Sabtu, November 13, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 070)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 070)

_____________
itu. Orang-orang yang buta huruf dan buta angka juga dapat mengetahui dan menentukan bila bulan puasa bermula dan berakhir misalnya, semata-mata berpandukan sabda Baginda s.a.w. itu. la sama sekali tidak bermaksud menganjurkan umat Islam agar selesa dalam keadaan buta huruf dan buta angka. Tidak juga ia menafikan kepentingan ilmu Falak, Hai'ah, Matematik, Kesusasteraan dan lain-lain dałam kehidupan umał Islam. Ilmu-ilmu itu tetap diperlukan oleh semua manusia, tidak kira apa bangsa dan agamanya.

²⁷ Perkataan فَغَطَّنِى bermaksud menekanku, bukan memelukku sebagaimana yang diterjemahkan oleh sesetengah penterjemah. Kerana perkataan yang lebih tepat untuk diterjemahkan dengan erti memeluk adalah فضمّنى إلى صدره. 'Tekanan' mempunyai pengertian yang luas. la boleh bermaksud tekanan secara fizikal iaitu Jibril menekan tubuh Nabi s.a.w. ataupun secara mental iaitu tekanan dałam bentuk desakan terhadap perasaan Baginda. Lalu desakan yang kuat daripada Jibril tersebut telah membuatkan Nabi s.a.w. kehabisan daya dan upaya. Motif di sebalik Jibril memulakan pengajarannya dengan menekan Nabi s.a.w., bukan dengan cara yang lebih lembut atau mesra telah di bahas oleh para ulama'. Antara kesimpulan yang dibuat para 'ulama' daripada tindakan agresif Jibril tersebut ialah: 
(1) Proses pembelajaran seharusnya mengandungi sedikit tekanan dan kesukaran. Tanpa tekanan matlamat yang disasarkan oleh seseorang pelajar tidak akan dapat dicapai dengan baik. Keadaan terlalu selesa mungkin tidak begitu sesuai untuk sesetengah pelajar. 
(2) Tekanan yang diberikan hendaknya dałam kadar-kadar yang sesuai untuk membangkitkan semangat pelajar. 
(3) Tindakan Jibril a.s. itu mencerminkan proses pengajian seharusnya melalui latihan dan ketahanan yang kuat bagi menempuh segala dugaan dan tekanan dalam pengajian. (4) Keadaan tekanan yang diperlukan untuk seseorang pelajar mencapai kejayaan tentulah berbeza-beza, sesuai dengan situasi dan kedudukannya. Antara tekanan yang boleh membawa kepada kejayaan seseorang pelajar atau kemerosotannya ialah masalah kewangan. Berapa ramai pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi terkandas dałam pelajarannya hanya kerana dihimpit masalah kewangan. Tekanan juga boleh muncul dalam bentuk tugasan dan sebagainya. Kadang-kadang seseorang pelajar itu hanya akan menunjukkan potensinya bila menerima tekanan dałam bentuk paksaan untuk menyiapkan sesebuah tugasan. 
(5) Mengosongkan jiwa nabi s.a.w. dan memalingkannya daripada dunia. 
(6) Mengisyaratkan kepada nabi s.a.w. bahawa Baginda akan dibebankan dengan bebanan tanggungjawab yang besar dan akan diturunkan kepada Baginda wahyu yang berat secara berterusan selepas itu. 
(7) Menarik perhatian nabi s.a.w. kepada ketidakmampuan Baginda membaca walaupun disuruh berkali-kali. Akan tetapi dengan kuasa dan limpah kurnia Allah, Baginda s.a.w. akan dapat membaca dan menulis dengan baik. 
(8) Menyatakan bahawa apa yang dialami dan disaksikan oleh nabi s.a.w. dałam peristiwa iłu bukan suatu khayalan dan ilusi. Malah ia merupakan suatu kenyataan yang berlaku kepada seseorang dalam keadaan penuh sedar. 
(9) Pemindahan kuasa (daya) daripada Jibril a.s. kepada Baginda s.a.w. yang menimbulkan keserasian sifat dan konsentrasi (نسبة) luar biasa di dałam jiwa Baginda s.a.w. Manakala tindakan Jibril a.s. menekan Nabi s.a.w. sebanyak tiga kali juga mempunyai maksud simbolik dan isyarat yang tersendiri. Antara maksud-maksudnya yang telah disimpulkan oleh para 'ulama' ialah:
(1) Nabi s.a.w. akan menghadapi tiga peringkat tekanan daripada kaumnya di sepanjang perjuangan Baginda, iaitu: (i) Penolakan penduduk Mekah terhadap seruannya di samping tekanan dan penganiayaan mereka terhadap Baginda dan pengikut-pengikut Baginda. 
(ii) Di peringkat kedua, Nabi s.a.w. akan menghadapi tindakan penduduk Mekah yang merancang untuk membunuhnya. (iii) Di peringkat

70

Tiada ulasan:

Catat Ulasan