Tafsir quran dgn quran sesi 008s
Al-Baqarah 2:17
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَٰتٍ لَّا يُبْصِرُونَ
Al-Baqarah 2:18 صُمٌّۢ بُكْمٌ عُمْىٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Al-Baqarah 2:19
أَوْ كَصَيِّبٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَٰتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَٰبِعَهُمْ فِىٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ ٱلصَّوَٰعِقِ حَذَرَ ٱلْمَوْتِۚ وَٱللَّهُ مُحِيطٌۢ بِٱلْكَٰفِرِينَ
Al-Baqarah 2:20
يَكَادُ ٱلْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَٰرَهُمْۖ كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوْا۟ فِيهِ وَإِذَآ أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا۟ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَٰرِهِمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Al-Baqarah 2:21
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Al-Baqarah 2:22
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Perumpamaan (keadaan) mereka (golongan munafiq itu) adalah seperti orang yang menyalakan api, apabila api itu menerangi sekelilingnya ⁴²,(tiba-tiba) Allah padamkan api (yang menerangi) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (suatu apa pun).⁴³ [17]
Mereka pekak, bisu dan buta⁴⁴ dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali(kepada kebenaran).⁴⁵ [18]
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,⁴⁶ disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari-jari mereka ke dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir, kerana takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan)Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.⁴⁷[19]
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; setiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apablla gelap menyelubungi mereka,berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya).⁴⁸ Jika Allah menghendaki, niscaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka;sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.[20]
Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu daripadamu⁴⁹ supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [21]
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit,⁵⁰ lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu; maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah,⁵¹ padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa⁵² [22]
Minit 3
Al-Baqarah 2:17
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّآ أَضَآءَتْ مَا حَوْلَهُۥ ذَهَبَ ٱللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِى ظُلُمَٰتٍ لَّا يُبْصِرُونَ
Perumpamaan (keadaan) mereka (golongan munafiq itu) adalah seperti orang yang menyalakan api, apabila api itu menerangi sekelilingnya ⁴²,(tiba-tiba) Allah padamkan api (yang menerangi) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat (suatu apa pun).⁴³ [17]
⁴²mereka tidak mempedulikannya, mereka tidak berasa perlu pun kepadanya,sehinggalah ia terpadam dengan tiba-tiba.
⁴³ Demikianlah keadaan orang-orang munafiq yang menyaksikan kebenaran ajaran Allah di sebalik ayat-ayatNya yang terang-benderang dan hujah-hujahNya yang kuat,namun mereka tidak mempedulikannya. Sebagai akibatnya, Allah tidak mempedulikan mereka.
- bila Allah tak peduli akan sesat sesatnya.
Lihatlah akibat buruk sikap mereka pada firman Allah berikut
At-Taghabun 64:6
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُۥ كَانَت تَّأْتِيهِمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَقَالُوٓا۟ أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا فَكَفَرُوا۟ وَتَوَلَّوا۟ۚ وَّٱسْتَغْنَى ٱللَّهُۚ وَٱللَّهُ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
Bermaksud: (Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, tetapi mereka berkata: "Patutkah manusia (yang seperti kami menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?" Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran), (akibatnya) Allah tidak mempedulikan mereka. (Kerana) Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
- manusia dapat petunjuk tetapi jika tak dipedulikan Allah juga akan tidak mempedulikan manusia. Allah Maha Kaya.
-bila Allah bagi cahaya ambillah.
Al-Baqarah 2:18 صُمٌّۢ بُكْمٌ عُمْىٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ
Mereka pekak, bisu dan buta⁴⁴ dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali(kepada kebenaran).⁴⁵ [18]
⁴⁴ Zahir firman Allah ini menunjukkan orang-orang munafiq itu memang bersifat dengan pekak, tuli dan buta pada fizikalnya. Tetapi di tempat lain di dalam Al-Qur'an Allah menjelaskan bahawa pekak, tuli dan buta itu bukanlah pada fizikal mereka, sebaliknya kerana tidak bergunanya deria pendengaran, penglihatan dan hati mereka dalam menerima kebenaran. Maka mereka laksana orang-orang bisu, tuli dan buta yang tidak berguna kepada mereka segala deria yang tersebut itu.
- buta mata hati.
- tuli pun begitu.
- ini akibat munafik atau kafir.
- bila tidak ambil manfaat jadi sia-sia.
Lihatlah maksud sebenarnya pada firman Allah ini
Al-Ahqaf 46:26
وَلَقَدْ مَكَّنَّٰهُمْ فِيمَآ إِن مَّكَّنَّٰكُمْ فِيهِ وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا وَأَبْصَٰرًا وَأَفْـِٔدَةً فَمَآ أَغْنَىٰ عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ وَلَآ أَبْصَٰرُهُمْ وَلَآ أَفْـِٔدَتُهُم مِّن شَىْءٍ إِذْ كَانُوا۟ يَجْحَدُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ
Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka(dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Mekah), dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati; dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka, kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
-bila tidak digunakan maka seperti tiada.
-manusia tidak seperti binatang.
Rahsia mereka menjadi pekak, tidak dapat mendengar kebenaran, bisu, tidak dapat berkata benar, dan buta, tidak nampak kebenaran pula, telah didedahkan oleh Allah di
dalam ayat di bawah ini sebab-sebabnya:
Al-A'raf 7:179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ
Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam ramai dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Minit 19
- makhluk mukalaf jin dan manusia.
-kita tak tahu kenapa sesaorang jadi ahli neraka seperti mana kenapa sebiji kelapa ada yang dijadikan sabut bukan santan.
-tetapi buah kelapa tiada pilihan.
-manusia ada pilihan dan akal.
- malaikatpun tiada pilihan , dia hanya pandai yang baik.
- lalat hanya boleh pilih yang busuk
-mereka seperti binatang ternak malah lebih lagi.
Mereka pekak, bisu dan buta⁴⁴ dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali(kepada kebenaran).⁴⁵ [18]
⁴⁵ Kerana kemampuan untuknya telah hilang terus daripada mereka. Itulah yang dimaksudkan oleh Allah di dalam ayat berikut:
At-Tin 95:5ثُمَّ رَدَدْنَٰهُ أَسْفَلَ سَٰفِلِينَ
Bermaksud: Kemudian Kami kembalikannya ke serendah-rendah tahap orang-orang yang rendah.
- malaikat kagum kepada manusia.
Al-Baqarah 2:19
أَوْ كَصَيِّبٍ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ فِيهِ ظُلُمَٰتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَٰبِعَهُمْ فِىٓ ءَاذَانِهِم مِّنَ ٱلصَّوَٰعِقِ حَذَرَ ٱلْمَوْتِۚ وَٱللَّهُ مُحِيطٌۢ بِٱلْكَٰفِرِينَ
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,⁴⁶ disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari-jari mereka ke dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir, kerana takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan)Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.⁴⁷[19]
- langit itu kukuh sekali
-kadang-kadang langit diberitahu ada pintu tak boleh masuk sesuka hati
- langit berkait dengan hujan, maksudnya awan.
⁴⁶ Maksud langit (السماء)di dalam Al-Qur'an apabila dikaitkan dengan hujan yang turun darinya ialah awan. Hakikat ini dapat dilihat pada beberapa firman Allah berikut
An-Naba' 78:14 وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلْمُعْصِرَٰتِ مَآءً ثَجَّاجًا
Bermaksud: dan Kami turunkan dari awan air (hujan) yang banyak mencurah-curah.
- perkataan ٱلْمُعْصِرَٰتِbermakna perah
Al-Waqi'ah 56:68 أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ
Bermaksud: Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
Al-Waqi'ah 56:69 ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ
Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?
(68)Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yangmenurunkannya?
-perkataan ٱلْمُزْنِ awan
-dalam ayat lain disebutٱلسَّحَابَ ٱلثِّقَالَ awan tebal atau berat
Ar-Ra'd 13:12 هُوَ ٱلَّذِى يُرِيكُمُ ٱلْبَرْقَ خَوْفًا وَطَمَعًا وَيُنشِئُ ٱلسَّحَابَ ٱلثِّقَالَ
Dialah yang memperlihatkan kilat kepadamu, yang menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia menjadikan mendung.
-semua tentang hujan.
Ar-Rum 30:48
ٱللَّهُ ٱلَّذِى يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُۥ فِى ٱلسَّمَآءِ كَيْفَ يَشَآءُ وَيَجْعَلُهُۥ كِسَفًا فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَٰلِهِۦۖ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦٓ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
Bermaksud: Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langitsebagaimana yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok; Ialu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabilaAllah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira.
- sifat-sifat awan yang Allah sebut.
- ada kitab yang sebut bukan-bukan tentang hujan dan kata mereka ahlu sunnah, dan yang sesuai dengan sains dikata Muktazilah.
- hanya yang taksub tuduh Muktazilah.
- ada ke dalil hujan dari syurga?
- jadi dakwaan merepek itu memalukan sahaja .
- cuma jangan keliru dengan peristiwa Nabi naik kelangit sehingga ke Sidratilmuntaha. Jadi hujan ni dari situ ke? Jangan . Jelas dalam quran hujan dari awan. Dan awan tidak jauh dari kita 15000kaki kelangit awan dibawah kaki kita.
- Tuhan beritahu awan itu langit, maka kita kena terima walaupun bukan itu sahaja yang ada seperti jirim-jirim yang ada di cekrawala yang semuanya termasuk langit. Dan yang dekat adalah awan.
Al-A'raf 7:57
وَهُوَ ٱلَّذِى يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ بُشْرًۢا بَيْنَ يَدَىْ رَحْمَتِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَٰهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ ٱلْمَآءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ ٱلْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Bermaksud: Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakannya ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Begitulah Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu mengambil pelajaran daripadanya.
An-Nur 24:43
أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُزْجِى سَحَابًا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيْنَهُۥ ثُمَّ يَجْعَلُهُۥ رُكَامًا فَتَرَى ٱلْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَٰلِهِۦ وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن جِبَالٍ فِيهَا مِنۢ بَرَدٍ فَيُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَيَصْرِفُهُۥ عَن مَّن يَشَآءُۖ يَكَادُ سَنَا بَرْقِهِۦ يَذْهَبُ بِٱلْأَبْصَٰرِ
Bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Dia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
- langit ada awan atau yang berada diatas kita.
- hujan datang dari awan.
- tafsir saintifik.
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,⁴⁶ disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jari-jari mereka ke dalam telinga masing-masing disebabkan bunyi petir, kerana takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan)Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.⁴⁷[19]
KursiNya meliputi langit dan bumiوَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَۖ
-kursi = sistem alam.
-kursi atau asry
- meliputi kekuasaanNya dan pengetahuanNya
- sebut meliputi sebagai ancaman
Al-Baqarah 2:255
ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahahidup, Yang terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Mahatinggi, Mahabesar.
⁴⁷ Pengetahuan dan kekuasaan Allah dikatakan meliputi orang-orang yang kafir secara khusus di sini, semata-mata untuk mengancam mereka. Kerana ilmu dan kuasa (yang meliputi) Allah bukan sahaja meliputi mereka, malah meliputi sekalian makhluknya. Bukti kekuasaan Allah meliputi sekalian makhluknya ialah firman Allah ini:
Minit 42
Ya Sin 36:83
فَسُبْحَٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Bermaksud: Maka Maha Suci (Allah)kekuasaaan atas segala sesuatu dan pada-Nya-lah kamu dikembalikan.
Bukti bahawa kekuasaan Allah dan ilmunya meliputi segala sesuatu juga dapat dilihat pada firman Allah berikut:
At-Thalaq 65:12
ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍ وَمِنَ ٱلْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ ٱلْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ ٱللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَىْءٍ عِلْمًۢا
Allah yang menciptakan tujuh langit dan (Dia menciptakan) bumi juga serupa. Perintah Allah berlaku terus-menerus diantara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.
- isim fail kepada أَحَاطَ, Allah meliputi محبط
- yang meliputi kuasa dan ilmunya.
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; setiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apablla gelap menyelubungi mereka,berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya).⁴⁸ Jika Allah menghendaki, niscaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka;sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.[20]
⁴⁸ Sebagaimana orang-orang yang ditimpa hujan lebat dari langit, disertai gelap-gelita dan guruh serta kilat kebingungan, begitulah orang-orang munafiq kebingungan dalam Islam. Allah berfirman tentang mereka di dalam ayat lain begini:
Al-An'am 6:71
قُلْ أَنَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُنَا وَلَا يَضُرُّنَا وَنُرَدُّ عَلَىٰٓ أَعْقَابِنَا بَعْدَ إِذْ هَدَىٰنَا ٱللَّهُ كَٱلَّذِى ٱسْتَهْوَتْهُ ٱلشَّيَٰطِينُ فِى ٱلْأَرْضِ حَيْرَانَ لَهُۥٓ أَصْحَٰبٌ يَدْعُونَهُۥٓ إِلَى ٱلْهُدَى ٱئْتِنَاۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰۖ وَأُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Bermaksud: Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfa'at kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudharat kepada kita dan (patutkah) kita kembali (berundur) kebelakang (menjadi kafir musyrik), setelah kita diberi petunjuk oleh Allah (dengan agama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di pesawanganyang menakutkan dalam keadaan bingung, sedang dia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya kepada petunjuk (dengan berkata kepadanya): "Marilahbersama-sama kami." Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yangmemelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
Allah mengumpamakan Al-Qur'an dan hidayat yang diturunkanNya dengan hujan lebat yang turun dari langit dan kilat di dalam ayat ke-19 dan ke-20. Ia adalah perumpamaan yang dibuat Allah untuk menggambarkan kecelaruan jiwa orang-orang munafiq dalam menghadapinya. Di satu pihak mereka gembira dengan hujan lebat yang turun dan kilat yang menerangi mereka dengan sinar cahayanya, di pihak yang lain pula mereka ketakutan yang amat sangat kerana berada dalam gelap gelita dan sedang menghadapi guruh, petir serta halilintar yang sabung menyabung tanpa henti. Demikianlah keadaan jiwa orang-orang munafiq, mereka hanya bergembira dengan ayat-ayat Al-Qur'an yang sesuai dengan keinginan dan kehendak hati mereka disamping menguntungkan mereka sahaja. Ayat-ayat yang tidak bersesuaian dengan kehendak hati mereka dan menuntut pengorbanan serta kesetiaan pula tidak diendahkan, malah mereka berpaling terus daripadanya.
-ini munafik yang sebenar.
Sikap mereka itulah yang didedahkan oleh Allah melalui dua firmanNya di bawah ini:
An-Nur 24:48
وَإِذَا دُعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ
An-Nur 24:49وَإِن يَكُن لَّهُمُ ٱلْحَقُّ يَأْتُوٓا۟ إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ
Bermaksud: Apabila mereka diajak kepada Allah (Kitab Allah) dan Rasulnya (Sunnah RasulNya) supaya menjadi hakim dalam mengadili (sesuatu perkara) di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling (menolak ajakan itu jika keputusannya tidak menguntungkan mereka).(48)
Dan (sebaliknya) jika keputusan itu menguntungkan mereka, mereka segera datang kepada Rasul dengan patuh (menerima hukumnya).(49).
Al-Hajj 22:11
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعْبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍۖ فَإِنْ أَصَابَهُۥ خَيْرٌ ٱطْمَأَنَّ بِهِۦۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةَۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْخُسْرَانُ ٱلْمُبِينُ
Bermaksud: Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa ujian kesusahan, berbaliklah dia ke belakang(kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia di dunia dan di akhirat.Itulah kerugian yang terang nyata.
Munafik dah habis...
Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu daripadamu⁴⁹ supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [21]
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit,⁵⁰ lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu; maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah,⁵¹ padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa⁵² [22]
⁴⁹Sembahlah Tuhan Yang Maha Pencipta, bukan tuhan-tuhan yang tidak mencipta apa-apa pun. Tuhan Yang Maha Pencipta sahajalah yang layak disembah. Allah berfirman:
An-Nahl 16:17
أَفَمَنْ يَخْلُقُ كَمَنْ لَّا يَخْلُقُ اَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Bermaksud: "Apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak menciptakan (apa-apa)?" Mengapa tidak kamu fikirkan?
-Tuhan tanya.
1jam 04
- naluri hendak kepada sembah Tuhan salah satu dari naluri yang ada pada manusia.
⁵⁰ Seperti telah disebutkan pada nota ke-46 yang lalu, bahawa maksud langit (السماء) didalam Al-Qur'an apabila dikaitkan dengan hujan yang turun darinya ialah awan. Lihat nota ke-46 untuk mendapat dalil-dalilnya daripada Al-Qur'an.وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ
-satu lagi konsep langit adalah بِنَآءً (bangunan yng kukuh)
Al-Baqarah 2:22
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
(Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia hasilkan dengan (hujan) itu buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Karena itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan (sekutu-sekutu) bagi Allah, padahal kamu mengetahui.
-ada laillahaillah iaitu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan (sekutu-sekutu) bagi Allah,
-ada makna ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
- lailahaillah sangat penting dalam hidup kita.
Al-Baqarah 2:21
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.
⁵¹dengan menyembahnya selain Allah, atau menyintainya sama seperti menyintai Allah. Perbuatan seperti itu tidak dilakukan oleh orang-orang yang beriman. Allah berfirman:
Al-Baqarah 2:165
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ
Bermaksud: Di antara manusia ada orang-orang yang menyembah sekutu-sekutu yang lain dari Allah; mereka mencintainya sama seperti mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan andainya orang-orang yang zahm itu mengetahui ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat keras azabnya (tentulah mereka tidak mempersekutui Allah).
Minit 1.11
-orang syirik dikatakan zalim.إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
- orang syirik dijanjikan azab يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ
- bila Allah azab tiada siapa yang boleh di azab.
- orang kafir cerdik masih tidak lepas dari kebodohan syirik.
Kasihan kat mereka .
Luqman 31:13
وَإِذْ قَالَ لُقْمَٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, ”Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezhaliman yang besar.”
⁵² Manusia secara tabi'i dan semula jadinya, apabila berada dalam keadaan sangat terdesak hanya akan memohon pertolongan kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa semata-mata. Allah berfirman:
Al-'Ankabut 29:65
فَإِذَا رَكِبُوا۟ فِى ٱلْفُلْكِ دَعَوُا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ فَلَمَّا نَجَّىٰهُمْ إِلَى ٱلْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ
Bermaksud: Apabila mereka naik kapal (lalu menemui sesuatu bahaya di laut),mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
-setiap manusia ada benih keimanan.
- sejarah nabi saw tidak pernah naik kapal, alquran banyak sebut keadaan laut, ini bukti alquran adalah wahyu.
- keadaan orang musyirik yang pada ketikanya terserlah keimanan
Menerusi dua ayat ini (ayat ke-21 dan ke-22) Allah mengisyaratkan kepada tiga bukti besar daripada bukti-bukti tentang adanya (hari) kebangkitan sesudah mati.
- Budha bukan agama kerana tiada 3 perkara .
1.Ketuhanan
2.Kerasulan
3.Hari kemudian
Di dalam sekian banyak ayat-ayat yang lain Allah mengemukakannya secara terperinci.
Bukti pertama ialah kejadian dan penciptaan -manusia buat kali pertama. Ia diisyaratkan menerusi firman Allah:
اعْبُدُوْا رَبَّكُمُ الَّذِىْ خَلَقَكُمْ وَالَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ(2:21)
kerana kemampuan menciptakan manusia buat kali pertama merupakan bukti bagi kemampuan menciptakannya buat kali kedua.
Perkara ini diperjelaskan di dalam sekian banyak ayat-ayat yang lain. Antaranya ialah:
Ar-Rum 30:27
وَهُوَ ٱلَّذِى يَبْدَؤُا۟ ٱلْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَهُوَ أَهْوَنُ عَلَيْهِۚ وَلَهُ ٱلْمَثَلُ ٱلْأَعْلَىٰ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Bermaksud: Dan Dialah yang memulakan kejadian manusia, kemudianmengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagiNya. Dan bagiNyalah sifat yang tertinggi di langit dan dibumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Al-Anbiya 21:104
يَوْمَ نَطْوِى ٱلسَّمَآءَ كَطَىِّ ٱلسِّجِلِّ لِلْكُتُبِۚ كَمَا بَدَأْنَآ أَوَّلَ خَلْقٍ نُّعِيدُهُۥۚ وَعْدًا عَلَيْنَآۚ إِنَّا كُنَّا فَٰعِلِينَ
Bermaksud: (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran-lembaran kertas. Sebagaimana Kami telah memulai panciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya. Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati; sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya.
Al-Isra' 17:51
أَوْ خَلْقًا مِّمَّا يَكْبُرُ فِى صُدُورِكُمْۚ فَسَيَقُولُونَ مَن يُعِيدُنَاۖ قُلِ ٱلَّذِى فَطَرَكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍۚ فَسَيُنْغِضُونَ إِلَيْكَ رُءُوسَهُمْ وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هُوَۖ قُلْ عَسَىٰٓ أَن يَكُونَ قَرِيبًا
Bermaksud: atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut fikiranmu". Mereka pula akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kita kembali?" Katakanlah: "Yang telah menciptakan kamu pada kali yang pertama". Lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata (secara mengejek): "Bila berlakunya?" Katakanlah: "Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! "
Ya Sin 36:79
قُلْ يُحْيِيهَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ
Bermaksud: Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya kali yang pertama. Dia Maha Mengetahui tentang segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya).
Qaf 50:15
أَفَعَيِينَا بِٱلْخَلْقِ ٱلْأَوَّلِۚ بَلْ هُمْ فِى لَبْسٍ مِّنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ
Bermaksud: Maka adakah Kami telah letih dengan penciptaan yang pertama?Sebenamya mereka dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang penciptaan yang baharu.
Al-Hajj 22:5
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍ مِّنَ ٱلْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلْأَرْحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ نُخْرِجُكُمْ طِفْلًا ثُمَّ لِتَبْلُغُوٓا۟ أَشُدَّكُمْۖ وَمِنكُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنكُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرْذَلِ ٱلْعُمُرِ لِكَيْلَا يَعْلَمَ مِنۢ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْـًٔاۚ وَتَرَى ٱلْأَرْضَ هَامِدَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْ وَأَنۢبَتَتْ مِن كُلِّ زَوْجٍۭ بَهِيجٍ
Bermaksud: Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskankepada kamu (kekuasaan Kami), dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai tua nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dengan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. (al-Hajj:5).
Al-Waqi'ah 56:62
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ
Bermaksud: Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama,maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?
Itulah sebabnya Allah menyebutkan bahawa orang yang tidak menerima adanya hari kebangkitan sebenarnya ia lupa akan kejadian pertamanya. Lihatlah pula beberapa firman Allah di bawah ini:
Ya Sin 36:78
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَنَسِىَ خَلْقَهُۥۖ قَالَ مَن يُحْىِ ٱلْعِظَٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ
Bermaksud: Ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan ia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancurluluh?"
Maryam 19:67
أَوَلَا يَذْكُرُ ٱلْإِنسَٰنُ أَنَّا خَلَقْنَٰهُ مِن قَبْلُ وَلَمْ يَكُ شَيْـًٔا
Bermaksud: Tidak ingatkah manusia itu bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, ketika itu, ia tidak ada sama sekali?
Bukti kedua ialah kejadian langit dan bumi yang diisyaratkan dengan firmanNya:
الَّذِىْ جَعَلَ لَكُمُ الْاَرْضَ فِرَاشًا وَّالسَّاءَ بِمَا ء ً(2:22)
Kerana kedua-duanya adalah antara kejadian Allah yang sangat besar. Tuhan yang berkuasa menjadikan makhlukNya yang begitu besar, tentu sekali lebih berkuasa menjadikan makhluk-makhluk kerdil seperti manusia. Bukti ini diterangkan oleh Allah pada beberapa tempat di dalam Al-Qur'an.Antaranya ialah
Ghafir 40:57
لَخَلْقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ ٱلنَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar daripada penciptaan manusia (dan menghidupkannya semula sesudah matinya);akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Ya Sin 36:81
أَوَلَيْسَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يَخْلُقَ مِثْلَهُمۚ بَلَىٰ وَهُوَ ٱلْخَلَّٰقُ ٱلْعَلِيمُ
Bermaksud: Bukankah Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.
Al-Ahqaf 46:33
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَلَمْ يَعْىَ بِخَلْقِهِنَّ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْۦِىَ ٱلْمَوْتَىٰۚ بَلَىٰٓ إِنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Bermaksud Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allahyang menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak pemah merasa letih keranamenciptakannya, berkuasa (pula) menghidupkan orang-orang mati? Ya (bahkan),sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Al-Isra' 17:99
أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ قَادِرٌ عَلَىٰٓ أَن يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ وَجَعَلَ لَهُمْ أَجَلًا لَّا رَيْبَ فِيهِ فَأَبَى ٱلظَّٰلِمُونَ إِلَّا كُفُورًا
Bermaksud: Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah yangmenciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang-orang yang seperti mereka(dalam bentuk yang baru), padahal Dia telahpun menentukan bagi mereka tempohyang tidak ada syak padanya? Dalam pada itu, orang-orang yang zalim engganmenerima melainkan kekufuran.
ءَأَنتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا اَمِ السَّمَاءُ بَنَاهَا(779:2)رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّهَا(79:28)
Bermaksud Wahai golongan yang ingkar kebangkitan semula! Kamu kah sukar diciptkan atau langit dengan kukuh(27).
Dia meninggikan bangunan langit lalu menyempurnakanya(28)
Bukti ke tiga ialah menghidupkan bumi setelah matinya. Ia adalah sebesar-besar bukti bagi adanya kebangkitan setelah mati. Disini ia diisyaratkan menerusi firman Nya
Bukti ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa ayat yang lain. Lihat sebagai contoh ayat2 dibawah ini.
Fushshilat 41:39
وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنَّكَ تَرَى ٱلْأَرْضَ خَٰشِعَةً فَإِذَآ أَنزَلْنَا عَلَيْهَا ٱلْمَآءَ ٱهْتَزَّتْ وَرَبَتْۚ إِنَّ ٱلَّذِىٓ أَحْيَاهَا لَمُحْىِ ٱلْمَوْتَىٰٓۚ إِنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Dan sebagian dari tanda-tanda (kebesaran)-Nya, engkau melihat bumi itu kering dan tandus, tetapi apabila Kami turunkan hujan di atasnya, niscaya ia bergerak dan subur. Sesungguhnya (Allah) yang menghidupkannya pasti dapat menghidupkan yang mati; sesungguhnya Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
Qaf 50:11
رِّزْقًا لِّلْعِبَادِۖ وَأَحْيَيْنَا بِهِۦ بَلْدَةً مَّيْتًاۚ كَذَٰلِكَ ٱلْخُرُوجُ
(sebagai) rezeki bagi hamba-hamba (Kami), dan Kami hidupkan dengan (air) itu negeri yang mati (tandus). Seperti itulah terjadinya kebangkitan (dari kubur).
Ar-Rum 30:19
يُخْرِجُ ٱلْحَىَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَيُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَىِّ وَيُحْىِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَاۚ وَكَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ
Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi setelah mati (kering). Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).
Al-A'raf 7:57
وَهُوَ ٱلَّذِى يُرْسِلُ ٱلرِّيَٰحَ بُشْرًۢا بَيْنَ يَدَىْ رَحْمَتِهِۦۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَٰهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ ٱلْمَآءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ ٱلْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira, mendahului kedatangan rahmat-Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian Kami tumbuhkan dengan hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
Demikian 3 bukti manusia dihidupkan kembali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan