Isnin, November 08, 2021

K999.Ibu Tanpa Sedar Cepat Sangat Marah Anak. Cara Ini Bantu Perbetulkan Silap Kita!

K999.Ibu Tanpa Sedar Cepat Sangat Marah Anak. Cara Ini Bantu Perbetulkan Silap Kita!

Bila jadi mak ni kuat sangat kita marah tanpa kita sedar kan? Bila dah lepaskan kemarahan barulah menyesal. Malam-malam masa anak tidur kucup dahi anak sambil minta maaf dekat mereka. Tapi akan datang tetap buat lagi kan?

Selalu kita idamkan esok nak berubah nak jadi ibu yang fun dengan anak-anak, tapi realiti bila tiba hari esok, kita tetap sama, tetap marah, kecewa dan penat.


Kenapa seorang ibu selalu marah-marah?
1.tak cukup tidur.
2.zero time untuk diri sendiri.
3.duduk dalam rumah terlalu lama.
4.mempunyai hubungan suamiisteri yang tidak mengembirakan,
5.buat semua benda untuk semua orang.
6. Tak sempqt manjakan tubuhbadan dan kulit wajah
7.terpaksa buat perkara diluar kemampuan

Ramai ibu yang struggle dengan parenting anger ni. Tapi serius bagitau, bila kita pemarah bukan bermaksud kita ni bad mom. Cuma kita sedang berada dalam parenting trenches.

Dalam sangat-sangat sehinggalah kita perlu korek semula diri kita yang tengelam ke dasar ni supaya timbul ke atas. Tapi bagaimana?

Know Your Triggers

Tahu perkara apa yang membuatkan api kemarahan kita tercetus dan cuba atasi. Macam saya, saya selalu rasakan terlalu buat banyak perkara untuk semua. Sehinggalah saya penat. Bila penat memang mudahlah api kemarahan meletus, dan larva kemarahan ini mengalir dekat anak-anak sebab mereka yang paling hampir dengan saya.

Jadi saya berbincang dengan suami, mula minta bantuan beliau apa yang saya tidak mampu buat. Dengan orang lelaki ni kita kena berterus terang je, tak perlu pusing sana, pusing sini.

Sebab mereka ni sangat sukar untuk memahami apa yang cuba kita nak sampaikan melalui raut wajah, nada suara mahupun ekspresi. Terus luahkan kepada suami tahap kepenatan kita dan minta bantuan mereka. InsyaAllah suami yang baik akan tolong pelihara mental isteri dan hulurkan bantuan.

Selain itu, saya utamakan priority pekerjaan atau aktiviti apa yang paling penting untuk dibuat. Sebab sebelum ini saya ingat diri ini boleh multi tasking, paksa diri sehingga penat dan lepas tu tiada masa untuk diri sendiri.


Untuk setiap ibu trigger kemarahan kita berbeza. Tapi cubalah kenal pasti dan fikir alternatif untuk atasi. InsyaAllah kita dapat mengawal kemarahan kita dan lebih happy bersama anak-anak.

” Angry doesn’t solve ANYTHING . It builds NOTHING, but it can destroy EVERYTHING”

#tipsparentinghanis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan