Jumaat, November 12, 2021

Tafsir quran dgn quran sesi 011s

Tafsir quran dgn quran sesi 011s

Tafsir quran dgn quran sesi 11(30-34)
Al-Baqarah 2:30
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ قَالُوٓا۟ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah ⁷⁰ di bumi. "Mereka (malaikat) bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): 'Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (sebagai khalifah),⁷¹  padahal kami sentiasa bertasbih memujiMu dan mentaqdiskan Mu?"⁷² Jawab Allah: "sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak diketahui olehmu.⁷³ [30]

⁷⁰ Manusia yang memerintah dan berkuat kuasa perintahnya atas segala benda yang ada di bumi. Khalifah yang dimaksudkan di sini merangkumi Nabi Adam dan pemerintah-pemerintah dari kalangan anak cucunya, sama ada yang adil mahupun yang zalim. Di dalam Al-Qur'an Allah tidak menyebutkan Adam sahaja sebagai khalifah di bumi. Sebagai contohnya di dalam ayat di bawah ini Allah menyebutkan Nabi Daud sebagai khalifah:
-perkataan خَلِيفَةً menunjukan mufrad , jamaknya خَلَاإِفْ  nanti akan bincang perkataan jamak ini .
-tetapi jika maksud khalifah Nabi Adam sahaja ia tak sesuai dengan pertanyaan malaikat.
Tak munasabah maksud Adam yang menumpahkan darah.
-jadi terjemahnya tiada seorang khalifah.
-Adam sendiri tiada melakukan kerosakan atau menumpahkan darah.
- jadi semua anak cucu Adam yang jadi penguasa.
- jadi jangan pelik jika ada yang terjemah seorang khalifah.
- nak bagi faham bukan seorang sahaja khalifah atau bermakna seorang kena tahu perkara diterjemah begitu . Ini perkataan خَلِيفَةً adalah isim jamak.
- contoh Nabi Daud yang tidak menumpahkan darah.

Shad 38:26
يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلْنَٰكَ خَلِيفَةً فِى ٱلْأَرْضِ فَٱحْكُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ بِٱلْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌۢ بِمَا نَسُوا۟ يَوْمَ ٱلْحِسَابِ 
Bermaksud: Wahai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah (penguasa) dibumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan mu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan mendapat azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
-perkataan يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلْنَٰكَ خَلِيفَةً, Allah sebut Daud.
Dia penguasa di zamannya.
- persoalan juga , adakah خَلِيفَةً itu termasuk raja?
- Bible telah menjatuhkan darjat Nabi Daud dengan hantar Uriya tenteranya kerana hendak mengahwini isterinya bahkan dituduh Nabi Sulaiman itu anak zina Nabi Daud dengan Uriya, begitu sekali mereka menghina Nabi Daud.
Islam datangmembetulkan cerita Israiliyat ini.
-Anak Nabi Daud juga jadi raja, ini sistem berajala tetapi tuhan kata  خَلِيفَةً . 
- Sebab itu ada kebenarannya bila kata sistem beraja juga خَلِيفَةً dan tidak boleh menafikannya.
- seperti nama Khalifah Othmani, bukan kah ianya sistem beraja, kenapa panggil Khilafah? 
-ini tidak bercanggah dengan alquran.
- walaupun dia anak , asalkan dia layak.
Bukan bererti bila lantik anak jadi raja terus salah dari segi agama.
-jika anak layak dan boleh buat kerja itu tidak mengapa.

Minit 19

Di tempat yang lain pula Allah menyebutkan anak cucu Adam sebagai khalifah. Lihat beberapa ayat di bawah ini:
Yunus 10:14
ثُمَّ جَعَلْنَٰكُمْ خَلَٰٓئِفَ فِى ٱلْأَرْضِ مِنۢ بَعْدِهِمْ لِنَنظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ 
Bermaksud: Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.

Fathir 35:39
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَٰٓئِفَ فِى ٱلْأَرْضِۚ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُۥۖ وَلَا يَزِيدُ ٱلْكَٰفِرِينَ كُفْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ إِلَّا مَقْتًاۖ وَلَا يَزِيدُ ٱلْكَٰفِرِينَ كُفْرُهُمْ إِلَّا خَسَارًا 
Bermaksud: Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (orang-orang yang berkuasa) di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kafr, maka (akibat)kekufurannya itu akan menimpa dirinya sendiri. Dan orang-orang yang kafir, kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dan kehinaan, dan orang-orang yang kafir itu, kekufurannya tidak menambahkan mereka melainkan kerugian jua.

Al-An'am 6:165
وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَٰٓئِفَ ٱلْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَٰتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ ٱلْعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌۢ 
Bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan meninggikan sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain beberapa darjat, untuk mengujimu pada apa yang dikurniakanNya kepadamu.Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab siksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

An-Naml 27:62
أَمَّن يُجِيبُ ٱلْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ ٱلسُّوٓءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَآءَ ٱلْأَرْضِۗ أَءِلَٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ 
Bermaksud: Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan serta menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (ni'mat Allah itu). 

An-Nur 24:55
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ كَمَا ٱسْتَخْلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ ٱلَّذِى ٱرْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًاۚ يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِى شَيْـًٔاۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَٰسِقُونَ .
Bermaksud: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal shaleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
-semua ayat itu menyebut tentang خَلِيفَةً adakah itu semua tentang nabi Adam?
- jadi خَلِيفَةً dengan makna umum iaitu pemerintah atau penguasa. 
- dalam ayat2 itu juga خَلِيفَةً ada yang Islam dan ada yang kafir seperti ayat ini وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ(nur:55)
-fatir:39pulaهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَٰٓئِفَ فِى ٱلْأَرْضِۚ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُۥۖ
Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (orang-orang yang berkuasa) di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kafr
- jadi jangan ingat bilaخَلِيفَةً ini terus bermakna pemerintah Islam , pakai makna umum خَلِيفَةً , boleh Islam dan boleh kafir.
- jadi jelas anak cucu Adam yang خَلِيفَةً itu ada yang Islam dan ada yang tidak.
-ini menunjukan إِنِّى جَاعِلٌ فِى ٱلْأَرْضِ خَلِيفَةًۖ baqarah:30 , perkataan خَلِيفَةً sepatutnya di pakai dengan isim jamak.
Jika tidak nombor satu sekali kemusykilan ada dalam ayat itu juga itu خَلِيفَةًyang menumpahkan darah bukan Adam tetapi anak cucunya yang kemudian yang jadi penguasa dan pemerintah.
Minit 26

Perkataan    خليقة  walaupun mufrad, tetapi di sini ia dipakai sebagai jama', kerana ia adalah isim jenis. Isim jenis sering dipakai oleh orang-orang' Arab dengan erti jama'. Di dalam Al-Qur'an juga pada beberapa tempat isim jenis dipakai sebagai jama',sebagai contohnya lihat ayat-ayat berikut
- isim jenis ini terpaksa mmay bincangkan .
- isim mufrad betul yang bermakna Nabi Adam akan bermasalah.
- tetapi jika pakai sebagai isim jenis sebagai jamak selesai masalah
-contoh Al-'Asr 103:2إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَفِى خُسْرٍ
(sesungguhnya manusia itu dalam kerugian). 
-Timbul persoalan  manusia mana?
- seorang manusiakah yang rugi?
- dari segi perkataan ٱلْإِنسَٰنَ adalah mufrad, menunjukan satu seorang manusia yang rugi atau  manusia tertentu sahaja rugi. Jadi kita pakai dengan makna satu sahaja tak lah. 
Betul dia lafaz mufrad tetapi ianya isim jenis.
Bila isim jenis, maka ia jenis manusia dan termasuk jenis manusia bukan seorang yakni semua tak kira siapa.
-jamak ٱلْإِنسَٰنَ dalam quran ada sebut juga أنس
-ayat 30 أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا menunjukan pakai dengan makna jamak.
Nabi Adam tidak Nabi kita tidak ,tapi khalifah lain yang ada seperti China yang menguatkuasakan undang-undang satu keluarga satu orang.
Begitu juga di India, hanya boleh 2 anak...itulah penguasa  yang zalim menguatkuasa undang-undang , juga di panggil خليقة
-1 jam 10 minit

Al-Qamar 54:54إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّٰتٍ وَنَهَرٍ
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu ditempat dalam taman-taman syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai.

Perkataan نهر  di dalam ayat ini walaupun mufrad, ia dipakai sebagai jama'(sebab isim jenis) dengan erti beberapa sungai. Sebabnya ialah di dalam syurga bukan ada sebatang sungai sahaja,malah ada beberapa. 

-bahasa melayu hanya perlu ulang untuk ramai seperti manusia, jadi manusia2.

Sebagai contohnya, dapat anda lihat pada firman Allah ini:
Muhammad 47:15
مَّثَلُ ٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى وُعِدَ ٱلْمُتَّقُونَۖ فِيهَآ أَنْهَٰرٌ مِّن مَّآءٍ غَيْرِ ءَاسِنٍ وَأَنْهَٰرٌ مِّن لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُۥ وَأَنْهَٰرٌ مِّنْ خَمْرٍ لَّذَّةٍ لِّلشَّٰرِبِينَ وَأَنْهَٰرٌ مِّنْ عَسَلٍ مُّصَفًّىۖ وَلَهُمْ فِيهَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْۖ كَمَنْ هُوَ خَٰلِدٌ فِى ٱلنَّارِ وَسُقُوا۟ مَآءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَآءَهُمْ 
Bermaksud: Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah di dalamnya terdapat sungai-sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), sungai-sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari arak yang lazat bagi para peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring. Mereka juga mendapat di dalam syurga segala jenis buah-buahan dan keampunan dari Rabb mereka, (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama dengan orang-orang yang tinggal kekal di dalam Neraka dan diberi minuman air yang mendidih sehingga menghancurkan tali-tali perut mereka?(Sudah tentu tidak sama)! 

Al-Furqan 25:74
وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا 
Bermaksud: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa."
-kenapa guna perkataan إِمَامًا ?
Kerana isim jenis , mufrad hanya pada jamak .

An-Nisa' 4:4
وَءَاتُوا۟ ٱلنِّسَآءَ صَدُقَٰتِهِنَّ نِحْلَةًۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَىْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيٓـًٔا مَّرِيٓـًٔا 
Bermaksud: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai ni'mat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
-ini نَفْسًا juga mufrad, jamaknya انفس, tapi disini نَفْسًا di guna dengan makna jamak.


⁷¹ Pertanyaan para malaikat ini menunjukkan khalifah yang Allah hendak jadikan dibumi itu bukan Nabi Adam seorang sahaja. Ia merupakan bukti paling dekat tentang perkataan خليفةyang digunakan sebelum ini adalah isim jenis. Walaupun ia mufrad,tetapi ma'nanya adalah jama'. Jika tidak diterima begitu, niscaya ia bererti para malaikat menganggap Adamlah yang akan melakukan bencana di muka bumi dan dialah yang akan menumpahkan darah! Padahal Adam bersih dan ma'shum daripada semua itu. Kalau perkataan خليفة itu dipakai sebagai isim jama'(isim jenis), maka selesailah masalahnya. Memanglah ada di kalangan anak cucu Adam pemerintah dan penguasa yang adil, sebagaimana ada juga di kalangan mereka pemerintah dan penguasa yang zalim, yang melakukan kerosakan di bumi dan suka pula menumpahkan darah.
-adanya manusia sifat2 Allah akan jadi lebih nyata.

⁷² Kami juga mengetahui tentang segala benda. Oleh itu kamilah yang lebih berhak dan lebih layak dengan jawatan khalifah itu. Apa yang ditaqdirkan ini pada zahirnya tidak tersebut, tetapi isyaratnya terdapat di akhir ayat ke-30 dan ke-31 selepas ini. Bahagian ini tidak dinyatakan mereka. Bahagian inilah yang disembunyikan oleh mereka sesuai dengan firman Allah di akhir ayat ke-33 nanti.

⁷³ Aku mengetahui apa maslahat kejadiannya dan kemampuannya untuk memikul jawatan itu. Pada kejadian kamu pula tidak ada persediaan untuk itu. Di dalam ayat yang lain Allah menjelaskan bahawa hanya manusia sahaja yang mempunyai persediaan dan kelayakan untuk menyandang jawatan khalifah itu. Ia adalah suatu amanah. FirmanNya:

Al-Ahzab 33:72
إِنَّا عَرَضْنَا ٱلْأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱلْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا ٱلْإِنسَٰنُۖ إِنَّهُۥ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (Kami) kepada langit-langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itudan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya), dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) Sesungguhnya (tabiat kebanyakan) manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula melakukan perkara-perkara yang tidak patut (dilakukan). 
- kenapa malaikat tawarkan diri ?
-masalah kelayakan itu tiada pada malaikat dan lain-lain makhluk yang ada kelayakan hanya pada manusia.

1jam 12minit
-jin tak perlu cermin.
-jin tak perlukan jambatan.
-politik pun tiada di alam malaikat juga jin.
-malaikat tak berdosa bila akan nampak maha penerima taubat.
-sifat adil, akan terserlah diakhirat nanti .


Al-Baqarah 2:31
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلْأَسْمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى ٱلْمَلَٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسْمَآءِ هَٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
Al-Baqarah 2:32
قَالُوا۟ سُبْحَٰنَكَ لَا عِلْمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ 
Al-Baqarah 2:33
قَالَ يَٰٓـَٔادَمُ أَنۢبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْۖ فَلَمَّآ أَنۢبَأَهُم بِأَسْمَآئِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّىٓ أَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ 
Al-Baqarah 2:34
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلْكَٰفِرِينَ 
Dan Dia (Allah) mengajarkan kepada (Nabi) Adam segala nama (benda-benda dan gunanya), kemudian mengemukakannya kepada para malaikat⁷⁴ lalu berfirman: "Ceritakanlah kepadaKu nama benda-benda ini jika kamu memang golongan yang benar.⁷⁵ [31]

Jawab mereka: Maha sucilah Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[32] 

Allah berfirman: "'Wahai Adam! Beritahulah nama benda-benda ini kepada  mereka."⁷⁶  Maka setelah Adam memberitahu nama benda-benda itu kepada mereka, Allah pun berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepadamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan⁷⁷  [33]

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan beri hormatlah kamu kepada (Nabi) Adam".⁷⁸ Lalu mereka tunduk memberi hormat melainkan Iblis;⁷⁹ ia enggan dan berlagak sombong. Dengan itu termasuklah ia
dalam golongan orang-orang yang kafir.⁸⁰ [34] 


⁷⁴ Tujuan mengemukakannya kepada malaikat ialah untuk menyalahkan da'waan mereka yang tidak dinyatakan di dalam ayat ke-30 bahawa mereka juga mengetahui tentang semua benda, maka merekalah yang lebih berkelayakan untuk jawatan itu jika direstui Allah. Kesimpulannya ialah di dalam ayat ke-30 tersebut dengan jelas empat perkara yang dikatakan oleh para malaikat, iaitu "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang-orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (sebagai khalifah), sedangkan kami sentiasa bertasbih memujiMu dan kami juga sentiasa mentaqdiskanMu. 
Dua perkara pula tidak dikata oleh mereka, ia disembunyikan, iaitu kami juga mengetahui tentang semua benda, kerana itu kami juga layak dijadikan khalifah di bumi.
1jam 25 minit

⁷⁵ Allah berfirman begini untuk membuktikan da'waan para malaikat yang disembunyikan bahawa mereka mengetahui segala benda adalah tidak benar. Kerana banyak lagi benda dan perkara yang tidak diketahui mereka. Adam bahkan lebih mengetahui tentangnya daripada mereka. Kerana itu dia dan anak cucunya lebih layak untuk jawatan khalifah itu. Jika para malaikat tidak pernah menda'wa walaupun secara tersembunyi bahawa mereka mengetahui segala benda, niscaya tidak berertilah firman Allah ini: "Ceritakanlah kepadaKu nama benda-benda ini jika kamu memang golongan yang benar."


⁷⁶ Setelah para malaikat mengakui kelemahan dan kekurangan ilmu mereka, Allah berfirman kepada Adam: "Wahai Adam! Beritahulah nama benda-benda ini kepada mereka". Benda-benda yang diajar nama-namanya oleh Allah kepada Adam bukan semuanya ber'aqal, malah kebanyakannya tidak ber'aqal. Tetapi Allah mentaghlibkan (memenangkan) makhluk yang ber'aqal daripada yang tidak ber'aqal, kerana itulah Allah menggunakan dhamir (ganti nama) jama' mudzakkar pada بأسماءهم . la bukan  بأسماءها Contoh mentaghlibkan (memenangkan) makhluk yang ber'aqal daripada yang tidak ber'aqal dapat juga dilihat pada perkataan العالمين(semesta alam) di dalam ayat ke-dua surah al-Fatihah. Allah telah menggunakan perkataan jama' mudzakkar salim (yang menunjukkan makhluk yang ber'aqal) di situ, padahal kejadian Allah yang lebih banyak di alam semesta ini ialah yang tidak ber'aqal.
-manusia beraqal
-malaikat pun beraqal tetapi lain dari manusia.
-mentaghlibkan (memenangkan).
Al-Ikhlas 112:1قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ 
Katakanlah (Muhammad), “Dialah Allah, Yang Maha Esa.
-gantinama Allah هُوَ kenapa lafaz jantan dari lafaz tino, ini bab taghlid. Sebab biasanya jantan lebih kuat dari lelaki bukan Tuhan itu jantan.
-bumi beraqal disisi tuhan , zahir sahaja nampak tak beraqal.
-semua bertasbih tak kan tadak aqal, pah hidup pula tu boleh ke kita makan?!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan