Qur'an itu memang merupakan petunjuk yang berguna dan berfaedah kepada orang-orang yang bertaqwa. Maka secara tersirat (berdasarkan mafhum mukhalafah atau dalil khithabnya) dapat disimpulkan bahawa Al-Qur'an bukan petunjuk bagi orang-orang yang tidak bertaqwa. Malah kadang-kadang ia menambahkan lagi kekufuran, kerugian dan penyakit jiwa manusia.Kebenaran mafhum yang tersirat ini dapat dilihat pada beberapa firman Allah berikut:

Fushshilat 41:44
وَلَوْ جَعَلْنَٰهُ قُرْءَانًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا۟ لَوْلَا فُصِّلَتْ ءَايَٰتُهُۥٓۖ ءَا۬عْجَمِىٌّ وَعَرَبِىٌّۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هُدًى وَشِفَآءٌۖ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًىۚ أُو۟لَٰٓئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍۭ بَعِيدٍ
Bermaksud: Dan kalaulah Al-Qur'an itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing,tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)?" Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Qur'an,tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).
-jadi penawar untuk orang yang beriman atau  bertaqwa sahaja. Tetapi tetap tidak berguna kepada orang tidak bertaqwa.
- orang yang tidak beriman tiada faedah.
- mafhum mukhalafah atau dalil khitob, bila tuhan kata petunjuk kepada orang yang bertaqwa bermakan ada juga orang tidak bertaqwa. Bermakna orang-orang yang tidak bertaqwa sebaliknya,secara tersirat.
- kedua-dua pihak ada tetapi yang tak dapat faedah orang yang jiwanya jahat seperti diberitahu dalam ayat ini وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَٰسِقِينَ

Al-Baqarah 2:26

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَسْتَحْىِۦٓ أَن يَضْرِبَ مَثَلًا مَّا بَعُوضَةً فَمَا فَوْقَهَاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْۖ وَأَمَّا ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَيَقُولُونَ مَاذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِهَٰذَا مَثَلاًۘ يُضِلُّ بِهِۦ كَثِيرًا وَيَهْدِى بِهِۦ كَثِيرًاۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦٓ إِلَّا ٱلْفَٰسِقِينَ
Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman, mereka tahu bahwa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, “Apa maksud Allah dengan perumpamaan ini?” Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang dibiarkan-Nya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberi-Nya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan (perumpamaan) itu selain orang-orang fasik,

- orang yang nak kebaikan, nak keadilan, nak kedamaian semua yang molek dia akan nampak quran ni comel
-secara tersirat , alquran bukan petunjuk bagi orang-orang yang tidak bertaqwa malah ia menambahkan lagi kekufuran.
- contoh, ubat walau penawar mesti digunakan secara betul dan baik

Al-Isra' 17:82
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Bermaksud: Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan ia (Al-Qur'an itu) tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
-penawar untuk almuttaqin itu adalah orang yang bertaqwa.
-orang zalim adalah orang ada syirik tak dapat apa.

At-Taubah 9:124
وَإِذَا مَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِۦٓ إِيمَٰنًاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَزَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
Bermaksud: Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Qur'an), maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).
-orang yang akan dapat manfaat sebanyak- banyaknya.

At-Taubah 9:125
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كَٰفِرُونَ
Dan adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, maka surah Al-Qur'an itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran(kufur) yang sedia ada pada mereka dan mereka mati dalam keadaan kafir.(125).
-

Al-Ma'idah 5:64
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغْلُولَةٌۚ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا۟ بِمَا قَالُواۘ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَٰنًا وَكُفْرًاۚ وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوْقَدُوا۟ نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسْعَوْنَ فِى ٱلْأَرْضِ فَسَادًاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ
Bermaksud: Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil,kikir), tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (ni'mat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan ramai dari kalangan mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
-ada manusia akan bertambah kekufuran dengan alquran
-iaitu orang tidak bertaqwa yang melakukan kerosakan atau kezaliman di muka bumi, alquran  menyebabkan mereka tambah derhaka


Sambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan