Bahasa Arab Video animasi 05sH005
Bahasa arab 5
Kali ini tentang fiil sahih dan fiil muktal.
Fiil(فعل) adalah perkataan perbuatan.
Fiil ada 3 keadaan; Fiil madhi,fiil mudharik dan fiil amar
Fiil madhi(فعل ماض) ialah perbuatan telah berlaku
Fiil mudharik(فعل مضارع) ialah perbuatan sedang dan akan berlaku
Fiil ama(أمر) ialah ialah perbuatan suruhan
contoh fiil madhinya كَتَبَ telah menulis
contoh fiil mudharik يَكْتُبُ sedang menulis dan
contoh fiil amarnyaأُكْتُبْ tulislah.
Seluruh fiil ini akan terbahagi lagi menjadi dua dr segi susunan huruf2nya.
1. fiil sahih
2.fiil muktal
Apa itu fiil sahih?
Apa itu fiil muktal?
Fiil sahih adalah fiil yg huruf penyusunnya tidak mengandung huruf ilat(sakit).
Sebaliknya fiil muktal adalah fiil yg huruf penyusunnya mengandung huruf ilat.
Huruf ilat dlm ilmu nahu dan sorof ada tiga
Pertama ا
Kedua و
Ketiga ي
Jadi bila dlm huruf penyusun fiil ada salah satu atau lebih huruf2 ilat ini yakni ا, و atau ي maka fiil itu adalah fiil muktal.
Namun perlu dicatat bahawa ا yg dimaksud pada huruf ilat berbeza dgn huruf أ(hamzah)
Perlu diingatkan bahawa ا bukanlah أ(hamzah).
Bila kita ingin bezakan secara mudah ا dgn أ(hamzah)
Maka sederhananya boleh kita katakan bahawa ا yg berbaris َ ُ ِ atau ْ itu disebut dgn hamzah (أ),
sedang ا sendiri tidak berharakat (berbaris).
Fungsi huruf ا adalah sebagai huruf mad atau memanjangkan bunyi kata.
contohnya قَالَ ertinya telah berkata .
Pada perkataan أَكَلَ telah makan,
ini bukan ا tetapi hamzah (أ)
Jadi kita boleh mengatakan قَالَ sebagai fiil muktal kerana ada huruf ilatnya, tetapi kita tidak boleh mengatakan أَكَلَ sebagai fiil muktal kerana itu bukan ا tetapi hamzah(أ)
Contoh lain untuk fiil sahih sangat banyak dan sebhg besar fiil itu sahih.
Ertinya tidak mengandung huruf ilat.
Diantaranya
Telah menulis كَتَبَ
Telah membaca قَرَأَ
Telah mendengarسَمِعَ
Telah memuji حَمِدَ
baik حَسُنَ
bagus جَمُلَ
contoh muktal yang sudah sebut قَالَ.
Dimana muktalnya?
Setelah huruf ق ada alif ا ,
maka قَالَ disebut dgn fiil muktal.
Fiil muktal ini ada huruf ilatnya ini boleh ada didepan,ditengah dan diakhirnya.
Contoh
didepan
berjanji وَعَدَ
meletakan وَضَعَ
Ditengah
berpuasa صَامَ
berdiri قَامَ
Dibelakang
berdoa دَعَا
membangun بَنَى
Perhatikan bahawa semua fiil tersebut mengandung huruf ilat.Lalu apa manfaat kita mengetahui suatu fiil itu sahih atau muktal?
Manfaatnya adalah dengan mengetahui suatu fiil sahih atau muktal maka kita akan mengetahui tashrifnya atau pola perubahan kata.
Kenapa?
Kerana tashrif (pola/bentuk perubahan kata)fiil sahih dengan tashrif fiil muktal itu berbeza.
Perhatikan ejaan perkataan berikut :
Fiil madhiكَتَبَ fiil mudharik يَكْتُبُ fiil amar اُكْتُبْ
Fiil madhi قَالَ fiil mudharik يَقُوْلُ fiil amar قُلْ
Perhatikan Fiil madhiكَتَبَ dan fiil amarnya اُكْتُبْ
Lihat كَتَبَ jadi يَكْتُبُ ada 3 huruf ك ت ب berbaris atas dan fiil amar اُكْتُبْ
Bandingkan dgn fiil muktal , maka disini ada sedikit perbezaan ,contohnya قَالَ, memang 3 huruf tetapi lihat bahawa kata قَالَ ini yang berbaris 2 huruf ,yakni ق dan ل sahaja sedang ا nya tidak berharakat.
Fiil mudhariknya يَقُوْلُ pada hal kalau mengikuti يَكْتُبُ seharusnya menjadi يَقْوُلُ begitu pula fiil amarnya apabila mengikuti اُكْتُبْ maka seharusnya jadi اُكْوُلْ
Ini faedahnya kita pelajari fiil sahih dan fiil muktal.
Dimana nanti kita akan pelajari bahawa perubahan kata pada fiil muktal tidaklah sama antara satu kata yg lain.
Berbeza dengan fiil sahih yg sudah ada aturan bakul(pola/wazan/bentuk)nya.
Kerana semua itulah bagi pelajar baru sangat penting mempelajari fiil sahih terlebih dahulu dibandingkan fiil muktal.
Kenapa?
Kerana Fiil sahih rumus(pola/wazan/bentuk)nya seragam sedangkan muktal meskipun ada rumusnya akan tetapi tidak seragam.
Kesimpulan dari pelajaran kali ini fiil ditinjau dari huruf penyusunnya terbahagi menjadi sahih dan fiil muktal
Fiil sahih yg huruf penyusunnya tidak mengandung huruf , ا ,و , ي sedang kan fiil muktal mengandung huruf ا و ي
Tiada ulasan:
Catat Ulasan